BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 14, 2008

The Zaad

~The Zaad~ Duhai Adinda ku berbekallah...

Ketahuilah adindaku kerana sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa. Kalam Penciptamu terbukti sudah:

"Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku , hai orang-orang yang berakal"
(Al-Baqarah:197)

Justeru apa pilihanmu wahai adindaku, kekandamu ingin tahu...

Realiti remaja masa kini
  1. Remaja jahiliyah vs remaja rabbaniyah
  2. Jiwa yang lemah dan daya inteklektual yang terbatas
  3. Masa terluang yang tidak terisi dan kurangnya produktiviti
  4. Seringkali dikaitkan dengan sifat malas
  5. Sikap remja ibarat kopi 3 in 1 dan mee segera
  6. Berpegang dengan Islam ibarat berpegang dengan bara api

Maka apa tindakan kita..layakkah berdiam diri?? Antum bakal pengubah suasana dengan Izin-Nya jika antum merasakan antum pemimpin dan pendukung agama

Siapakah seorang pemimpin..antumkah gerangannya??

Seorang akh muslim mengarahkan ucapan, perbuatan dan jihadnya hanya untuk Allah, mencapai keredhaan-Nya dan mendapatkan pahala-Nya yang baik, tanpa memandang keuntungan dunia, kebaikan rupa, kehormatan , kepenatan berjuang , kemajuan dan kemunduran. dengan demikian ia menjadi tentera (jundi) fikrah dan akidah bukan tentera kesenangan dan keuntungan~IHAB~

Duhai adindaku manfaatlah masa mudamu !!

Muhammad Ahmad Ar-Rasyid pernah berkata: Gologan muda yang suci hatinya dari segala noda, bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyah. Mereka dididik dengan didikan Islam yang sebenar dan aqidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada didalam barisan yang bersatupatu dan tersusun

0 comments: