Cepat sungguh masa berlalu. Tidak sempat Sinar berkongsi dengan teman-teman di laman ini akan kehadiran insan baru dalam keluarga kami. Subhanallah insan ini comel sekali. Bukan kacak ya :) Itu belum lagi. Sekali lagi saya sudah bertukar status. Dengan rasminya saya sudah layak bergelar mak cik. (^_^) Jangan panggil Mak Long tapi Cik Long ya. Baru mesra!
Biar Sinar perkenalkan ahli baru dalam keluarga kami.
Nama diberi Syarifah Umairatuljannah Binti Syed Muhammad Solehin.
Dilahirkan pada 13 April 2011 (3.02 p.m) di Hospital Temerloh Pahang
Berat beliau ialah 2.41kg.
Tengok apa tu sayang? Hehe. Comelnya kamu.
Alhamdulillah Allah permudahkan.
Moga Allah peliharamu dunia dan akhirat.
Terpesona Sinar dengan dagu Umairah. :)
Nama Umairah cantik sekali,
Hadirnya dia penyejuk hati.
Dagu terbelah manis sekali,
Moga kita berjumpa nanti.
Muka siapalah Umairah ni ya? Ada yang kata muka walid dia, ada yang kata ummi dia. Dagu tu Sinar 'confirm' ikut umminya. Dengar kata nama Umairah ni, adik Sinar yang beri. :) Ada bakat rupanya. (^_^)
Dahulu ketika Sinar kecil, Sinar dikelilingi oleh mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang penyayang dan suka melayan. Pernah terdetik di hati seronoknya kalau dah besar nanti ada anak saudara yang comel. Melihat kondisi diri sendiri sebagai anak sulung terasa mustahil juga apatah lagi selepas Sinar adalah adik lelaki. Orang kata anak lelaki biasanya kahwin lambat. Erm, dunia sekarang tiada yang mustahil. Rezeki, jodoh dan ajal semua sudah ditentukan Allah. Dalam soal jodoh adik Sinar terlebih dahulu Allah izin mendirikan rumahtangganya pada akhir Januari 2010 dan kini April 2011 seperti tercapai pula impian ingin memiliki anak saudara terlebih dahulu. Itu tanda Dia dengar bukan? Segala puji bagi-Nya. (^_^)
Sungguh saya teruja menerima anak kecil dalam keluarga. Maklumlah Salwa, adik bongsu Sinar juga sudah besar. Teringat perbualan santai Sinar bersama Fatin dan Salwa. Mereka berdua ini ibarat belangkas. Ada juga yang mengatakan mereka ini kembar. Seorang Darjah 6 dan seorang lagi Darjah 3. Cuma perangai tidak pernah 'matured'. Dua-dua manja.
"Tak sabarnya Along nak tunggu baby keluar, " kata saya sambil mereka sibuk bermain komputer
"Erm, nanti baby Kak Malissa dan In nak panggil Salwa apa ya?"
"Mak Cik Salwa ke?" Terkekeh Sinar gelakkan dia.
"Apa la Along ni. Mestilah Kak Salwa," Balas Salwa sambil membuat muka comel.
"Aaa.. Fatin pun baby kena panggil Kak Fatin. Takkan la mak cik. Kitaorang kecik lagi la"
"Ye ke kecik? Hisap botol lagi ke Fatin?" Ada sahaja nak kenakan mereka.
Tersenyum sendiri mengingat gelagat mereka. :) Sinar dulu apabila sebaya mereka tak sabar menanti lahirnya adik baru. Mereka? Terus anak saudara. Tak sempat merasa adik sendiri. Risau pula nanti Salwa cemburu bila semua orang sudah tidak manjakan dia lagi. Macam manalah agaknya reaksi dia. Sungguh Sinar tak sabar ingin pulang menemui mereka semua.
Moga bertambahnya keluarga kami seiring bertambahnya redha Illahi. Moga Allah berkati kami dan kalian juga.
14 comments:
Subhanallah ukhti.. Nama anak saudara kita hampir serupa. Fatin Humairah. Humairah juga, yang bermaksud kemerah-merahan. Baru lahir juga awal bulan mac tahun ni. Humaira tu pun nama yang ana cadangkan. Alhamdulillah kakak n abg ipar ana bekenan letak nama tu... beruntungnya baby tu nanti dapat makcik Doktor! mabruk! rindu ukhti..:)
mabruk sha
Alhamdulillah...bestnye dpt ank sedara dh..nme pun sdp...adk kte tye, bila plak family ktorg nk ada baby?die jeles sbb kwn2 die semua dh de ank sedara..hahah...lwk la..
Mabruk sha...Sbhanallah,,hebatnya Allah dlm mengatur kehidupan manusia. Moga Keluarga sha bertambah bhgia. :)
Bile plak abu nk ade anak sedara sendiri...huu
aster@citra sufi:
:) Lebih kurang. Mabruk juga ukhtie. Nampak mcm sama je Umairah dan Humairah tapi beza maknanya.
Umairah : little princess
Humairah : kemerah-merahan
waktu lahir kata solehin mmg merah2 baby ni lagi2 time nangis. Cuma bila nak bagi nama lebih padan letak umairah. Little princess of Jannah. May Allah bless her :) dan moga jadi ahli syurga.
Me to Atiqah :
soalan adik anti tu ana rasa dia tak sabar tunggu anak anti kot. :) cepat cepat ya sahabatku.
Me to Abu:
Kena Abu dulu tu. :) lagi barakah ada anak sendiri kan.
saye di sini ingin mengiakan...
ilham santai sebelum solah zuhur...
tak sngke solehin take it serious..
bru nk simpn name tuh untk anak sendiri..
haha...
ade bakat ape along??
Salam,
Sha! Comel namo anak adik Sha :)
Anak Sha bile lagi ?
Hehehe
salam..btw,anak sedara awak comel sangat..saye pun baru dapat anak sedara sulung jugak..hehe
me to bintu syed:
Here she comes.. :)
Ha, Dekna. Pasni fikir la nama anak siap2. :)
InsyaAllah banyak lagi nama sedap2 tu
Bakat untuk bagi nama baby la (^_^)
me to Kak tasha:
Alhamdulillah.Moga nama yang baik itu mencorak peribadinya.
Anak Sha? InsyaAllah ada jodoh dan rezeki, muncullah baby Sha (^_^)
Tapi mcm tgu anak akak dlu kot. Hehe.
me to mujahidah muslehah:
Samalah kita :) Kita kena jadi makcik yang baik la kan.Hehe..
Moga Allah pelihara mereka selalu.
along...
dekna sedih nih..
tetiba...
rase cam mase depan nk belajar tak berape nk cerah...
mendung jer rese...
takot+risau+tak yakin.....
cam ne nih..
jeleous+dengki oh tengok n dengar kwn2 pi interview..
hehe..
terase hitam plk hati nih..
mula dh rase kosong+berabok..
dr.sha....
tolong rawat saye...
salam kak Sha...
wah, alhamdulillah... krimkan salam kat Malissa ye. teringat jumpa dia dulu b4 balik sini, baru brbadan dua. teringat juga, sempat bisik pada dia, jaga leklok baby tu. dah menjenguk dunia rupanya. subhanallah...
-doakan kami ya :)
bintu syed :
Salam dekna. Usah risau. Allah pasti mengukir takdir tercantik untuk dekna. Tak bermakna tak dapat pergi oversea tu sudah gelap segalanya. Malaysia pun banyak peluang lagi. Mungkin di Malaysia Allah nak persiapkan dekna sebelum melangkah keluar. :) InsyaAllah di Malaysia penuh warna-warni untuk muslimah seperti dekna mencari ladang amal sebanyak-banyaknya...
Jangan sedih, rawat hati dengan kalamullah selalu dekna :)
Ada anak kecil dalam keluarga,mungkin dia perlu makcik yang selalu pesan perkara baik padanya :) Kamu duta along di Malaysia. Along sendiri tak sabar nak balik. Huhu. Let me know kalau apa2 jadi ya. So senyum sokmo deh...
NIA:
Oh Insy sempat jumpa malissa ye? InsyaAllah nanti akak sampaikan ya.
At least ada juga anak kecil dalam keluarga. Hehe adik kecik takde, anak sedara pun Alhamdulillah. Doakan kami semua sejatera selalu (^_^)
sedih nya, xtau in dpt anak..huhu.. dah nak masuk bulan may, mama xciter pape pun dekat na, ke mama pun xtau..huhuh
me to farhana:
Tak sure la pula nurul. Lagipun Umaira ada kat pahang, takde kat KL. Nayam tau kot cuma tak sempat bagi tau. Hehe cam dulu pun nurul lambat skit tau pasal afiq and zahra. Dah besar pun deme tu.Cute! Aritu nurul gi umah tapi awak takde. InsyaAllah nanti gi la jumpa. Hehe awak kot sempat jumpa Umaira dlu berbanding nurul. Don't be sad sis..
Post a Comment