"Anti ada masalah ya?" berbunga rasa hati bila diberi perhatiaan.
"Anti dah makan belum? Ana belanja yuk." Sejuk hati mendengar ajakan seorang teman.
Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...
Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, pejuang di jalan Allah, sarat dengan cinta pada Allah, sahabat itu juga permata dan kekasih hatinya...Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan manusia. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu.
"Kenapa anti buat ana macam ni ?" ketidakpuasan hati seorang sahabat selepas salah menilai niat baik sahabatnya sendiri. Mereka sedang diuji.
"Ala anti apa kurang," kata-kata bisa ketika ajakan kebaikan dibalas acuh tidak acuh.
"Semua orang ada masalah, settlekan dulu sebelum sibuk nak tau masalah orang lain,"
Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. Bukan semuanya berita sedih dan duka.
Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Ada ketika, dia datang minta dinasihati. Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.
Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah...Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Coretan untuk Sinar dan semua. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. Salam mahabbah buat semua.
Doa kalian Sinar harapkan
Moga Allah sayang Sinar.
Moga Allah sayang kalian.
9 comments:
forgive me if i did break ur heart
sgt setuju dgn post kali ni~~~bagai terkena btg hidung sendr...mmg x bleh hrpkan balasan dlm ukhuwah, bak kata ustaz hasrizal 'melihat PERKAHWINAN sbgai medan utk mmberi akn jadikn kt lebh m'mikirkn soal PERANAN dan bukanya HAK yg x b'kesudahan'....tp kt tukarkn PERKAHWINAN tu kpd PERSAHABATN. still dlm premis yg sama~~~~mmg susah nak jaga ukhuwah utk ia kekal ceria n bahagia...sama2 doa supaya ukhuwah ni ade nilai di akhirat kelak insya'allah
salam...alahai...sya tgh sdey ke??patut la...he3...wrong timing la saye ni..=)jgn kt saya watak yg dimaksudkan udah~hu2...La tahzani..INNALLAH MA'ANA
me to atiq::
so far Alhamdulillah byk kenangan indahh bersma anti =)
sayang sama kamu...
me to aeshah::
terharu anti drop by...
betul...sgt stuju dgn kata2 ust haz
nak pk kan hak...tak habis dituntut rasanya...
ingtkan ana incase ana lupa..
wslm nat ::
tak de la nat..kalau mai sedih tu mcm2 sbbnya..
bukan kamu watak tu..general view insyaAllah...(^_^)
Syukran nat...
Uhibbukifillah...
slh silap ana bgi tau ya..
Moga Allah redha kita smua..
ps::terharu lagi...first tym gak nat drop comment..
"Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka."
lagi-lagi apa yang orang kata best friend..lukanya pasti lagi dalam.
Syukran mengingatkan diri dgn kata2 yg indah ini...
Moga Allah kuatkan kita smua..takdir yg terbaik diukirkan...InsyaAllah..
mohon share post ini..
ssb dri ini jg sdg terluka..
Sila. Moga Allah sembuhkan luka itu. Dia sahajalah sebaik-baik Penyembuh.
Post a Comment