BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

Pesanan bermakna daripada sahabat...

Alhamdulillah di saat sidang editor sibuk menyiapkan tugasan, hujan malam ini sedikit mendamaikan. Bukan senang melihat Mesir ini hujan. Walaupun tidak selebat dan selama di Malaysia, melihat titik-titik kecil pun cukup bersyukur. Saat keriuhan masing-masing bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ada juga juadah yang bakal menanti kami larut malam nanti. Terima kasih buat ahli beit (housemates) yang cukup 'sporting' dan 'happy' belaka. Sempat pula beberapa pesanan ringkas memenuhi peti inbox sambil menelefon sana sini mengurus kerja persatuan yang berbaki. Terubat juga diri pada sms berbaur nasihat begini. Mana tidaknya, hampir penuh peti inbox dengan sms kerja dan persatuan =) tenggelam sms tarbawi. Rindu sungguh...



Apabila dikatakan manusia. Semestinya hidup itu akan dihitung ke mana dimanfaatkan atau ke mana kita bazirkan. Manusia mudah leka. Kadangkala lemah tak terkata. Semestinya nasihat dan renungan mampu menjadi stimulus mahupun pemangkin agar mengorak langkah lebih jauh kehadapan. Pasang surutnya iman itu menjadikan manusia dahagakan sentuhan kalam-kalam tarbawi. InsyaAllah dua pesanan yang ingin dikongsi. Cukupla dua ya =) Pesanan pertama yang di terima daripada ukhtie kecil dari Iskandariah.


"Inginkan mutiara selamilah lautan,


inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,


inginkan kejayaan hadapilah pengorbanan.


ketahuilah setiap kepahitan itu terkandung seribu kemanisan"


Ya benar, bukan mudah untuk mengecapi nikmat bahagia. Bahkan dalam Al-Quran termaktub sudah. " Selepas kesulitan akan ada kemudahan". Itu janji Allah bukan. Maka dituruti pula pesanan ringkas yang kedua yang ingin Sinar kongsikan. Mungkin biasa tapi malam ini Sinar cukup terasa...



"Semoga berjaya menjadi insan penuh bercahaya dalam rahmatnya...Yang tetap tersenyum dalam duka, yang tetap mara dalam bahaya, tidak kalah pada amarah, tidak melatah walau disergah...kuat dalam menongkah arus, tabah mencari jalan yang lurus..kejayaan menanti kegembiraan pasti untukmu nanti"


Ameen...Jazakillah atas doanya. Moga Allah kuatkan diriku, dirimu dan kalian jua. Jom ikhlaskan hati dalam beramal dan sama-sama bersegera dalam kebaikan. Senyumlah tak kira apa yang bermain di hati. Itu antara pengubat hati sendiri. Moga Allah pimpin kerja-kerja kami dan redha atas usaha-usaha kami. Dan dalam hadith at-Tabarani diriwayatkan “Allah mengasihi si hamba yang apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan ia melaksanakan dengan cermat dan sempurna (an-yutqinahu, atau yuhsinahu)”.

Buat teman-teman di mana sahaja khususnya di Malaysia dan Indonesia yang sedang menempuh peperiksaan, salam perjuangan dan salam imtihan. Rabbuna Yusahil. Moga Allah permudahkan kalian.




"Dan berjihadlah (berjuanglah) kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia telah memilih kamu dan Dia sesekali tidak menjadikan untuk kamu kesempitan dalam beragama"


(Surah al-Hajj: Ayat 78);


NB::

  • Buat teman-teman seangkatan, jangan lupa study. Exam end round pun tak lama lagi =). Kalau buku Forensik & Toxicology tu bersih lagi, jom sama-sama comotkan...
  • Sama-sama mendoakan keadaan pelajar perubatan Iskandariah yang sedang dirawat di Malaysia, saudari Nur Syahirah Binti Yusoff yang sedang koma akibat komplikasi pneumonia.
  • Mari jadi hamba yang bertaubat !!!

5 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Tersentuh sekali dengan kata2 ukhti kecil itu berikan. Sememangnya hidup ini perlu banyak pengorbanan dan yg penting keikhlasan dari hati. ya Allah, pilihlah kami untuk ikhlas dalam berkorban menuju agamaMu. Ameen :)
Damainya hati bila ada sahabat yang mengingatkan diri~

Semoga ukhti syera cepat sembuh,ameen :)

Mohon doakan kami di sini supaya cemerlang peperiksaan dunia dan akhirat ya ^_^

perkongsian said...

salam ziarah k.sha.. ;)

Jazakillah atas perkongsian kata2 hikmah ni..

Btw, harap dapat jumpe k.sha lg, n share cte lg dgn k.sha.. :)

~farah lokman~

sinar_islami said...

me to khazinatulasrar::

ameen...
moga Allah mudahkn urusn ukhtie juga..
sama2 didik diri agar jadi hmba yg ikhlas, bersyukur dan redha...

me to farah lokman::

ahlan farah..
rindu kak sha dibuatnya..
nk dgr celoteh nti jga..
insyaAllah sma2 doa dipertemukan Allah..
slmt persiapkan bekalan sblm berangkat meneruskn perjuangan dinegara org =)
moga redha Allah milik kita smua..

n i a said...

salaaam..,

sje kcou k.sha :)
hehhe... ye. sme2 moga dalam kasih sayangNYA sntiasa.

doakan kami kat cni. esok exam insyaAllah

sinar_islami said...

akhirnya...muncul juga..nice to see u here sis..
rindu nk jumpa n cubit antum ni..
doakn akak jga..
rabbuna ma3ak..mga dimudahkan examnya..buat yg terbaik!!