Utara Malaysia tempat jatuh lagi dikenang. Di sana ada kampungku dan di sana ada tempat kumenimba ilmu. Alhamdulillah seminggu di sana sempat untuk kubertemu ramai insan yang kusayang. Walaupun ada yang tidak sempat berjumpa, dapat jugalah berhubung menerusi teknologi yang ada. =)
Selangkah ke kampung dunia, beribu langkah ke kampung akhirat
Sinar bertolak dari Kuala Lumpur terus ke Perlis. Kedatanganku di sambut oleh hujan yang lebat. Seronok pula melihat hujan. Maklumlah kalau di Mesir jarang sekali hujan. Alhamdulillah pak cik menyambut di stesen bas dan terus membawaku ke kampung di Arau. Mak Tok menyambutku girang. Namun apa yang kuperhatikan beliau semakin kurus. Ya, banyak yang berubah di kampung. Rumah makin sunyi namun masih utuh berdiri.
Sepatutnya Mak Tok ke Penang. Sangkaku Mak Tok tiada di kampung. Katanya tak jadi pergi ke Penang. Takut tak sempat jumpa waktu raya nanti. Terharu sebentar. Betul juga kata Mak Tok " Tak pasti esok masih ada untuk kita". Tiada siapa berani menjamin kehidupan esok masih ada. Jangan kita mudah terleka dengan tawaran-tawaran kehidupan yang ada. Di sana sini ada potongan harga, lebih lebih lagi raya akan tiba. Tertipu juga kita akhirnya, "kalut" dengan persiapan raya melebihi persiapan ramadhan dan juga ajal yang tidak tahu bila. Tawaran-tawaran akhirat jugalah yang kekal selamanya. Itulah yang perlu kita kejar sebenarnya.
Melangkah ke kampung ini mengingatkan diri akan asal kejadian diri. Selangkah kita ke sini maka sepatutnya kita berlari-lari ke kampung abadi. (^_^)
MATRI wujud permata yang kucari
Dari kampung kumelangkah pula ke MATRI. Arau ke Beseri tidak langsung memusykilkan diri untuk ke sana. Apatah lagi 2 orang adikku masih setia menimba ilmu di bumi wakafan itu. Setidaknya dapat bertemu mereka dan mengubat rindu pada yang lain juga.
Di MATRI banyak muka-muka baru yang tidak kukenali. Ada yang mirip kakak-kakak dan abang mereka. Akhirnya yang ku gelar, anti adik si fulan ye. Maaf la nama susah pula kak sha nk ingat. (^_^) Melihat mereka sudah pasti tersedia cabaran baru untuk mendidik anak-anak millenium ini. Banyak yang berubah. Namun selaku lepasan MATRI, hasrat melihat putera puteri akhirat ini terus berbakti pada Islam sentiasa termaktub dalam doa.
Kelemahan yang ada kita perbaiki dan kelebihan yang ada kita upgrade lagi. Tiada manusia yang sempurna. Cuma yang ada hanya cinta sempurna untuk kita sama-sama kejar. Sudah pasti mengejar cinta sempurna itu ada cabaran, dugaan dan ujian.
Penang, berziarah lagi
Sempat juga Sinar ke Pulau Pinang. Alhamdulillah dapat menziarahi Ummi Ammar sekeluarga. Jutaan terima kasih menerima kami sebagai tetamu.
Pelbagai nasihat dan cerita yang kami kongsi. Hidup ini adalah realiti yang perlu kita hadapi. Setiap detik, setiap saat dan setiap nafas itu hendaklah kita hubung dengan Allah. Sesungguhnya hebatlah ketika mana Allah uji kita bersabar.
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
Moga Allah berkati Ummu Ammar sekeluarga. Moga ruh Ammar juga terus aman di sana.
Perantau'10, misi menjadi hamba Rabbani
Penutup kepada jelajah di utara adalah dengan mengendali dan menyertai program perantau 2010 di MATRI selama 2 hari. Kira-kira 42 orang peserta dari pelbagai institusi pengajian di luar negara yang menyertai program ini. Alhamdulillah pelbagai bekalan yang kami terima. InsyaAllah Sinar kongsikan sedikit di sini.
Hari pertama iaitu pada 7 Ogos dihangatkan dengan slot bersama Sir Muhammad Abduh Bin Zainal Abidin selaku PK Pentadbiran MATRI dengan tajuknya Jiddiyah Fil Amal. Beliau sememangnya sudah terkenal di kalangan pelajar Matri sebagai pendidik yang bersemangat dan berjiwa muda walaupun umur sudah 60-an. Setiap kerjanya dilakukan dengan sehabis baik bahkan slogan 'The best in the world' sentiasa dilaung-laungkan.
Dalam slot ini, beliau menekankan keperluan orang muda yang sentiasa bersemangat dalam mengerakkan masyarakat untuk mengenal Allah. Tidak dapat tidak orang muda(syabab) mestilah bergandingan dengan orang tua (syuyukh) kerana semangat orang muda terdapat pada hikmah orang tua dalam melaksanakan misi perubahan islam secara menyeluruh.
Beliau juga menekankan kepentingan firman Allah yang berbunyi,
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan menyatakan, 'sesungguhya aku termasuk orang-orang yang menyerahkan diri."
[Surah Fussilat : 33]
Justeru dalam penerusan amal islami pentingnya memiliki jiwa yang besar.Maka jiddiyah dan iltizam mestilah menyinari setiap tindakan kita kerana kedua intipati ini merupakan prasyarat kejayaan dan sifat asasi dalam menyebarluaskan Islam yang kita yakini.
Selain itu, Slot Risalah buat Siswa juga menarik perhatian Sinar. Akhi Salehuddin Bin Shuib mengajak kami merenungi perjalanan dan peranan seorang pelajar. Seorang mahasiswa perlu bersungguh-sungguh dalam bidang yang kita tekuni bahkan perlu juga optimum dalam dakwah dan tarbiyah. Beliau turut berkongsi kata-kata oleh Imam Hasan Al-Banna yang berbunyi:
“Setiap fikrah itu hanya akan berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkannya ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam pelaksanaanya.”
Maka, pendek kata iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan rukun-rukun khusus untuk para pemuda yang menjadikan Allah matlamat akhir hidupnya. Malah, benarlah kata-kata Mustafa masyhur bahawa tarbiyah bukanlah segala-galanya namun dengan tarbiyah segala-galanya dapat diraih.
Alhamdulillah... Inilah hasil perjalanan yang dapat Sinar simpulkan dalam satu entri. Banyak sebenarnya ingin dikongsi. Namun cukuplah kita cernakan sedikit demi sedikit. Moga perjalanan ini benar-benar membekas di hati Sinar. Doakan Sinar menjadi hamba Rabbani.

8 comments:
kak, rindu..
love dis post..
slmt memanfaatkan cuti
me to [amiza malik]
salam ayu...
kaifahaluki ya ukhtie?
Rindu akak ke (^_^)
ramadhan kareem....
selamat bercuti dan pertingkatkan diri
Assalammualaikum Cik Sinar,
Ummi Siti amat menghargai ziarah kamu, Jazakillah walaupun keadaan bersusah payah utk dtg ke sini.
Ummi Siti doakan anti dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam limpahan rahmatNya serta menjadi hamba Rabbani yg sentiasa thabat dijlnNya.
me to Ummu 'Ammar:
Wa3alaikummusalam wbt
Ameen...
Tak de apa la ummi..
Bukan susah pun, bila ziarah dapat la juga mengisi hati ni.
Jazakillahu kheiran kathira Ummi Siti (^_^)
Moga ada peluang ketemu lagi
Lama tak ke Matri. Org yg study jauh pon boleh ziarah,yg dekat xleh jejak kaki ke Perlis pon.malu lak rase.hehe
InsyaAllah. Moga jadi Hamba Rabbani. :)
alhamdulillah.boleh juga baca post akak.ari tu ziarah2 je.br dpt wifi kat sini.thanks2 sharing.dunia ni keperluan kan tapi bukan tujuan
me to MuNsYi SaMa:
Tu la, p la MATRI selagi ada peluang...
Sebenarnya jauh dekat bukan ukuran...
Berpeluang ke sana pun sebab dengan izin Dia jua...
Ha, usahalah utk pergi (^_^)
Ameen. Moga sama2 jadi hamba rabbani
me to haway mutasawwil:
Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita memanfaatkan medan ini...
betul tu.. dunia ni bukan tujuan..
tujuan abadi kita di akhirat sana..
Post a Comment