BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 17, 2008

Alfu mabruk

~Alfu Mabruk~

saudari Asma Bt Abdullah dan saudara Ahmad syazwan Bin Nordin



8 0g0s persaksian 2 insan disatukan
16 ogos jemputan memenuhi Yan
Alhamdulillah diriku berkesempatan
Tahniah daku ucapkan
moga Allah sentiasa memayungi kalian



~hantaran ada nilai keistimewaan~

Bukan senang membina bangunan apatah lagi membina mahligai cinta. Perlu ada pemilihan batu batanya, perlu ada simen dan sebagainya. Begitulah jua sebuah perkahwinan, perlu ada persediaan dan perancangannya. Namun ikatan perkahwinan berlandaskan kecintaan Pada Allah, InsyaAllah bakal diredhai dan bahagia hingga akhirnya. Itu yang diharapkan..Namun sedia maklum kita merancang Allah pun merancang.. dan perancangan Allah itu lebih pantas ketentuannya.


~moga Allah berkati mahligai kalian~

~pasangan ceria~

~kami pun tumpang gembira~


~ex~mesir tak lepaskan peluang~

Kehidupan rumah tangga disyariatkan Islam kerana memiliki misi yang mulia, salah satunya ialah mempersiapkan generasi. Sebuah misi besar yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan proses yang terencana. Oleh itu, kehidupan rumah tangga berhajat kepada adanya bentuk institusi dalam mengelolanya; ada yang dipimpin dan ada pula yang memimpin dan perlu ada sifat menghormati dan bertolak ansur yang tinggi. Wallahualam...


Allah berfirman: Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka( laki-laki) atas sebahagian yang lain(perempuan)~An-Nisa:34~


Lelaki pepimpin keluarga


Rasulullah pernah bersabda,


...Seorang lelaki adalah pepimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dia pimpin... (HR Bukhari)

Wanita pepimpin rumah suaminya

Rasulullah bersabda,

...Perempuan adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dia pimpin...(HR Bukhari)

ps~more pic at my fs

2 comments:

Anonymous said...

Middle east tv news. Refer

http://www.linktv.org/mosaic

sinar_islami said...

syukran lek :)