BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 06, 2008

The Great Man

::The Great Man ::

To be a great man you must....

Ramai ahli falsafah cuba untuk mentafsirkan apakah faktor yang menyebabkan seseorang manusia biasa boleh menjadi luar biasa. Namun pada kite daie ilallah, sudah tentu kita tidak berpegang pada neraca ahli falsafah semata-mata kerana hakikat kehebatan adalah menurut Islam yang kita cintai ini. Sebuah dustur yang diturunkan untuk manusia dan aplikasinya untuk manusia, bukan untuk menjadi perangkap habuk-habuk di atas almari kaca dan juga alat pembangga manusia yang kurang mengerti di mana Al-Quran perlu diletakkan. Pastinya bukan hiasan tapi ia bertakhta dan letaknya di hati..kemas lagi rapi


Ikhwah akhawat yang ana kasihi, pengertian kehebatan seseorang manusia terletak pada neraca langit, yakni neraca yang ditentukan oleh Allah swt untuk menentukan kesejagatan dan kedamaian umat manusia. Allah swt berfirman dalam Al-Quran mafhumnya sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.Justeru jadilah pemuda dan pemudi yang daban waktu mengingati Allah.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka

(Kahfi:13)

Oleh itu sahabat sekalian, kita sudah sedia maklum akan keutamaan beramal soleh untuk menggapai redha Allah swt. Namun bagi kita bukanlah kita hendak meperbaiki diri kita semata-semata, tetapi juga rakan-rakan di sekeliling. Rakan-rakan yang baik akan menghasilkan persekitaran yang baik. Moga segala kebenaran yang terpampang di depan mata mampu melahirkan hati kita yang hidup dan dikongsi bersama bukan hanya buat diri sendiri sahaja..teringat pula status ym sahabat ana..apa yang datang dari hati terbias pada aksi..tersentuh lak ngan frasa ni..mmm moga tindakan yang kita lakukan adalah imbalan dari neraca Allah.

Berbalik kepada ayat di atas, menjadi manusia bertakwa adalah semulia-mulia manusia. Cuba sahabat-sahabat bayangkan semulia mana manusia yang bertaqwa dan mengajak dan mengajar orang supaya bertaqwa kepada Allah? Maka disitu tentulah darjatnya tidak sama dan pahalanya berbeza-beza. Berdasarkan itu dapat kita simpulkan dari tajuk kita, siapakah the great man?

The great man is a man who makes other great men.

Semulia dan sehebat manusia ialah Rasulullah saw. Kita lihat bagaimana baginda dapat membina sahabat yang terkenal dengan kehebatan masing-masing. Baginda hebat kerana dapat membina sahabat-sahabat yang hebat. Dan hingga akhirnya Islam mencapai ustaziatul alam dan membawa rahmat ke seluruh dunia.

Allahu akbar!! Allah Maha Besar!! Allah The Greatest. Itulah puncak kehebatan yang ada. Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad yang hebat, menurunkan al-Quran yg hebat, dan menjadikan Islam yang hebat sebagai Deen manusia.

Ikhwah akhawat sekalian, janganlah berputus asa dalam dakwah. Jadilah insan yang hebat, dalam ertikata orang yang hebat ialah orang yg menjadikan orang lain hebat. Kisah manusia hebat bukanlah terbukti dia hanya hebat seorang diri, tapi boleh membangkitkan beribu malah jutaan manusia lainnya. Seperti kata-kata Hasan al-Banna ketika ditanya mengapa beliau tidak menulis buku sedangkan dia ulamak hebat. Tapi daie ilallah ini menjawab, Aku hanya berminat menulis manusia. Juga insan lumpuh yang hebat bernama Syeikh Ahmad Yasin, ketika ditanya tidak takutkah beliau dibunuh oleh Israel. Beliau menjawab, Andai seorang Syeikh Ahmad Yasin terbunuh, akan bangkit seribu lagi syeikh Ahmad Yasin!

Ikhwah akhawat sekalian..jadilah insan yang hebat!! Ayuh bangkitlah gegarkan dunia


ps::koleksi artikel daripada mentor setelah diubah suai oleh ana. Moga peringatan yang sikit ini menjadi pemangkin untuk kita terus maju kehadapan. Syukran kepada penulis asal.

13 comments:

Dr Amad said...

Kita hanya dimuliakan dengan Islam,bila ditinggalkan Islam,Allah akan kembali dan meletakkan umat Islam ke temapat yang serendah-rendahnya...Syukran diatas tazkirah tersebut

sinar_islami said...

betul kemuliaan kita bersama Islam..
maka 'Izzah la kita dgnnya

Anonymous said...

the great man is a man who makes other great man

suka ayat tu. nak jadi the great man gak! nak! nak! haha,mcm budak2.=P

sinar_islami said...

sila2...sesuai skali insyaAllah

Hilal Asyraf said...

ho...
great man?
something that doesnt come with bluff...
ho...
you must walk to achieve it...
the secret recipe to be great man is effort...
ho...
great man?
inna akramakum 'indaALLAHi atqaakum..
that is great man...
ho...
great man?
something that doesnt come with bluff...
ho...
you must walk to achieve it...
the secret recipe to be great man is effort...

~angkasa~

p/s: uih... berbahasa inggeris plak.. mungkin sebab skang ni sejuk camm kat eropah kut.. ha ha...

sinar_islami said...

nothing is easier without hard effort..espacially to become such a great man in universe..

to be a great man u have to survive..survival in finding the truth..and to feel halawatul Iman

Kalam Puncak said...

Innahum fityatun aamanu birabbihim wazidnaahum hudaa

tiba-iba bila baca ayat ni teringat cikgu abduh laung-laungkan ayat ni dalam perhimpunan pagi..

Ooh, great man..

sinar_islami said...

mengingatkn ana jua pada insan yang sering membangkitkan semangat juang..Alhamdulillah peringatan itu sgt berguna buat mukmin

kalam Illahi itu sgt bermakna
dan Al-Quran itulah bekalan abadi terkandung seribu satu misteri
buat penghibur hati hamba yg ingin mencari sinar Illahi...serta ubat buat hati yang kekadang lesu tanpa disedari

itulah patutnya bekalan buat yang ingin bergelar great man...

Anonymous said...

salam kak sya...huhuhu..
ada org dtg blog fathy dr blog kak sya..ngeh3..nak ucap tahniah sebab dicalonkan lagi..huhuhu..
nk undi kak sya laaa.

Anonymous said...

Salam ukhwah...

awak ade blog rupenye...
Alhamdulillah, perjuangan yang betul pasti akan mendapat bantuan dari Allah...

Ana pun ade blog juga, baru bermula,,ziarah la ek :)

sinar_islami said...

me to fathy:: gerun n risau sebenarnye ni...doakn yg terbaik..berbalas jugak kunjungan kak sha ye dik.. ^-^..akak vote batch anti plk la..

me to abu::
Alhamdulillah dh ziarah..ahlan2 sila la beri kritikan lepas ini ya..sama2 teruskn berjuang ats deenul Haq ini

Amin Ahmad said...

manusia hebat ialah mereka yang mengambil piawaian yang lebih hebat sebagai cabaran untuk dicapai.

piawaian mana yang lebih hebat jika bukan seperti yang diperintah Ilahi dan ditunjukkan Rasulullah s.a.w.

berbahagialah untuk mereka yang memilih dan terpilih.

sinar_islami said...

Moga Allah memilih kita utk berbahagia bersama-Nya