Adakalanya diam dalam sesuatu pertanyaan bukanlah pengabaian berterusan. Kata-kata bukanlah satu lontaran mudah, semudah memulangkan pukulan bola tangkis di utara dengan pemukulnya. Hatta sebaris kata-kata akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat si pendengar setia.
Adakalanya diam dalam sesuatu perdebatan adalah lebih baik daripada menambah rasa dan bicara kerana perdebatan yang tiada penghujungnya hanya mengundang amarah dan komplikasi yang jauh lebih sulit untuk diubati dan mengundang murka.
Imam Hasan Al-Banna menyatakan dalam wasiatnya:
"Janganlah kalian berbanyak debat dalam soal apa pun dan bagaimanapun, sebab perdebatan tidak membuahkan kebaikan"
Adakalanya perbualan itu hanya sia-sia. Langsung tidak membuahkan keimanan dan membenihkan takwa malah menambah dosa di akhirat sana. Tika ini diam dan berjauhan itu adalah lebih baik daripada sibuk menganyam 'ketupat' saudara sendiri.
Adakalanya menyendiri itu lebih baik daripada kesibukan bersama manusia. Inilah peluang dan ketika anda berfikir dan bermuhasabah. Namun sebenarnya anda tidak sendiri. Anda bersama Allah mengoreksi diri. Ke manakah perginya kata-kata dan tenagamu? Ke jalan syurgakah amalan-amalan mu?. Namun bukanlah ini tandanya anda harus bersara daripada amal kebajikan di dunia.
Sungguh bermacam-macam perbualan, pertanyaan dan perdebatan yang kadang-kadang bukanlah mudah dibawa dan dijaga keharmoniaannya. Perhatikanlah amalan yang dibawa oleh mulut kita. Boleh jadi kerana mulut badan binasa. Diam itu bukan bermakna kita berhenti daripada berfikir akan tetapi terus dan terus berfikir dan lebih kepada membetulkan bicara, sikap dan memantau "kesihatan iman & takwa".
Justeru adakah rawatan sempurna...melainkan kembali kepada Allah Yang Maha Mencipta? Maafkan Sinar andai ada salah bicara.
8 comments:
terima kasih..
kalam sohh jiddan :D
sayng kamu :)
la syukran 3la wajib...
kalau ada kalam dari saffa..blh la dikongsi...pengubat iman di hati...uhibbukifillah aidhan
Setuju sangat dengan artikel Sinar terutama sekali bab menganyam ketupat tu. Kadang2 saya sendiri rasa hairan kerana... bagaimana banyak pun kita mengaji, macamana banyak pun kita memperolehi ilmu, betapa dalamnya kefahaman kita tentang dosa pahala, ketakutan yang amat sangat dengan neraka,kesungguhan kita untuk mendapatkan syurga Allah, redha Allah etc etc, kita hamba2Nya masih tak dapat mengelakan diri dari menganyam ketupat. Na'uzubillahiminzalik. Mudah2an kita dapat berusaha bersungguh2 untuk menjauhi sifat ini.
sinar juga sgt bersetuju dengan hamba...
apa sbnrnya penyakit kita ya...??
TAHU tapi tidak mahu meninggalkan..
sedih memikirkan bila terjebak...
insyaAllah sama2 cuba menjauhi sedaya yg mungkin..
syukran 'hamba' atas kehadiran kamu disini
btol2.. terima kasih ats peringatan..
sahabat2 kat sekekliling pon penting juga.. spy dapat saling mengingati... almaklumla... manusia mudah lpe.. dan terlalu cepat lpe...
shbt tu cerminan diri..
kena juga pandai memilih shbt..
bershbt dgn penjual minyak wangi..wangilah juga kita..
:) kalau ana terlupa or terslh kata...sinar chya pertama blh la tgur tgur ya..
insyaAllah...
saya pon harap yang sama..
ingatkan saya bila saya lupa~
ajrkan saya sbb bnyk bende yg sy masih tak tau..
seronok dapat berkenal-kenal dgn akk! :)
sling lengkap melengkapi insyaAllah...
seronok dpt kenal anti juga..
makin bersinar-sinar pula rasanya..
Moga Allah berkati anti sllu...
Post a Comment