BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 20, 2008

GreenLaND

++ Diriku ingin seperti ini++
~subur dalam jagaan-Nya~

Menurut Al-Sheikh Mustafa Masyhur bahawa tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau di anam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka akan layu dan kering. Sebaliknya pokok itu akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianlah manusia. Kehidupan yang sebenarnya bagi individu atau kelompok itu dengan adanya iman.. Hidupnya manusia adalah kerana hidup hatinya dengan keimanan bukannya hidupnya dengan jasad yang fana. Iman yang bertakhta di hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap kerana hati mungkin berkarat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat2 bertanya: apakah pengilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan: membaca Al-Quran dan mengingati mati.
(HR Al-Baihaqi)

Rasulullah bersabda lagi:
Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka hendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.
(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Justeru sahabat sekalian.. proses Tarbiyah Imaniyah mestilah berterusan, silibusnya merangkumi sepanjang hayat seorang Muslim.. tiada istilah rehat dan berhenti separuh jalan...Be one of the greenland that can support the world...

++tidak mahu aku menjadi seperti ini++

''~gersang tanpa dibajai~''

0 comments: