BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 29, 2010

Perjalanan mengenal-Mu, saifi yang terisi

Kepulangan Sinar ke Malaysia sebenarnya punya hajat yang tinggi. Agenda terbesar diri adalah ingin melihat raut wajah mereka yang pernah mendidik diri dan mereka yang secara tidak langsung menjadi khudwah pada diri ini. Justeru dalam meningkatkan kualiti iman juga, program tarbawi harus Sinar ikuti. Inilah peluang yang Sinar nantikan. Walaupun Mesir itu lubuk ilmu dan pelbagai program ilmiah, namun suasana tetap berbeza. Punya daya tarikan dan sentuhan tersendiri.

Bermanfaat atau tidak cuti kita ditentukan oleh tangan kita. Seeloknya biarlah kita merancang sebaiknya. Tapi jangan kita lupa, Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin sahaja inilah peluang terakhir kita bersama keluarga dan kenalan di Malaysia. Jadi janganlah kita sia-siakan masa yang ada. Tidak dinafikan banyak program yang bertindih apatah lagi kenduri-kendara. Maklumlah masing-masing ingin mengejar sya'ban yang berbaki, apabila Ramadhan tiba makan minum sudah pasti jauh sekali. Maka di sini Sinar seawalnya ingin meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke beberapa kenduri. Sungguh dari jauh kumendoakan kebahagiaan kalian.

Forum Lifeline4Gaza : Have We Ended The Seige?


Pada 26 Julai sekali lagi kuprogram diriku. Kali ini ke UIA Gombak. Di sinilah berpeluang melihat sendiri 2 insan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan LL4G. Sememangnya ini merupakan salah satu hajat apabila pulang ke Malaysia. Dan akhirnya sempat mendengar pengisian dari mereka. Alhamdulillah. Melihat kesungguhan mereka menyebabkan aku malu sendiri. Walaupun kurasakan mereka penat namun sangkaanku salah. Bahkan semasa mereka berucap mereka cukup semangat sekali. Mereka cukup bertenaga untuk menyampaikan kalimah yang Hak. Perkongsian yang hidup. Sesungguhnya mereka telah meletakkan badge mark yang tinggi untuk anak-anak muda menyumbang tenaga pada Islam.


Bohonglah kiranya kita tidak terasa jika saudara kita diapa-apakan. Justeru perasaan inilah yang Tuan Haji Noorazman dan Dr Syed ingin kita rasai. Apabila menjiwai kalimah "Tiada Illah melainkan Allah" wajib kita merasai setiap Muslim itu saudara, Hendaklah kita mencintai mereka seperti mana kita menyintai diri sendiri. Isu Palestine bukan isu ahli Gaza sahaja tapi isu kita. Isu buat mereka yang hidup hatinya.


Jalan-jalan tambah iman

Ke mana agaknya boleh kutambah iman?

31 Julai - Kenduri Naimah dan Abang Israq (Maaf tidak dapat hadir)
1 Ogos - Kenduri Balqis & Fitri (Maaf tidak dapat hadir)
1 Ogos - Menuju ke utara Malaysia
7 Ogos - Program Perantau 2010
8 Ogos - Back to Selangor
9 Ogos - Lapor diri di Hospital Ampang. Latihan elektif selama 3 minggu.
Sept - Perlis (Raya 1) - Terengganu (Raya 2) - Kenduri - The Zaad -

akan disambung... (^_^) Aih la jadi suri rumah sementara ni... Makan makan makan

9 comments:

EdAlia said...

Salam,

Alhamdulillah, sempat ye ukhtie berjumpa dengan perwira2 LL4G, ana pun tak berkesempatan.. huhu

Oh lagi sekali Alhamdulillah.. Makan makan makan.. :p

sinar_islami said...

Salam EdAlia:

Wah, lama tak tgk anti kat sini..
Alhamdulillah, dengan izin Allah ana dapat jumpa...
InsyaAllah anti tgk la jadual mereka, p pgrm yang dibuat.

Ops, terasa macam dah naik kg.. (^_^)

Anonymous said...

ehem2...comeynye edit gambo tu..

Munsyi said...

wah, jadual ziarah yg pack.semoga cuti ni dapat dimanfaatkn sepenuhnya. Bila naik sem baru?

safiyah said...

salam sha..

nt nak mdaftar kat hosp ampang ke?
subhanallah..dapatlah kita berjumpa..
Ana mmg di situ
Posting medicine after this.
Ok,sha..
Semoga Allah permudahkan segala2..
doakan sama2

sinar_islami said...

me to ARMS:

Ehem...tak leh lawan islamictesti (^_^)

me to MuNsYi SaMa:

Doakan ye agar masanya terisi..
InsyaAllah after raya baru pulang ke sana...
by hujung september dah start...

sinar_islami said...

me to Safiyah:

Ye saya
Hari ni ana start..
Penat juga rupanya..
Alhamdulillah staff hospital semuanya rai dan very helpful..
InsyaAllah..Ada peluang kita jumpa ya..

haway mutasawwil said...

la kak datang uia upenye.xcakap awl2.hu2.tp faris xg prog n.ade keje kot tyme tu

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Afwan sangat tak bagi tau..
Akak pun rush time tu..
Nak akak belanja ke?
Hehe insyaAllah ada jodoh lain kali akak belanja ye..