BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 19, 2009

Perubatan Oh Perubatan..


Macam-macam perubatan

“Mencabar rupanya study medic ni,” kata junior tahun 1.

"Fuh ngeri sungguh tengok gambar-gambar tadi"

"Habis mood dah tengok these forensic pictures, lama juga kita belajar hari ini"

"Hampir separuh buku dah Prof ajar, revision sendiri tak juga abes"

“Rasa makin susah la pula medicine ni. Tahun 4 tahun honeymoon cam tak je”

“Macam tak sabar nak bergelar doctor!”


Begitulah kalam daripada pelajar-pelajar perubatan. Kadangkala berbaur semangat kadangkala berbaur keluhan. Bukan semudah yang disangka dan bukanlah sesukar yang diduga. Asam garam dalam menuntut ilmu hatta dalam bidang apapun, macam-macam bakal kita hadapi. Macam-macam ada. Masing-masing ada ujian tersendiri.

Kalau dulu sebelum memilih bidang perubatan, bidang ini merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam. Namun sejurus sahaja memilih bidang ini, sudah menjadi fardhu ain bagi penuntutnya. Justeru ketekunan dalam bidang ini perlu ditekankan bukan diambil sambil lewa.

"Keseimbangan antara dakwah, tarbiyah, akademik, ilmu agama dan lain-lain tu perlu"

Tergiang-giang lagi kata-kata ini. Keseimbangan itu bukanlah bermaksud ilmu ini 50% ilmu itu 50%. Tapi lebih memegang kepada konsep mengali ilmu selagi termampu. Memberi hak semaksima yang mampu. Namun sebagai pelajar dalam bidang perubatan sudah menjadi kewajipan untuk menuntutnya setekun yang mungkin. Jika tidak anda mungkin akan menzalimi insan lain dengan ketidaksungguhan di jalan ini. Jauhkan sikap tidak peduli. Ingat anda sedang diperhati !!


Disiplin ilmu kedoktoran


Sinar gemar dengan 3 perkataan di atas kerana bidang yang diceburi tika ini benar-benar menuntut diri untuk mendisiplin diri. Bahkan ilmu kedoktoran itu juga punya perbezaan di antara ilmu-ilmu lain atau senang kata punya disiplinnya tersendiri. Anda akan lebih merasai 3 kalimah ini bila terjun ke bidang ini, hatta kata-kata tak mungkin dapat sinar nukilkan disini. Jerih perih suka duka semuanya sudah sebati. Anda mungkin berjaya dan mungkin gagal mengurus diri. Itu BIASA tapi usaha dan titik tolak yang luar biasa akan menjadikan anda ‘extraordinary person’. Sama-sama mencari…


Apakah antara disiplin bidang ini? Anda perlu kenal dan memahami. Tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka takkan menuruti. Pastinya bidang ini punya susunan ilmunya tersendiri. Maka muncullah pelbagai subjek seperti Anatomy, Physiology, Pathology, Pharmacology, Surgery, dan sebagainya. Tiap-tiap satunya tidak dapat dipisahkan. Bahkan menjadi pelajar perubatan tidak dapat tidak anda harus berguru dan menggunakan semua pancaindera yang Allah berikan untuk benar-benar menghadam ilmu ini.

Disiplin ilmu kedoktoran ini menuntut kita menjadi pendengar yang baik agar kita setia untuk mendengar aduan dan luahan pesakit. Kita juga perlu menjadi pemerhati yang baik agar kita setia untuk melihat dan merawati pesakit. Kita juga perlu menjadi pembantu yang baik agar kita setia memberi tanpa sekelumit rasa berkira. Yang paling penting ilmu ini jika dipelajari kombinasi pancaindera yang Allah kurniakan dan dengan kerendahan hati, kita akan terus tunduk patuh pada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Bila kita berdisiplin anda akan terpimpin dan memimpin.

Doctor is a Da'ie

Menjadi seorang muslim tidak lepas daripada memikul tanggunjawab dakwah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Profesion adalah nilai tambah pada individu muslim. Berada di saat awal kelahiran dan di saat akhir kehidupan manusia adalah peluang buat pengamal perubatan. Di sinilah kita bakal berpeluang menyaksikan kekuasaan Allah. Sepanjang merawati pesakit, kalam-kalam daripada doktor bisa membuatkan yang sakit kembali sihat apabila ruhani turut dirawat.

Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Menjadi Doktor Muslim pastinya ada perbezaan. Ada tamaiyuz. Sama-sama persiapkan diri untuk menghadapi realiti.

“Umat Islam adalah umat yang banyak memberi, melahirkan, berbakti dan menghasilkan. Mereka mempersembahkan keagungan dalam sejarah”


Disiplinkan diri ! Masa tidak rugi.

Masa begitu mahal dan tidak layak disiakan. Sesungguhnya kerugian yang dasyat akan menimpa kita. Kita sentiasa mengeluh saat perlu membaca ribuan halaman buku pelajaran sedangkan bagi mereka non muslim di Amerika membaca lebih daripada dua belas jam sehari. Sudah pasti ilmu itu mengangkat mereka dari aspek pembangunan. Sunnatullah begitu. Yang berusaha akan kehadapan dengan izin Allah. Moga Allah permudahkan…

Cukup terkesan kata-kata Dr Aid Abdullah Al-Qarni

“Umat ini ditimpa kebosanan. Mungkin di antara kita pernah membaca satu jam, kemudian dia mengatakan “ Sesungguhnya mataku mempunyai hak atas diriku, jiwaku juga mempunyai hak atas diriku dan keluargaku mempunyai hak atas diri”

Terkena ! Termenung sejenak sinar dibuatnya..Kita adalah umat yang dihitung dengan waktu… Setiap detik akan ditanya, “Bagaimana kita habiskan?”

Masihkah ada harapan?

Jika kita sudah benar-benar memasang niat dan pasakkan keyakinan untuk bergelar seorang pengamal perubatan. Disiplinkan method study dan sentiasa mencipta suasana pembelajaran yang membantu study. Kita berusaha dan natijahnya serahkan pada Yang Maha berkuasa. Masih ada harapan untuk kita berubah andai dulu kita bermalas-malasan.

Sinergi itu ramuan istimewa.

“Studying medicine is like going to the war. You cannot do in single-handedly. Teamword is important. Nobody is your competitor and everybody is a collaborator. Everyone has to share their ammunition to won the war and get a common victory. There is no quota of how many should get A in medical schools. The fact that a friend gets A does not deprive your chance of getting A. The more you give, the more you will get. In other words, the more you give your knowledge to your friends and share your note, the more they will share whatever they have with you. So, two plus two equal to five, which we call “synergy”. ( Prof. Dr. Muhaya Mohamad)



Akhirul kalam, tuntutlah ilmu dengan kaca mata keimanan, nescaya akan terbit keinsafan. Maaf andai salah bicara dan perbetullah andai ada kesilapan. Perjalanan Sinar juga masih jauh di hadapan. Sama-sama mendoakan.

10 comments:

Atiqah said...

semua bidang punye disiplin yg tersendiri..kalo x ikut disiplin tu dgn btol akn kecundang juga...
bljr Eng Lit juga de ssh dan sng nye..tugas daie tu ada pd sesiapa sj x kira die sorg doktor atau pemegang ijazah sastera..yg pntg die tau hala tuju nye slps ini..
mendidik manusia lain dgn ilmu yg de, atau dirinye terdidik dgn suasana yg kian mmbinasa ini...
tepuk dada tye iman...cabaran tu ada di mana2 sejauh manakah kte kuat utk menghadapi cabaran itu???

sinar_islami said...

betul...setiap bidang ada disiplinnya...
=) nak hurai lebih2 tak pro lagi...
InsyaAllah dlm apa2 biar iman jadi pencetus momentum dan pengukurnya...at least kita tak mudah putus asa...
putus asa tu bukan sikap mukmin...
kalau ada juga..mesti salah pada titik permulaan kita bergerak..

moga sama2 kuat ukhtie...

Anonymous said...

Salam Sha,
saja nak share satu kata2 utk kita2 yg dah masuk clinical ni:
"..to study diseases without books is to sail an uncharted sea, while to study books without patients is not to go to sea at all.."
- sir william osler, Prof of Medicine, Oxford, England -

Kata2 ni terpahat dalam buku surgery yg paling bagus, Bailey and Love (bak kata doctor ana, The Qur'an of surgery = buku Bailey & Love tu)

Setuju sangat pasal disiplin, lagi2 sekarang ni...
;B

::alexa::

sinar_islami said...

syukran ukhtie...sgt2 bermakna kata-kata ini..
tertusuk kalau masih nk bermalas...
Amanah ilmu adalah amanh dari Allah..

sama2 mengingatkan.. (^_^)
nak kena cari buku tu nampaknya..
(itu kan buku yg ukhtie suh beli tu..kena cari kat book fair la nampknya~masuk list)

saza s said...

salam kak sinar

alhamdulillah.Jazakillah atas perkongsian ini (meskipun mungkin kak sinar akan mengatakan la' syukran alal wajib)

sekarang sudah ada jalan, tinggal kita sahaja bagaimana mahu melalui jalan itu. dengan kesenangan yang akan membuahkan kesakitan atau dengan kesusahan yang akan menghasilkan kemanisan

moga Allah redha kita semua.

p/s-tidak dapat disangkal pendapat sesetangah orang, mungkin bingkisan kak sinar boleh diedit dan dibukukan

Anonymous said...

Sha, tu buku laen. Yg ana minta tlg anti survey tu buku laen (Davidson's principle and practice of surgery) Tak payah survey dah ye sebab dah jumpa.
Xpe je nak beli buku Bailey tu, sebabnya ilmu dalam tu berguna sampai tua, lagi2 kalau berminat nak further study jadi surgeon. :B
(hehe...nak ke?)
Ana x tunggu ma'rad kot. Kalau tunggu ma'rad, alamatnya exam x baca buku la sebab exam dulu baru ma'rad.
Sekarang buku surgery pun dah berlambak. Semua yg doc recommend, semua nak beli. Haih~
nak kena disiplinkan diri utk baca kitab2 medic pulak skrg..
Semoga dipermudahkan urusan Sha dan semua rakan seperjuangan..

::alexa::

sinar_islami said...

me to saza_s::

la syukran 3la wajib
(blh predict apa ana nk ckp rupanya..)
yang baik itu kita kongsi..
pengalaman ana pun skit je..perjalanan masih jauh lagi..

betul..jalan ini seharusnya kita kemudi sebaik mungkin..tiada peluang kedua..masa akan terus berjalan meninggalkan kita..yang lalu akan jadi sejarah dan esok masih lagi misteri...

Moga Allah rahmati dan redha kita smua

syukran..

ps:: kalau ada rezki Alhamdulillah..tapi stakat ni pun ana rasa bersyukur..at least bukukn kata2 ni dalam kamus hidup antum...tu pun dh cukup bagi ana...Allah yang mengatur kalimah2 ana...dan Dia mengatur segalanya

sinar_islami said...

aaa..salah pula sha..chek smula sms yg dulu kak nawwar bgi =)

surgry sha belaja tahun 5 & 6. Sempt la lagi kalau sha beli..Mana tau tetiba minat jadi surgeon kan.. (^_~)

Jadi Doktor ni mmg kena byk buku... dh kena ade mini library nanti..tu tak cmpur buku2 lain lagi kan..even dh jadi doktor still kena buka buku, journal, article..always kena up-to-date

Sama2 usaha...doakn smua..berdebar pula tiba2...

Humayra' said...

syukran share artikel ni..
buat diri sniri muhasabah kembali bidang optometri yg ana ambil ni.

moga segala yg dilakukan adalah yg terbaik lillalah, insyaAllah..

ukhtie, ana mohon share article ni utk adik2 medic di sini ye..

sinar_islami said...

la syukran 3ala wjib...
sama2 muhasabah insyaAllah =)

Ameen..moga Allah berkati ukhtie sllu...dan dipermudah...

ps::Sila...maaf atas kekurangan..Nanti adik2 tu pula blh buat artikel..kongsi ngan ana pula ye