BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 25, 2008

Zzzz


ZZZzzzz…



“Ana letih la.Ana tidur dulu ya,” “Dah lewat malam ni kena tidur la. Takut esok ngantuk dalam kelas pulak”

Sesungguhnya kalam inilah yang biasanya dilafazkan apabila malam melabuhkan tirainya dan apabila letih tak tertahan lagi.Bagai tak dapat dipisahkan, keinginan tidur dari kehidupan manusia.Justeru apa pentingnya tidur ini kepada seorang mukmin serta apa untungnya pada sistem tubuh badan. Sesungguhnya segala penciptaan ada hikmah yang tersembunyi dan bukan kesemuanya boleh disingkapkan melalu kajian saintifik mahupun mengikut logik akal yang terbatas ini.

Hakikatnya, tidur sudah menjadi salah satu rutin harian kehidupan manusia secara amnya. Tidur juga bagaikan pelengkap kitaran hidup seorang insan dalam berubudiyah kepada Rabbul Jalil . Maha suci Allah mencipta segala sesuatu sesuai dengan kehendak makhluk ciptaannya. Apabila sudah memerah keringat di siang hari maka didatangkan malam untuk hambanya merehatkan diri.Tepat sekali seperti dalam firman Allah s.w.t :

“Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat,dan kami jadikan malam sebagai pakaian dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.”
(An-naba’:9-11)


Setelah berdekad lamanya dalam pengkajian corak tidur oleh para sainstis, banyak penemuan tentang kepentingan tidur yang telah ditemui. Oleh itu terdapat dua teori asas tentang keutamaan tidur yang boleh dikongsi bersama.


~^-^~



  1. Pemulihan (Restorative)-Tidur membolehkan badan dan minda kita untuk kembali cergas,bertenaga dan cerdas. Kajian telah menyatakan bahawa semasa tidur otak boleh menjalankan tugasan mengemas kini data seperti menyusun semula memori ’long term’ mahupun ‘short term memory’, mengintegrasikan maklumat baru dan memulihkan tisu dan saraf serta pelbagai lagi perubahan kimia di dalam badan.
  2. Penyesuaian (adaptive)-Tidur juga boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk penyesuaian badan bagi memastikan produktiviti badan untuk bekerja di siang hari tidak terjejas.Pada kebiasaannya kuantiti dan kualiti tidur yang di perlukan adalah berkadar terus dengan kuantiti dan kualiti daya penghasilan kerja pada keesokan harinya.

Dr Willian Dement, salah seorang diantara perintis dalam kajian tidur ini mengatakan bahawa kebanyakan mahasiswa yang memasuki kolej dan universiti mempunyai pengetahuan tentang kesihatan tapi tidak mempunyai pengetahuan tentang nilai dan kepentingan tidur. Beliau juga turut menyarankan agar mahasiswa tidak hanya mengambil berat akan penjagaan tubuh badan serta pengambilan makanan yang bernutrisi tapi turut menitikberatkan soal tidur yang berkualiti untuk kestabilan dan kelancaran sistem koordinasi tubuh badan. Ketiga-tiga elemen ini penting untuk kesihatan dan dikenali sebagai “fundamental triumvirate of health”. Namun sebagai insan yang bergelar mukmin, tidur yang cukup juga tidak memadai andai ibadah tidak dijaga. Inilah yang membezakan mukmin dengan manusia lain. Inilah kelebihan yang sedia ada kerana setiap ibadah yang diperintahkan membantu dalam melancarkan sistem aliran darah dan pelbagai sistem badan yang lain. Contohnya ketika kita bersujud dalam solah sebenarnya membolehkan hampir keseluruhan kawasan di bahagian otak menerima jumlah darah lebih dari keadaan biasa.Begitulah agungnya penyusunan Allah.

Tahukan anda bagaimana kita tertidur?. Mengikut kajian saintifik , badan manusia akan diransang untuk tidur apabila menerima isyarat dari ‘Circadian clock’ atau juga dikenali sebagai ‘Circadian rhythm’. ‘Circadian clock’ diibaratkan sebagai kitaran jam yang terdapat dalam badan(internal biological clock) iaitu seperti sebuah perisian yang mengawal dan mengesan perubahan biological di dalam badan. ’Circadian clock’ bekerja seiring dengan kehadiran adenosine iaitu sejenis neurotransmitter(bahan kimia yang terdapat di kawasan saraf) yang mampu memperlahankan segala aktiviti badan. Semakin banyak adenosine berkumpul di otak semakin mengantuk individu tersebut. Namun secara keseluruhannya fenomena mengatuk dan keinginan untuk tidur ini masih sukar untuk disingkap secara saintifik.

Adakah kita mengetahui bahawa tidur juga mempunyai peringkat dan fasanya? Agaknya bila kita diulit mimpi? Hasil kajian yang telah ditemui membahagikan tidur kepada 2 jenis iaitu REM(Rapid Eye Movement) dan NREM(non-REM).REM adalah peringkat dimana kita bermimpi. NREM pula dibahagikan kepada 4 fasa iaitu:

Fasa 1: (Separuh tidur/drowsiness)- Fasa ini mengambil masa 5-10 minit. Mata akan bergerak dengan perlahan dalam keadaan kelopak mata tertutup dan aktiviti yang dilakukan oleh otot badan berkurangan.Kalian akan mudah terjaga pada fasa ini apabila ada gangguan.

Fasa 2: (Light sleep)-Kemudian pada fasa ini mata akan berhenti bergerak, denyutan jantung makin perlahan dan suhu badan mula berkurangan.

Fasa 3 & 4: (Deep sleep)-Apabila memasuki fasa ketiga dan keempat kebiasaannya anda amat susah dikejutkan. Namun bagi mereka yang terjaga pada fasa ini akan mengalami masalah untuk meyesuaikan diri dan akan berasa pening serta kestabilan badan terganggu untuk beberapa minit selepas terbangun dari tidur. Anak-anak kecil biasanya mudah mengalami mimpi buruk,mengigau,berjalan dan kencing malam ketika fasa ini.


Ketika fasa ‘REM sleep’ iaitu ‘Dream sleep’ ia memakan masa 70-90 minit dari kitaran tidur . Apabila anda memasuki fasa ini kebiasaannya kita akan mengalami 3 hingga 4 episod mimpi setiap malam. Bebola mata kita akan bergerak dengan laju dalam keadaan terpejam dan disebabkan inilah fasa ini dikenali sebagai ‘rapid eye movement (REM) sleep’

Setiap fasa tidur memainkan peranan yang penting. Walaubagaimanapun ‘deep sleep’merupakan fasa yang paling penting kerana inilah fasa pertama bagi otak mengemas kini data dan rehat secukupnya. Sekiranya kita tidak mendapat deep sleep yang secukupnya kita akan mendapat ganguan tidur yang boleh memberi impak pada kecergasan tubuh badan. Kajian juga mendapati bahawa sistem ketahanan atau sistem imuniti badan juga akan meningkat pada fasa ini serta semua tenaga di kumpulkan semula untuk melakukan proses seterusnya.

Dewasa ini ramai juga di kalangan kita mengalami gangguan tidur seperti insomnia iaitu mengalami masalah untuk tidur. Justeru golongan ini mengalami kemurungan, kelesuan dan hilang tumpuan untuk melakukan kerja pada siang hari. Gangguan tidur juga boleh meningkatkan kandungan ‘stress hormone’ iaitu kortisol dan merencatkan tindakan insulin untuk menukarkan glukosa untuk disimpan. Masalah ini juga boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak kerana hormone pertumbuhan lebih banyak dirembeskan pada waktu tidur.Oleh sebab itulah kanak-kanak dan bayi memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.


~Tidur itu perlu, bukan paksa diri dan berlebihan kuantiti~


Tuntasnya, tidur yang berkualiti diperlukan untuk memaksimakan potensi diri untuk berubudiyah kepada Allah. Maka sama-sama kita hindari dari perkara yang boleh mengganggu proses tidur kerana sekiranya kita memandang perkara ini secara remeh maka kitaran hidup dan produktiviti kerja kita pasti tidak memuaskan. Keseimbangan di antara kehendak rohani dan jasmani haruslah diutamakan kerna mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah. Namun qiamullail juga tidak harus diabaikan kerana qiamlah pelengkap dan penghias proses tidur seorang mukmin. Maka Allahlah selayaknya disembah kerna Dialah yang memberi kesempatan untuk kita memberi peluang kepada badan berehat setelah seharian beribadah padaNya. Akhir kalam setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan dan FirmanNya sebagai renungan agar kita sentiasa hargai nikmat kesihatan yang diberikan.

“Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang,supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Al-Qasas:73)

~Sinar_islami~
8 nov 2007
~Risalah kesihatan edisi Umah kelate::publish~

11 comments:

Dr Amad said...

Ana tengok dari explanation anti macam best jah tido ni...hik3. Tido itu nikmat yang Allah beri pada hambanya.Bukan semua mendapat nikmat ini...jika tidak masakan wujud insomnia...Nikmat jika tiada,ia keperluan,jika terlebih ia adalah kecelakaan...gunakan nikmat tido dengan sebaiknya...zzzZZZZ...

sinar_islami said...

mmg best pun tido ni.. ^-^
kalau tak, tak denyer cerita sleeping beauty..

namun apa jua keadaan pun menuntut kesederhanaan..

Ami Farhani MNA said...

baru terase ngantuk pas bace artikel ni..hihi..baru terase nikmat ngantuk bila xrase nak ngantuk padahal da pukul 2.45pg..=p

Anonymous said...

sebelum tidur baca dulu ayat 107-110 surah al Kahfi supaya diizinkan Allah utk mudah berbicara denganNYA

PEMENANG said...

hurm...bole x nak mintak publish kat web perubatan.org...dalam ruangan KARYA AHLI..bole kan?

PEMENANG said...

maksud sy ..pos ni pasal tido..besla....

sinar_islami said...

me to pemenang..
sila2..ilmu dikongsi..tapi sbnrnya ana dh hntr artikel ni utk dipublishkn thn lepas kat umh kelantan..selamat dh pun..tapi blh ja..

sinar_islami said...

me to ami
blh pula rsa ngantuk..he3
Allah nak suh anti tido la tu..

me to abu ammar
syukran..Indahnye jika dapat berbicara nganNya, tak pun mimpi bertemu Rasululllah..besar nikmat tu

Anonymous said...

REM - teringat mase blaja physiology dlu. hehe.

nnt aku pon nk wat post psl tdo gak. tnguuuu.

Hilal Asyraf said...

Cikgu.. Hilal ada benda nak kongsi nih...

semoga cikgu turut bergembira.. hu hu

first, Next year insyaALLAH will be my year. Sebab, Novel RELASI, dan kumpulan cerpen saya akan keluar serentak. RELASI oleh YWJ(Yayasan Warisan Johor) dan kumpulan cerpen oleh Syarikat Pelangi.

second, Hilal bakal mendapat bayaran awal oleh Syarikat Pelangi sebanyak RM15000(baru bayaran awal, tak masuk royalti).

third, insyaALLAH, peluang untuk Hilal memecahkan rekod Fatimah Busu sebagai penulis novel termuda Malaysia cerah. Kalau editor novel RELASI siap edit RELASI sebelu bulan 1, maka Hilal berjaya memecahkan rekodnya.

keempat, Hilal bakal jadi bahan penyelidikan untuk tesis budak universiti mengenai penulis muda.(yang ni tak confirm sangat, mentor baru cakap-cakap gitu je)

kelima,.... tade...

ha ha...

cikgu ada doa apa-apa ke? ha ha...


ok.. just want to share...
duk jauh ni sebatang kara... nasib baik ada cikgu sorang kat mesir

semoga ALLAH bagi hanya yang terbaik untuk cikgu.

harashio!

sinar_islami said...

me to magma::
sila2..manfaatkn ilmu yg dapat sebaiknya..

me to hilal::
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

alfu mabruk..rezeki Allah nk bgi mencurah2..kejayaan tu dri Allah jua

^-^ mcm2 ana doa..

hilal tak sebatang kara..ramai je mengingati dikejauhan ni..moga Allah jua sentiasa bgi yg terbaik pada nta..jgn lupa manfaatkan sebaik2nya nikmat yang Allah berikn.. teruskn berjuang dan jangan pandang belakang..terus maju demi islam

“Hai orang² yang beriman,belanjakanlah(di jalan Allah)sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat”
(Al-Baqarah:254)