BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 30, 2009

~:: Gaya hidup mukmin ::~



"Gaya Hidup Mukmin"
"Gaya Hidup Bahagia"

Begitulah antara slogan kata oleh Dr Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya “Menabjub potret insan beriman”

Orang beriman dia bahagia dengan harta yang dimiliki kerana harta dinafkahkan untuk mencari redha Allah. Dia bahagia dengan kefakirannya,kerana baginya kefakiran adalah masa-masa untuk meraih sikap tawadhuk dan ketenangan. Dia tidak merungut tapi berusaha menjadi insan yang lebih baik.


Orang yang bahagia adalah orang yang apabila memperoleh nikmat dia bersyukur, apabila memperoleh musibah dia bersabar dan apabila dia berbuat dosa dia beristighfar. Inilah antara akhlak mukmin dan kelebihan peribadi muslim yang menyerah sepenuhnya jiwa raganya pada Allah, Pencipta dirinya. Subhanallah…

Pasti kalian pernah mendengar mahupun terbaca kata-kata “ You loose the battle but you win the war”. Mendalam sungguh sebenarnya kata-kata ini. Mari kita ambil contoh dalam konsep menahan marah. Apabila dicemuh dicaci dengan pelbagai kata-kata yang pastinya tidak enak didengar, kita ada dua pilihan. Samada membalas dengan niat yang sama atau beralah biar timbul masa yang rasional untuk diajak berbincang. Anda memang marah tapi anda lebih memilih menahan. Justeru bukan bermakna anda kalah. Anda menang dalam peperangan ini sebenarnya. Itulah kelebihan akhlak mukmin, rasional tanpa mengira waktu dan tempat.


Alhamdulillah, hari ini hati ini kian terisi….Maka tidak dapat tidak Sinar akan berkongsi…

Mari kita berakhlak mulia

Senang untuk berakhlak mulia dan senang juga berakhlak dengan akhlak yang buruk. Diri kita berhak menentukan. Memilih untuk berakhlak mulia bererti menginginkan kehidupan yang baik dan diredhai Allah. Maka sumbernya utama dalam pembentukan akhlak adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Memilih untuk berakhlak buruk maka dia memilih syaitan sebagai pengemudi hidupnya.

Tahukah anda asas-asas yang mendorong berakhlak mulia? Iman, Islam, Taqwa dan Ihsan adalah 4 asas yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah dalam membentuk peribadi mukmin.

Keimanan pada Allah

Keimanan memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak. Iman di dada akan menghasilkan buah-buah amal yang ranum, enak dan segar. Inilah pencetus untuk beramal di jalan Allah, hidup dalam melakukan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah.


“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya bertambahlah keimanan mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal”

(Surah Al-Anfal: 2)

Islam itu syumul

Islam itu menyeluruh. Jika menolak islam kita adalah kaum yang rugi. Islam itu bererti kita tunduk dan patuh pada suruhan dan larangan Allah. Kita mengakui bahawasanya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Tiada bangkangan tiada keluhan. Iman dan Islam itu sentiasa beriringan untuk menghasilkan akhlak mulia dalam individu mukmin dan muslim. Sudah pasti apa yang Allah gariskan itu adalah yang terbaik buat makhluk ciptaan. Sudah banyak nikmat yang Allah berikan, Oksigen, makanan, kesihatan, kekayaan. Maka nikmat Tuhanmu, yang mana kamu dustakan. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 277 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman,mengerjakan amal soleh, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati”

Taqwa penggerak amal soleh

Perasaan takut pada Allah akan membimbing hati-hati yang menerima Islam dan mengaku beriman pada Allah untuk terus berdiri di jalan kebenaran. Inilah pemicu dan pemandu untuk terus istiqamah dalam amal kebaikan. Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr ayat 18 :

“Hai orang-orang yang bertakwa kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengerahui apa yang kamu kerjakan.”

Besar pesanan pencipta buat hamba yang ciptakan. Benarlah, hatta barang sesaat pun Allah tidak pernah lupa daripada mengingatkan hamba-Nya. Tanda Allah itu kasih akan hamba-Nya. Tapi hamba itu ego dalam mengingati Allah. Sentiasa lupa dan leka. Ayuh pulang kepangkuan pencipta.

Ihsan

Tahukah kalian maksud ihsan? Ihsan itu adalah “ Bahawasanya apabila kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu.”Begitulah sabda Rasulullah ketika ditanya oleh Jibril.

Seputar keimanan, islam dan takwa maka kesinambungan ihsan mencantikkan kombinasi ini. Ihsan takkan lahir tanpa keimanan dan ketakwaan yang tulen. Mana mungkin kita akan berbuat maksiat jika takutkan Allah. Mana mungkin kita mempersekutukan Allah andai kita berikrar Allah sebagai Ilah. Jika masih ada…sama-sama tanya pada diri, hidupkah imanku sihatkah imanku.

Bahagiakan diri anda dengan berakhlak mulia

Apakah akhlak Islamiyah yang kita bawa? Yang cantik dan indah itulah Islam. Kita bersungguh dalam sesuatu. Kita tekun dan tidak bermalasan. Kita menghulurkan bantuan tanpa mengharap balasan. Kita bersedekah kepada yang memerlukan. Kita amanah dalam pekerjaan. Kita menutup aurat seperti yang Allah sarankan. Kita kota janji yang dilafazkan. Pendek kata kita bersegera dalam segala kebaikan dan kita benar dalam setiap perbuatan dan percakapan sepertimana yang Allah mahu bukan mengikut hawa nafsu.





Akhir kalam. Bawalah Akhlak Islamiyah ke mana sahaja kita pergi dan di mana sahaja bumi yang kita pijak kerana kita adalah duta-duta kecil di dunia yang membawa risalah agung Rabb Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Moga inilah saham untuk kita di akhirat sana.

Sinar~islami
El-Fahmy Allay, Mouniera

10 comments:

PEMENANG said...

menarek2.....tapi kdg2 dalam sesuatu konflik ..susah nak berakhlak ....

contoh..kite ade moto..moto tu selalu dikacau budak2 ..so bengang la kan

so bila iman xde akhirnye nafsu kawal

bila nafsu kawal jadila mende plek2

akhirnye nafsu dibalas nafsu

perkelahian bergaduh dan sebagainya

kalo ikut ego atau sebagainya rase nak terajang aje budak2 tuh...

tapi kalau buat dek atau buat baik diorang pijak kepale....

sedikit perkongsian:

kate ust fadzil noor dalam biografi beliau

umat islam harus tahu bila nak berkelahi , bila nak berdamai

so dalam kes moto tersebut kalo wat lembut sangat diorang naek kepale so wat cara kasa la..haha

apepon usahalah sikit2 .....susah jugak NAK BERAKHLAK..

saje je nak berkongsi kate2 ustaz fadzil noor ...

-sori komen x berakhlak

sinar_islami said...

"umat islam harus tahu bila nk berkelahi, bila nk berdamai"

=) betul..cuma kena detailkan lagi adab2 berkelahi..sama cam perang..kalau barat hbis smua kekejaman dilakukan...tapi Islam berbeza..kita kena ada tamaiyuz (perbezaan)

hak memang kena pertahan and ade cara..takkanla tanah or harta benda kena rampas kita nak buat dek je kan..so kena rasional dlm membuat keputusan..Marah mmg akan timbul but marah tu kita kena handle..tindakan kita tu yang akan mengakibat masa hadapan..

syukran kongsi kata2..yg dpt ana simpulkan umat Islam kena bijak approach manusia..yg pentg jgn sbb sikap kita, imej islam terpalit..So sama2 beware..

btw syukran ats ceritanya...realiti ttp realiti..sama2 kita berkongsi dan sama2 kita perbaiki..sbb kita manusia yg lemah perlu muhasabah diri..Moga Allah rahmati kamu..

ps::okeh je komennya..jazakallah sudi kongsi..pemenang mmg suka buka minda..=)

aeshah said...

alhamdulillah tulisan nya makin mantap...ana plak yg take time nak digest~~~moga diberi kefahaman

sinar_islami said...

berat sgt ke ukhtie...
ana tgh nk isi hati ni..byk sgt kekuragn..sama2 kita melengkapi ya...

ameen...

::Allahumma akhrijna minal zulumatil wahmi wa akrimna binuril fahmi::
"Ya Allah jauhilah kami dari kebingungan dan muliakan kami dengan cahaya ilmu dan pengertian"
Ameen

aeshah said...

ameen...moga ana diberi kefahaman!
ana ni lg la bnyak kekurangan nye sha~~~mohon bimbingan nya ye

sinar_islami said...

InsyaAllah...
sama-sama kita pupuk dan bina keimanan...
Moga kefahaman tu Allah yg berikan...

Unknown said...

salam alayik..
salam singgah..

hehe.. betul kate ukhti.. mengalah x bermaksud kalah.. berakhlak mmg paling penting terutama bila disekeliling kita ada org bukan islam yang melihat tingkah kita. kita dalah cermin mereka utk melihat islam...
semoga kita sama2 istiqamah dalam jalan yang penuh berliku ini..
ya Allah jauh kan kami dari sifat2 mazmumah yang merosakkan...

sinar_islami said...

ahlan2 Sinar...
cam kembar akak pulak...hehe

betul...kita tak kalah..bahkan kita berjaya mengatsi nafsu tu la kemenangan sbnrnya..yang penting kita bertindak as islam nak...sbb kita ni bwa imej islam bukan imej individu...

ameen..mga sama2 istiqamah dan dipelihara...

safiyah said...

salam sha,

sangat terisi pengisian yang anti kongsikan..jazakillah sha..semoga Allah kuatkan hati kita dengan iman dan taqwa.amin.mantap penulisan anti..alhamduillah:)

sinar_islami said...

wslm safiyah..

sama2 kita kongsi..
apa yg ana dpt..apa yg ana perhati..
insyaAllah akn dikongsi..
sbnrnya...mereka disekeliling kita yg byk membantu..Allah mendidik kita secara tak lagsung..

masih byk yg perlu kita gali =)