BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 24, 2008

Madhrasah yang kian hampir


~ Kian Hampir~



thinking is the self discussion of the soul
Dia makin hampir..tapi...

"Dia makin hampir tapi hatiku seolah bergelut ngan pelbagai peristiwa, pelbagai fenomena dan pelbagai keseronokan dunia"

Aihh ni la mungkin monolog bagi mereka yang sedar mereka terleka..Alhamdulillah tahniah kepada mereka yang sedar Sebuah Madhrasah sgt2 hampir..Tapi buat diri yang masih sibuk dengan sambutan kemerdekaan dan pilihanrayanya hingga ketibaan Si Dia ini kurang disedari...Maklumlah dengan keizinanNya jua 26 Ogos,31 Ogos dan 1 Ramadahan sangat hampir..seperti overlap pula..Iklan pula mencurah di kaca tv, maka ini perlu diambil berat..jangan pula terlupa Madhrasah Ramadhan kian hampir

Tiada alasan buat mereka yang beriman..Apa yang utama itu lah prioriti yang perlu didahulukan..tanyalah diri..sesibuk mana kita ngan pilihan raya dan sambutan..sesibuk itukah kita sibuk buat persediaan??


Sibuk sana sini...sampai


"Jom shopping mak, nak beli baju raya la"

"moga cepat la raya tiba"

Ha..yang ni la mungkin benda yang kita pikir..sambil tu tak sedar solah pun kita abaikan..makin lambat waktunya. Buku cerita lebih kita khatamkan dari buku pembinaan jiwa. Moga apa yang kita lakukan setiap detik kita kembali pada Allah. Jangan lupa Dia walau sesaat.


Hargailah masa seadanya

~Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran~ (Al-Asr:1-3)

Maka perbanyakkan kebajikan sebagai pelaburan di akhirat kelak. Bukan lama kita akan tinggal di dunia ini. Bahkan tiada detector untuk menentukan ajal. Bersedia atau tidak bukan persoalan sekiranya masa tiba. Rugilah kita kiranya di panggil olehNya dalam keadaan berbuat maksiat, tapi alangkah indahnya jika mati tika hati tunduk patuh padaNya. Sejarah lampau juga sudah tunjukkan akibat pada mereka yang lalai dan terlaknat. Sejarah itu kompas kita. Perbanyakkanlah amal seperti mana mereka yang soleh. Sejarah bukan untuk dibuang dari kotak pemikiran tapi teladan sepanjang masa.

9 comments:

Anonymous said...

dush!
dush!
dush!
Satu2 ayatnya kena kat diri ana ni..
Rindu nak bertemu dgn Si Dia tetapi dlm masa yg sama sibuknya dgn dunia..aduh..disini pun sibuk nak amik tau pasal pilihan raya..;p
jzkk ukhti for the reminder..

Anonymous said...

alhamdulillah dapat peringatan..

sinar_islami said...

^-^ kita saling ingat mengingati

hu2 nak igtkan diri ni jua..
bahangnya suam2 lagi maka sama2 kita hangatkan

syukrn pada husna & jamz..moga sama2 dapat manfaat bila bertemu Si Dia..moga ada peningkatan iman

Anonymous said...

Selamat Memasuk Madrasah Ramadhan...Mendapat tarbiah direct dr Allah buat hambanya yg berfikir..=)

sinar_islami said...

Ramadhan kareem buat semua..

to ibnu aiman: ^-^ tarbiyah secara terus..insyaAllah sama2 aktifkan diri..

Kalam Puncak said...

aduh
tang pilihan raya tu yang tak tahan
rasa kena sepak bola kat muka

"Ya Allah,maksimakan kualiti Ramadhanku"

sinar_islami said...

ameen moga Allah tingkat ketakwaan semua hambaNya yg berusaha mujahadah pada bulan mulia ni..

to kalam::^-^ at least kami tau juga perkmbgn permatang pauh live dri kalam..

Anonymous said...

muge kite mendapat rahmat dari Allah..kat mane2 pon same..yg penting kene mujahadah..

Allahummah ballighna lailatal qadr

sinar_islami said...

ameen :)