BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 02, 2008

Perantau

~ perantau~


Perantau musafir perjuangan.
Tabahkanlah hatimu,
Berjuang di rantau orang,
Sedih pilu hanya engkau yang tahu.

Ingatlah ayah dan ibu,
Janganlah menghiris hatimu,
Kerinduan desa nan permai,
Janganlah melemahkan semangat juangmu.

Di waktu ujian badai terus melanda,
Engkau tetap gigih berjuang,
Membenarkan sabda junjungan,
Terus memburu menuntut janji,
Pastilah Islam gemilang lagi.

Tapi pejuang kembara perjuangan,
Ujian bukan batu penghalang,
Kerana itulah syarat dalam berjuang.

Oh pejuang
Di mana pun ada ketenangan,
Di mana pun ada kebahagiaan,
Bila insan kenal pada Tuhan,
Kasih sayang dan pembelaanNya,
Bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga,
Ayah dan ibu kepada Allah.

Wahai perantau,
Kuatkanlah hatimu!!!



Adakah kita bergelar perantau:: sesiapa pun kita, bukan sahaja yang berjaya melangkah ke luar negara, merentasi pelusuk dunia..dia juga adalah perantau terkemuka jika kena cara..dan pasti menjadi perantau yang diredhai jika Allah lah yang pantas dia jadikan peneman sejati. Perantau dalam memburu kecintaan illahi.


Manusia ibarat perantau yang tak pasti bila akhir perjalanan hidupnya. Setiap langkah dia menapak perlu penuh dengan ketelitian, setiap yang di temui perlu dipastikan ia bermuamalah dengan hasanah kerana itu semua akan menjadi saksi penghisabannya di akhirat kelak. sekali kita menapak dan membuat hayunan langkah satu episode hidup bakal bermula...

Oleh itu hatinya juga perlu dipersiap dengan bekalan. Bahkan sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa. untuk selamat meniti kehidupan Seorang musafir kehidupan juga perlu memiliki tasawwur yang jelas akan tujuan dia diciptakan. dari mana dia didatangkan, kenapa dia diciptakan, dan kepada siapa dia akan kembali. Justeru pasti dia tidak akan menyiakan usia mudanya. ~life is very short~if you fail to plan, you plan to fail~


Dalam suka dan duka kita mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi di pelbagai tempat mahupun institusi kita seharusnya takkan lupa akan tanggungjwab Dakwah dan tarbiyah. Tarbiyah itu membentuk peribadi dan dakwah pula mampu mengubah masyarakat.


sinar~islami
303108
Asli base camp

8 comments:

PEMENANG said...

hurm...mantap2 karya ni wat sendiri ke...

tapi asal kena teliti ek dalam hidup?

xleh ke main hentam je..nanti kalo silap jangan wat lagik..

salah ke falsafah nih?

need penjelasan huhu

sinar_islami said...

^-^ berdasarkan pengalaman yg seciput ni...

ketelitian tu penting dalam nak menentukan hala tuju hidup ni..lebih lagi yang berkaitan dlm soal agama individu,sahsiahnya...

kalau main hentam dalam buat kek pun( putar main ikut dan je) tak kembang kan kek tu..

nak kata salah falsafah ni sama2 kita tgk apa kata imam malik

"Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya

Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.

Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya

Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian diantara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan

Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia

Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa"


~Dari Imam Malik~

Wallahuu3alam...masing2 masih ada kelemahan..sama2 takmil wa istikmal

PEMENANG said...

wah..mantap2..bagus r kata2 imam malik tuh..walaupun bukan hadis tapi still kata2 ulamak yang bukan main2...
tengkiu2 sedikit sebanyak mencerahkan otak nih....

kadang2 pening pale gak menghadapai perkara2 subjektif dalam hidup yang jawapnnya takde dalam buku teks

teruskan menulis menda2 yang boleh cerahkan otak manusia lain......heh

sinar_islami said...

la syukran 3la wajib..bgs gak persoalan anta tu..bergerak la minda ni nak berfikir lebih jauh..

insyaALLAH doakn..sama2 terus menulis..

Anonymous said...

naam..
kita semua adalah perantau..
perantau dibumi Allah yang fana ini..
menuju kekampung akhirat..

p/s anti mgkin bole buat post ttg pgram perantau tu?Bole share dgn ana.. ;p

sinar_islami said...

^-^ tgk dulu ya ukhti..Jika diizinkan ana akan...dan insyaALLAh sedikit sebanyak ada kat blog huda..

ana insyaALLAH merantau pula ke utara malaysia..

Anonymous said...

salam dari jauh..
moga dilapangkan nikmat, diberkati umur, diluaskan rahmat..

sinar_islami said...

ameen..mga rahmat-Nya sentiasa menyucikan jiwa hamba-Nya yang hajat pada kasih sayang Allah