BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 29, 2008

::MAP 6 memoire::

~Mesyuarat Agung PERUBATAN ke-6~




~memang mendebarkan~


Tatkala tibanya hari ini, satu pengharapan mahupun satu pembaharuan didoakan. Moga hari ini berlalu dengan hikmah dalam redha-Nya.



~Saat mensyuarat berlangsung~

~Ajkt 2007/2008 dalam kenangan~

Debaran demi debaran kian beransur hilang, seusai saja sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan PERUBATAN 2007/2008 berjalan, Alhamdulillah muhasabah dan feedback yang diterima penuh makna dan penuh hikmah oleh sidang warga dewan..Syabas untuk semua. Idea2 matang dan kritikan membina antara bekalan berguna untuk memperkemaskan gerak kerja ajkt sesi akan dtg..moga Allah mudahan urusan kita semua

Sesi pembentangan dan perbahasan usul antara yang menarik minat sidang dewan turut berjalan dengan lancar. Kesemua perwakilan memberi komitmen yang baik..Tak seteruk yang daku gambarkn, tapi biasalah perdebatan terasa jua.. ibarat di dewan rakyat pula... Namun kalimah syukur tak putus2 diucapkan kerna suasana sunguh harmoni bagi mencapai satu visi kebersamaan sesama ahli. Di sinilah pentingnya sikap berlapang dada dan toleransi... inilah antara ciri daie dan penegak deen Illahi, moga sama2 tampil berani suarakan hak pada masa akan datang sambil kita terus develop diri dengan acuan Illahi.

Akhirnya kemuncak tiba jua. Hampir sebulan bumi mesir ini dihangatkan dengan sesi melobi dan sesi membakar serta seangkatan dengannya. Justeru sudah pasti pengumuman pilihanraya dan perlantikan ajkt 2008/2009 dinanti-nantikan. Alfu mabruk diucapkan pada JPP kerana telah menjalankan amanah dengan sebaiknya. Proses pilihanraya tahun ni sgt kemas gerak kerjanya...Dan jutaan tahniah utk mereka yg dilantik..rabbuna ma3aku..Mmm pasti ada hikmah disebaliknya dan terus meneruslah bergantung harap pada-Nya. Mohon kekuatan dan terus memositifkan diri dengan taklifan ini. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala sesuatu.

Akhirul kalam, moga ajkt yang dilantik mampu memberi komitmen yang lebih baik dan terus bergerak maju dengan sokongan dari semua pihak. Sama-sama mengerakannya kerana PERUBATAN milik semua.

~Tidak akan ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak akan ada kekuatan tanpa kesatuan, dan tidak mungkin akan terbentuk kesatuan kecuali dengan adanya silaturrahim~

Memperteguh kesatuan, Menyemarak kecemerlangan

ps::maaf segala kekurangan diri~hidupkan takmil wa istikmal`~islam itu indah

Tuesday, November 25, 2008

Zzzz


ZZZzzzz…



“Ana letih la.Ana tidur dulu ya,” “Dah lewat malam ni kena tidur la. Takut esok ngantuk dalam kelas pulak”

Sesungguhnya kalam inilah yang biasanya dilafazkan apabila malam melabuhkan tirainya dan apabila letih tak tertahan lagi.Bagai tak dapat dipisahkan, keinginan tidur dari kehidupan manusia.Justeru apa pentingnya tidur ini kepada seorang mukmin serta apa untungnya pada sistem tubuh badan. Sesungguhnya segala penciptaan ada hikmah yang tersembunyi dan bukan kesemuanya boleh disingkapkan melalu kajian saintifik mahupun mengikut logik akal yang terbatas ini.

Hakikatnya, tidur sudah menjadi salah satu rutin harian kehidupan manusia secara amnya. Tidur juga bagaikan pelengkap kitaran hidup seorang insan dalam berubudiyah kepada Rabbul Jalil . Maha suci Allah mencipta segala sesuatu sesuai dengan kehendak makhluk ciptaannya. Apabila sudah memerah keringat di siang hari maka didatangkan malam untuk hambanya merehatkan diri.Tepat sekali seperti dalam firman Allah s.w.t :

“Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat,dan kami jadikan malam sebagai pakaian dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.”
(An-naba’:9-11)


Setelah berdekad lamanya dalam pengkajian corak tidur oleh para sainstis, banyak penemuan tentang kepentingan tidur yang telah ditemui. Oleh itu terdapat dua teori asas tentang keutamaan tidur yang boleh dikongsi bersama.


~^-^~



  1. Pemulihan (Restorative)-Tidur membolehkan badan dan minda kita untuk kembali cergas,bertenaga dan cerdas. Kajian telah menyatakan bahawa semasa tidur otak boleh menjalankan tugasan mengemas kini data seperti menyusun semula memori ’long term’ mahupun ‘short term memory’, mengintegrasikan maklumat baru dan memulihkan tisu dan saraf serta pelbagai lagi perubahan kimia di dalam badan.
  2. Penyesuaian (adaptive)-Tidur juga boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk penyesuaian badan bagi memastikan produktiviti badan untuk bekerja di siang hari tidak terjejas.Pada kebiasaannya kuantiti dan kualiti tidur yang di perlukan adalah berkadar terus dengan kuantiti dan kualiti daya penghasilan kerja pada keesokan harinya.

Dr Willian Dement, salah seorang diantara perintis dalam kajian tidur ini mengatakan bahawa kebanyakan mahasiswa yang memasuki kolej dan universiti mempunyai pengetahuan tentang kesihatan tapi tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kepentingan tidur. Beliau juga turut menyarankan agar mahasiswa tidak hanya mengambil berat akan penjagaan tubuh badan serta pengambilan makanan yang bernutrisi tapi turut menitikberatkan soal tidur yang berkualiti untuk kestabilan dan kelancaran sistem koordinasi tubuh badan. Ketiga-tiga elemen ini penting untuk kesihatan dan dikenali sebagai “fundamental triumvirate of health”. Namun sebagai insan yang bergelar mukmin, tidur yang cukup juga tidak memadai andai ibadah tidak dijaga. Inilah yang membezakan mukmin dengan manusia lain. Inilah kelebihan yang sedia ada kerana setiap ibadah yang diperintahkan membantu dalam melancarkan sistem aliran darah dan pelbagai sistem badan yang lain. Contohnya ketika kita bersujud dalam solah sebenarnya membolehkan hampir keseluruhan kawasan di bahagian otak menerima jumlah darah lebih dari keadaan biasa.Begitulah agungnya penyusunan Allah.

Tahukan anda bagaimana kita tertidur?. Mengikut kajian saintifik , badan manusia akan diransang untuk tidur apabila menerima isyarat dari ‘Circadian clock’ atau juga dikenali sebagai ‘Circadian rhythm’. ‘Circadian clock’ diibaratkan sebagai kitaran jam yang terdapat dalam badan(internal biological clock) iaitu seperti sebuah perisian yang mengawal dan mengesan perubahan biological di dalam badan. ’Circadian clock’ bekerja seiring dengan kehadiran adenosine iaitu sejenis neurotransmitter(bahan kimia yang terdapat di kawasan saraf) yang mampu memperlahankan segala aktiviti badan. Semakin banyak adenosine berkumpul di otak semakin mengantuk individu tersebut. Namun secara keseluruhannya fenomena mengatuk dan keinginan untuk tidur ini masih sukar untuk disingkap secara saintifik.

Adakah kita mengetahui bahawa tidur juga mempunyai peringkat dan fasanya? Agaknya bila kita diulit mimpi? Hasil kajian yang telah ditemui membahagikan tidur kepada 2 jenis iaitu REM(Rapid Eye Movement) dan NREM(non-REM).REM adalah peringkat dimana kita bermimpi. NREM pula dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:

Fasa 1: (Separuh tidur/drowsiness)- Fasa ini mengambil masa 5-10 minit. Mata akan bergerak dengan perlahan dalam keadaan kelopak mata tertutup dan aktiviti yang dilakukan oleh otot badan berkurangan.Kalian akan mudah terjaga pada fasa ini apabila ada gangguan.

Fasa 2: (Light sleep)-Kemudian pada fasa ini mata akan berhenti bergerak, denyutan jantung makin perlahan dan suhu badan mula berkurangan.

Fasa 3 & 4: (Deep sleep)-Apabila memasuki fasa ketiga dan keempat kebiasaannya anda amat susah dikejutkan. Namun bagi mereka yang terjaga pada fasa ini akan mengalami masalah untuk meyesuaikan diri dan akan berasa pening serta kestabilan badan terganggu untuk beberapa minit selepas terbangun dari tidur. Anak-anak kecil biasanya mudah mengalami mimpi buruk,mengigau,berjalan dan kencing malam ketika fasa ini.


Ketika fasa ‘REM sleep’ iaitu ‘Dream sleep’ ia memakan masa 70-90 minit dari kitaran tidur . Apabila anda memasuki fasa ini kebiasaannya kita akan mengalami 3 hingga 4 episod mimpi setiap malam. Bebola mata kita akan bergerak dengan laju dalam keadaan terpejam dan disebabkan inilah fasa ini dikenali sebagai ‘rapid eye movement (REM) sleep’

Setiap fasa tidur memainkan peranan yang penting. Walaubagaimanapun ‘deep sleep’merupakan fasa yang paling penting kerana inilah fasa pertama bagi otak mengemas kini data dan rehat secukupnya. Sekiranya kita tidak mendapat deep sleep yang secukupnya kita akan mendapat ganguan tidur yang boleh memberi impak pada kecergasan tubuh badan. Kajian juga mendapati bahawa sistem ketahanan atau sistem imuniti badan juga akan meningkat pada fasa ini serta semua tenaga di kumpulkan semula untuk melakukan proses seterusnya.

Dewasa ini ramai juga di kalangan kita mengalami gangguan tidur seperti insomnia iaitu mengalami masalah untuk tidur. Justeru golongan ini mengalami kemurungan, kelesuan dan hilang tumpuan untuk melakukan kerja pada siang hari. Gangguan tidur juga boleh meningkatkan kandungan ‘stress hormone’ iaitu kortisol dan merencatkan tindakan insulin untuk menukarkan glukosa untuk disimpan. Masalah ini juga boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak kerana hormone pertumbuhan lebih banyak dirembeskan pada waktu tidur.Oleh sebab itulah kanak-kanak dan bayi memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.


~Tidur itu perlu, bukan paksa diri dan berlebihan kuantiti~


Tuntasnya, tidur yang berkualiti diperlukan untuk memaksimakan potensi diri untuk berubudiyah kepada Allah. Maka sama-sama kita hindari dari perkara yang boleh mengganggu proses tidur kerana sekiranya kita memandang perkara ini secara remeh maka kitaran hidup dan produktiviti kerja kita pasti tidak memuaskan. Keseimbangan di antara kehendak rohani dan jasmani haruslah diutamakan kerna mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah. Namun qiamullail juga tidak harus diabaikan kerana qiamlah pelengkap dan penghias proses tidur seorang mukmin. Maka Allahlah selayaknya disembah kerna Dialah yang memberi kesempatan untuk kita memberi peluang kepada badan berehat setelah seharian beribadah padaNya. Akhir kalam setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan dan FirmanNya sebagai renungan agar kita sentiasa hargai nikmat kesihatan yang diberikan.

“Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang,supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Al-Qasas:73)

~Sinar_islami~
8 nov 2007
~Risalah kesihatan edisi Umah kelate::publish~

Wednesday, November 19, 2008

~Bangunlah Membina Kekuatan~

Qum, Faanzir !

Bangkit dan berdirilah. Susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat. Kobarkan semangat dan seruan. Seruan kepada kebenaran dan peperangan terhadap kebathilan. Gemakan sentiasa Kalam Illahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Hingga seruan itu samapai kepada setiap manusia. Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.


Warabbaka fakabbir !


Besarkan Tuhanmu, di atas segala ! Tak ada menyamai Kebesaran-Nya. Tiada kekuasaan yang menyamai Kekuasaan-Nya. Tiada urusan atau kepentngan yang lebih daripada urusan dan kepentingan menjalankan perintah-Nya. Semuanya kecil di hadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam keBaqaan-Nya. Tiada harapan selain kepada keredhaan-Nya belaka. Tiada kesulitan apabila Ruh telah bersambung dengan Allah. Semuanya amat mudah bagi-Nya.


Wathiabaka fatohhir!


Bersihkan dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh, Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat dakwah ini. Suci dan menyucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan mampu berbuat kebaikan kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti pada dunia dan manusia.

Warrujza fahjur !


Jauhilah maksiat, Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah hatimu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar di hadapan Rabbul Izzati kalau larangan-Nya tidak enggkau jauhi. Bersihkanlah dirimu, keluargamu, masyarakat, bangsamu dari kemaksiatan dan kemungkaran. Makruf yang harus ditegak dan mungkar yang harus ditumbang, adalah program perjuanganmu. Al-Haq yang dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.


Wala tamnun tastakthir!

Jangan engkau memberi kerana harap balasan yang banyak! Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk membalas kerja Dakwahmu yang tidak ternilai itu. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Walirabbika fasbir!


Kerana Tuhanmu, hendaklah engaku bersabar! Lakukan tugas dakwah ini dengan segala kesabaran dan keteguhan. Sabar menerima musibah yang menimpa, ujian yang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada atau tidak seimbangnya hasil dan pengorbanan yang diberikan. Hanya dengan sabar akan menyampaikan engkau kepada tujuan.


~Surah Al-Muddatsir:2-7~

Thursday, November 06, 2008

The Great Man

::The Great Man ::

To be a great man you must....

Ramai ahli falsafah cuba untuk mentafsirkan apakah faktor yang menyebabkan seseorang manusia biasa boleh menjadi luar biasa. Namun pada kite daie ilallah, sudah tentu kita tidak berpegang pada neraca ahli falsafah semata-mata kerana hakikat kehebatan adalah menurut Islam yang kita cintai ini. Sebuah dustur yang diturunkan untuk manusia dan aplikasinya untuk manusia, bukan untuk menjadi perangkap habuk-habuk di atas almari kaca dan juga alat pembangga manusia yang kurang mengerti di mana Al-Quran perlu diletakkan. Pastinya bukan hiasan tapi ia bertakhta dan letaknya di hati..kemas lagi rapi


Ikhwah akhawat yang ana kasihi, pengertian kehebatan seseorang manusia terletak pada neraca langit, yakni neraca yang ditentukan oleh Allah swt untuk menentukan kesejagatan dan kedamaian umat manusia. Allah swt berfirman dalam Al-Quran mafhumnya sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.Justeru jadilah pemuda dan pemudi yang daban waktu mengingati Allah.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka

(Kahfi:13)

Oleh itu sahabat sekalian, kita sudah sedia maklum akan keutamaan beramal soleh untuk menggapai redha Allah swt. Namun bagi kita bukanlah kita hendak meperbaiki diri kita semata-semata, tetapi juga rakan-rakan di sekeliling. Rakan-rakan yang baik akan menghasilkan persekitaran yang baik. Moga segala kebenaran yang terpampang di depan mata mampu melahirkan hati kita yang hidup dan dikongsi bersama bukan hanya buat diri sendiri sahaja..teringat pula status ym sahabat ana..apa yang datang dari hati terbias pada aksi..tersentuh lak ngan frasa ni..mmm moga tindakan yang kita lakukan adalah imbalan dari neraca Allah.

Berbalik kepada ayat di atas, menjadi manusia bertakwa adalah semulia-mulia manusia. Cuba sahabat-sahabat bayangkan semulia mana manusia yang bertaqwa dan mengajak dan mengajar orang supaya bertaqwa kepada Allah? Maka disitu tentulah darjatnya tidak sama dan pahalanya berbeza-beza. Berdasarkan itu dapat kita simpulkan dari tajuk kita, siapakah the great man?

The great man is a man who makes other great men.

Semulia dan sehebat manusia ialah Rasulullah saw. Kita lihat bagaimana baginda dapat membina sahabat yang terkenal dengan kehebatan masing-masing. Baginda hebat kerana dapat membina sahabat-sahabat yang hebat. Dan hingga akhirnya Islam mencapai ustaziatul alam dan membawa rahmat ke seluruh dunia.

Allahu akbar!! Allah Maha Besar!! Allah The Greatest. Itulah puncak kehebatan yang ada. Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad yang hebat, menurunkan al-Quran yg hebat, dan menjadikan Islam yang hebat sebagai Deen manusia.

Ikhwah akhawat sekalian, janganlah berputus asa dalam dakwah. Jadilah insan yang hebat, dalam ertikata orang yang hebat ialah orang yg menjadikan orang lain hebat. Kisah manusia hebat bukanlah terbukti dia hanya hebat seorang diri, tapi boleh membangkitkan beribu malah jutaan manusia lainnya. Seperti kata-kata Hasan al-Banna ketika ditanya mengapa beliau tidak menulis buku sedangkan dia ulamak hebat. Tapi daie ilallah ini menjawab, Aku hanya berminat menulis manusia. Juga insan lumpuh yang hebat bernama Syeikh Ahmad Yasin, ketika ditanya tidak takutkah beliau dibunuh oleh Israel. Beliau menjawab, Andai seorang Syeikh Ahmad Yasin terbunuh, akan bangkit seribu lagi syeikh Ahmad Yasin!

Ikhwah akhawat sekalian..jadilah insan yang hebat!! Ayuh bangkitlah gegarkan dunia


ps::koleksi artikel daripada mentor setelah diubah suai oleh ana. Moga peringatan yang sikit ini menjadi pemangkin untuk kita terus maju kehadapan. Syukran kepada penulis asal.