BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 17, 2009

Jangan Bertangguh !! Jangan Buang Masa !!

Sudah meningkat usia ini, terasa banyak sungguh perkara yang perlu diatur. Banyak juga kerja-kerja yang hadir seawal kelopak mata terbuka di awal pagi.






ada perkara penting dan segera
ada perkara penting tapi tidak segera
ada perkara tak penting tapi segera
ada perkara tak penting dan tidak segera

Setiap kerja yang muncul harus dianalisis secara peribadi dahulu untuk memastikan jadual harian yang bakal dilalui benar-benar terisi. Susah bukan tapi itu memudahkan pengakhiran.


Jika dilihat pada mafhum hadith ini kalau datangnya petang janganlah disangka dapat hidup hingga ke pagi keesokannya dan begitulah sebaliknya. Ini menunjukkan, Allah itu Maha berkuasa dan betapa kerdil seorang hamba. Justeru betapa tidak layaknya sikap bertangguh-tangguh dalam pekerjaan. Anda yakin anda akan bersama kawan-kawan di kuliah, atau enak bersarapan bersama keluarga? Kalau keyakinan palsu ini sudah tertanam, seolah-olah kita yakin kita punya waktu sedangkan ajal itu tidak mengenal masa dan usia. Alangkah ruginya jika amal kebaikan kita sanggup tangguhkan. Malah bertambah rugi pula bila sesuatu kebaikan kita tangguh tapi kemaksiatan kita dahulukan. Andai kata dijemput pulang ke negeri abadi, air mata darah pun tidak dapat mengambarkan penyesalan yang tiada penghujungnya itu.

Sekadar ingin mengingatkan diri agar benar-benar meng'organize' diri. Apatah lagi kehidupan seorang pelajar perubatan itu menuntut kesabaran dan ketekunan. Bahkan kehidupan seorang mukmin itukan luar biasa. Salam mujahadah. Bijaklah mengurusi hidupmu. Jangan bertangguh dalam mengulangkaji, jangan bertangguh dalam apa jua amal kebaikan. Ya Illahi permudahkan langkah hamba-Mu ini.

7 comments:

Atiqah said...

dush dush dush terkena batang hidung sndr suka wat keje bertangguh..huaaaa skrg sudah terbeban dgn keje yg byk dan asyik mengejar dateline assignment je....

MuNsYi^SaMa said...

last minute will never work.Jgn btangguh dlm buat amal soleh. ingatan selalu diri.

sinar_islami said...

me to atiqah::

lepas ni kita ubh skit style bekerja..
kalau wat awal2 leh touch up keje..kasi cumel lagi sentuhannya =)

me to MuNsYi^Sama::

(anguk2) sangat2 bersetuju...

saza s said...

salam ziarah

pertama kali terlibat dalam dunia 'medic student' benar-benar mengasah kematangan

moga ditetapkan Allah di atas jalan istiqamah ini

kerja semakin menimbun.study semakin mencengkam. Buku Palesin itu semakin merangkak-rangkak untuk membacanya

minta didoakan pejuang lemah ini agar diberi kekuatan oleh Allah.

p/s- ingin lagi peringatan seperti ini yang menjurus kepada kehidupan seorang 'future doktor'

sinar_islami said...

ni peluang terawal dan terakhir ana rasa...kita hidup ni sekejap je..pilih la bidang2 mana2 tpi kena tekun dan trus berusaha...sbg bekalan n amal ke negeri abadi..

Ameen...moga Allah thbatkan kita semua...nak jadi Doc yang baik kena la kawan dgn buku2 tu..kena alim..sama2 usaha..

insyaAllah doa utk semua tak putus2..lagi2 buat pendukung risalah yg dibwa oleh Junjungan tercinta..

ps:: insyaAllah...moga Allah beri ilham utk terus menulis..slh silp harap ditegur ya...

Dr Amad said...

Isilah hidup dengan agenda besar, InsyAllah akan turut sama terisi ialah agenda kecil

Utama yang paling penting dari hal yang penting-penting

sinar_islami said...

InsyaAllah..jzklh atas peringtan..doakn ya..