BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 10, 2008

Duhai hati+ilmu perlumu

++ Biarpun senja berlabuh, bukan penanda dirimu perlu mengeluh
namun perlu bergerak ayuh..mara dan terus mara tanpa bertangguh++


Masa kian berlalu, hati resah disebabkan sesuatu, adakah dosa penghijab ilmuku...Inilah persoalan yang takkan kulupa persoalkan andai terhimpit dalam proses menguasai ilmu..Justeru kulihat kembali 'panduan hidup matiku'..petikan kalamullah terkesan dalam qalbu..


"Dan Tuhanmu berfirman,"Berdoalah kepada-Ku nescaya akan kuperkenankan bagimu.Sesungguhnya orang2 yang menyombong diri dari menyembahku akan masuk Neraka dalam keadaan hina dina" (Al-Qafir:60)


Jelas sudah Allah tidak pernah membiarkan hambaNya...layakkah kita melupainya...Nahhh pabila melupainya dan mengabaikannya pasti ranap hidup ini..Bukan apa utk ana persoalkan hal ini..utk ana muhasabah diri dan memperingati teman2 jua..Dalam jihad menuntut ilmu jangan lupa dipersoalkan Soal Hati..inilah elemen yang perlu sentiasa diawasi dan diberi penjagaan sewajarnya.


Sesungguhnya hati itu seperti wadah, selama mana hati dipenuhi air, udara tidakkan masuk ke dalamnya..maka hati yang disibukkan oleh hal2 selain Allah,maka tidak akan masuk ke dalamnya makrifat akan keagungan dan kebesaran Allah.


Sama2 kita pantau situasi hati kerna apabila dosa telah menompok, maka akan terkunci matilah hati. Justeru hati akan buta dalam menangkap kebenaran dan kebaikan agama.Ia akan menganggap ringan urusan akhirat dan hidupnya terbatas pada dunia sahaja..Malang sungguh wahai diri jika kamu golongan ini...Ya Allah pimpinlah hati ini..


Sesungguhnya cahaya ilmu itu takkan terhalang dari hati kerana penahanan dari Allah akan tetapi cahaya ilmu itu akan terhalang oleh kekeruhan, kekotoran dan kesibukan dari hati itu sendiri..dan pabila kita mengetahui pasti ujian terhadap kita takkan sama dengan mereka yang tidak mengetahui..mereka yang pernah ditarbiyah takkan sama dengan mereka yg tidak melalui proses ini...takkan sama wahai diri..sedarlah..jangan ditanya kenapa kamu diuji..dan kenapa mudah kamu dihukum oleh Allah..kerana kamu mengetahui...ujian dan dugaan yang Allah berikan pastinya akan menguji keimananmu..takkan kita dibiarkan hidup dengan sia2 tanpa dugaan sebagai hamparan hidup..Justeru amanat utama buat diri pahatkanlah rasa kebersamaan Allah dalam setiap detik dan waktu..jangan abaikan masa mudamu...

0 comments: