BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 06, 2011

O&G itu peringatan


Alhamdulillah sudah hampir dua minggu saya berada di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Setakat ni tidak banyak yang Sinar 'explore' melainkan sedaya upaya membedah buku untuk mendapatkan teori dan ilmu. Tidak dinafikan untuk memahami proses kelahiran dan sakit puan ini tidak cukup dengan menatap buku sahaja malah perlu 'observe' dan mengurus pesakit. Baru beberapa kali sahaja berpeluang melihat proses kelahiran secara normal mahupun pembedahan. Belum cukup untuk berpuas hati. Masih banyak lompong di sana sini.


Kami di Hospital O&G ( Mustasyfa amrad an-nisa wat taulid)

Sinar juga kesal pada awal rotasi ini kerana kemampuan diri masih terbatas dalam banyak perkara. Sudah pasti tidak sama pengalaman seperti mereka yang belajar di Malaysia mahupun Indonesia. Saya teruja membaca pengalaman mereka. Antaranya di link ini . Teruja mahu sehebat mereka dan merasa pengalaman seperti itu walaupun sekali sebelum menamatkan pengajian nanti (^_^) Laskar pelangi harus berani bermimpi walaupun mungkin peluang tidak secerah mentari. Tak salahkan Sinar berharap?

Nah, kini Sinar terasa ditampar. Untuk menjadi hebat bukan sekadar bermimpi harus usaha lebih lagi.

Berada di tahun 5 sememangnya menyebabkan diri makin tidak senang duduk dek kebimbangan terhadap kerjaya sebagai doktor nanti. Inilah profesion yang kebanyakan orang menyangka profesionnya kukuh padahal cabarannya tak terkata. Ilmu dan kemahiran ibarat sinergi yang wajib ada pada seorang doktor. Profesion ini melibatkan nyawa bukan bahan mainan yang boleh dipakai buang. Gerun bukan? Oleh sebab itu, Sinar tidak senang duduk. Ini soal amanah dan kredibiliti. Hatta berpuluh-puluh buku dan kuliah yang dihadiri tidak menjamin kualiti diri. Sungguh bidang ini luas dan sungguhlah manusia itu lemah. Tanpa Allah kita bukanlah siapa siapa. Allah jugalah Pemilik segala ilmu dan kebijaksanaan.

Datangnya O&G dalam hidup Sinar, menyedarkan diri bahawa masa sangat suntuk. Ada sahaja cabaran yang mendatang. Dulu disediakan kelas khas untuk mahasiswa Malaysia kini lain pula ceritanya. Namun, biarpun suasana pembelajaran sudah berbeza, itu bukan alasan untuk tidak berusaha. Positifkan diri kerana begitulah kehidupan. Bukan semua keinginan kita dipenuhi. Yang indah semuanya di syurga. Adillah kiranya di dunia ini kita berpenat-lelah :) . Apapun Sinar mendoakan agar angkatan Gen6 selaku generasi pertama MOU pulang dengan jayanya.

Sedar atau tidak O&G mengajar untuk menghargai apa yang ada dan tiada...

Melihat sendiri proses kelahiran membuatkan Sinar terfikir hakikat kita sebagai manusia dan hamba Allah. Teringat kata-kata doktor di dalam tutorial tadi. Kelahiran sebenarnya adalah proses semula jadi dan tiada campur tangan manusia dalam proses tersebut. Daripada proses pemilihan benih, persenyawaan, penempelan di dinding rahim, pembesaran hinggalah kelahiran sudah terbukti menunjukkan Allah yang Maha Mengatur. Jika hidup, hiduplah bayi. Jika Allah takdirkan mati, matilah bayi. Peranan doktor? Membantu setakat kemampuan yang ada pada kudratnya. Bukanlah doktor penentu segalanya. Hatta doktor pun tidak dapat menentukan bilakah tarikh sebenar persenyawaan. Maka penentuan umur janin pun tidak tepat bukan? Apatah lagi mahu menentukan hidup dan mati manusia :) Allah saja yang tahu bila kejadian kita sebagai manusia dan bila pengakhiran kita di muka bumi.

Maka pada siapa kita patut mengucapkan syukur dan terima kasih kerana ketika ini mampu melihat dunia. Lihat sahaja saat bayi dilahirkan, ucapan terima kasih bertalu-talu pada doktor yang menyambut si anak. Di mana Allah di saat itu? Moga kita nanti, terlebih dahulu memanjatkan rasa syukur ketika bayi kita dilahirkan. (^_^)

Sinar juga sangat terharu, dilahirkan dari rahim seorang ibu yang dipanggil Ummi. Tabahnya Ummi membawa Sinar dalam kandungannya. Ke hulu dan ke hilir dengan muatan di perut. Doanya pasti tidak putus mengharapkan Sinar sihat saat dilahirkan (^_^). Sudah pasti kebimbangan dan pengharapan silih berganti. Alhamdulillah Allah penyusun segalanya. Sinar normal saat dilahirkan.

Ummi, walaupun mungkin biasa di mata orang lain, Ummi tetap hebat di mata saya. Tidak wajar saya bandingkan Ummi dengan sesiapa kerana tempat dan peranannya tidak boleh diganti. Kesabaran dan ketabahannya luar biasa. Kekurangannya membuatkan kami mencari kelebihan untuk membantunya. Sinar bersyukur dipilih menjadi anak Ummi. Terima kasih Ummi. Moga Allah menganjari syurga.

Alhamdulillah.. Moga Allah terus campakkan rasa syukur di hati ini dan memberi rasa untuk menghargai apa yang ada dan tiada. Sungguh hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat diri.

Melangkah dan melangkahlah tanpa berhenti... Hargailah apa yang ada kerana di situ letaknya kesyukuran. Hargailah apa yang tiada kerana di situ letaknya penyerahan dan pergantungan.

Salam mujahadah. Doakan Sinar ya.

6 comments:

SINCERE SERVANT said...

Subhanallah, ukhtifillah fi fuadi...
Alhamdulillah...
syukran kathira atas perkongsian ini...
sangat membantu diri ini muhasabah kembali...
dan mempersiapkan diri utk ke arah fasa jihad ini...

doakan ana, ukhti!

-with love and hugs-
maryam hanisah

sinar_islami said...

salam ukhtie habibati...
kaifahaluki fi marhalah jadidah?
Barakallahulakuma...

Terharu ana anti bertamu di sini. Doakan ana ya.
Peringatan besar utk ana, kalau dah tua nanti, kalau terlupa mungkin inilah yang bakal ingatkan ana semula. InsyaAllah ana yakin anti mampu harungi setiap fasa kehidupanan janji apa yang anti pegang terus tersemat di hati. Allah pasti menjagamu.

Ps - :) mungkinkah Dr huda atau Dr Sha yang akan menyambut anak anti. :) tak sabar melihat bakal2 jundullah lahir. Sejuk hati dan insaf melihat mereka.

haway mutasawwil said...

syg umi faris.hee

sinar_islami said...

me to faris :

Macam tulah anak yang soleh.
Kena doa sokmo ke ummi kita :)

hood@sunny said...

Sha, ana da tgk cerita ObGyne tu.. Byk yg perlu ana prepare utk jadi seorang pakar.

Looking forward to work with you as a pediatrician~ :)

Sama-sama doa ya..
Rindu anti sgt-sgt!

sinar_islami said...

me to hood@sunny :

Yeap. Persediaan mental dan ruhani. InsyaAllah anti boleh kalau jelas matlamat yang dicita-citakan.

Ana & Paeds mcm dah ada chemistry tapi wallahu'alam. HO nanti baru nak decide sebab skrg dah ada 3 jabatan yang ana masih tertarik. So nak rasa dlu yang mana betul2 serasi dan rasa tenang memilih nanti. (^_^)Doakan.