BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 25, 2011

Layakkah aku bercinta?

Sudah 1 Muharram (^_^) Cepat sungguh masa berlalu. Bertuah sungguh masih dihidupkan oleh Allah. Mungkin inilah peluang untuk kita bertaubat. Makin beranjaklah usia ini.

Buat mereka yang Sinar rindu.

Moga warna-warni kehidupan menyatukan kita.


Entah kenapa jadi rindu pula pada Ummi dan Lek. Terasa banyak lagi hak mereka yang belum Sinar tunaikan. Terasa dari kecil hinggalah dewasa ini kerap kali menyusahkan mereka berdua. Pada waktu ini, Lek dan Ummi sedang berada di Kemboja. Moga Allah beri hikmah kembara dan mereka berbahagia di sana. Maklumlah kalau di Malaysia sudah pasti sibuk dengan kerja, dengan urusan rumahnya dan dengan ragam anak-anak yang pelbagai. Boleh pening kepala mujur mereka masih sabar. Moga kasih sayang dan cinta mereka terus mekar hingga ke syurga dan kerana cinta mereka jugalah aku hadir ke dunia ini. Kerana cinta mereka pada Allah jugalah aku kenal apa itu Iman dan Islam di bumi wakafan ini.

Cinta Allah vs Cinta Manusia

Teringat pesanan lek pada suatu ketika. Lek kata jika sudah jatuh cinta (baca:bangunkan cinta) jangan seluruhnya diberi pada manusia. Sayang dan cinta pada manusia ada caranya. Jika tersalah aturan, kelak kita kecewa dan jiwa kita yang merana. Oleh itu, redha dan tawakal kena sentiasa ada. Biar hati kita dan hati orang yang kita cinta dipimpin oleh-Nya.

Erm... Berat sungguh pesanan itu. Pernah dikatakan juga, cinta manusia tidak boleh melebihi cinta Allah kerana itu dikatakan syirik cinta. Na'uzubillah... Moga keimanan ini tidak terhakis kerana cinta selain pada Allah

“Tidak beriman seorang daripada kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintainya daripada isterinya, hartanya dan seluruh umat manusia.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Sebak bila memikirkan cinta pada Allah saja masih banyak kekurangan. Maklumlah tiada jabatan penilai di dunia untuk kita mengetahui aras cinta pada Allah Yang Maha Esa. Namun apabila diperhati semula, sikap kita hari-hari boleh dijadikan kayu ukur. Muhasabah semula... Banyak sungguh kekurangan. Sinar sendiri pernah kecewa kerana tidak pantas melunas tanggunjawab seorang hamba. Ya! Kerana Sinar juga manusia. Terlalai dalam meniti kehidupan yang penuh godaan. Hingga pernah tertanya-tanya, "Layakkah aku bercinta sedangkan cinta pada Allah masih belum semaksimanya."

Cinta pada Allah

Cinta pada Rasulullah

Cinta pada Sahabat-sahabat

Cinta pada Ibubapa

Cinta pada keluarga

Cinta pada teman-teman

Antara cinta yang kita harapkan dalam kehidupan ini untuk rasa bahagia. Moga kita beroleh semuanya kerana ingin meraih cinta Allah. Moga Allah bantu kita mendapatkan cinta-cinta tersebut. Ameen.

Cinta Si Isteri

Entah kenapa hati ini cukup terusik melihat pasangan suami isteri yang sudah tua. Pangkat datuk dan nenek kita. Walaupun sudah bertongkat, masih boleh berpimpin dan berpegang tangan melintas jalan. Sweeetttt orang kata. Namun dalam hati tertanya-tanya, apa rahsia mereka? Sangat cemburu dan mengimpikan 'moment' sebegitu. Biarpun sudah melewati usia, mereka tetap masih bersama.

Pernah mencungkil rahsia cerita cinta Wan dan Tokki. Memang ajaib cinta mereka. Tiada pula rasa cinta sebelum kahwin. Keluarga yang menyatukan mereka. Alhamdulillah sampai sekarang, Tokki dan Wan memang tidak boleh berenggang. Hingga mahu ke pasar pun sanggup di temankan. Kalau masak selayaknya biarlah Wan yang sediakan. Pasti Tokki diam kekenyangan. Tokki memang tak banyak bercakap kebelakangan ini, Wan lah yang menghiburkan suasana. Sweet sungguh.

Kata Wan, rahsianya adalah sabar, dari situ cinta boleh berputik. Dalam bercinta harus sabar untuk mengembangkan cinta, membangunkan cinta dan menyakinkan cinta. Hargai setiap saat yang ada kerana setiapnya ada kenangan dan nilai 'sentimental' yang berbeza. Kalau dalam rumah tangga, si isteri mahukan redha suami. Kalau posisi anak pula mahu redha ibu bapa. Begitulah.. Kalau masing-masing faham posisi dan peranan. InsyaAllah bahagia... Biiznillah kalau diizinkan berkeluarga harap ada sakinah, mawaddah dan rahmah. Mahu raih cinta Allah melaluinya.

Azam Perkemaskan Cinta

Kagum dengan mereka menyebabkan hati ini mahu meletakkan satu anjakan untuk lebih menyintai Allah melebihi segalaNya dan berdoa agar cinta pada keluarga terus mekar dan cinta untuk suami diberi pada waktu selayaknya dan dengan cinta itu Sinar mampu ke syurga bersamanya berjumpa Pemilik cinta agung. Ameen.

" Apabila kamu telah membulatkan TEKADMU maka bertawakalah kepada ALLAH SWT."

( Ali Imran : 159)

Dalam gementar menghadapi hari muka, entah apa takdir dan ketetapan daripadaNya, yang ada adalah pengharapan untuk hari-hari muka lebih diberkati Allah.

Ya Sinar sendiri pernah merasa kecewa dengan diri sendiri. Maklumlah, berjanji perbaiki diri namun masih punya kelemahan tersendiri. Dan pesanan berharga adalah jangan jatuh cinta tapi bangunkan cinta :) Saya ingat pesanan ini selalu. Terima kasih kepada penasihat setia.

6 comments:

saza s said...

salam kak sinar islami
apa khabar ?

sesungguhnya hanya dengan mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai manusia tidak lain kerana mengharapkan cintaNya dan mencintai iman kerana takutkan azab neraka sahajalah yang mampu membuahkan manisnya iman

semoga tahun baru ini cinta kita kepada Allah bertambah tinggi dan cinta Allah kepada kita sentiasa mengharumi

doakan perjalanan
tahun kita semakin menakutkan
tips pelajar cemerlang ?

sinar_islami said...

me to saza s:

Alhamdulillah ana sihat. Masih menghirup udara Mesir :)

Jazakallah atas tambah nilai. Moga Allah pilih kita untuk menatap wajahNya nanti. Ameen..

Tips pelajar cemerlang? Akak rasa kalau kita dapat laksanakan 10 Muwasofat Tarbiyah tu, insyaAllah jadi pelajar cemerlang plus hamba Allah yang gemilang. (^_^) Anta pula lah kongsi. InsyaAllah layak. Akak nak baca! Anta khudwah insyaAllah!

sal said...

Apa khabar sinar..
moga sentiasa bahagia selalu..
nice entri tentang cinta..
Doa ibu: agar tercapai cita2 yg diimpikan..
salam Maal Hijrah..
Moga rohnya memberi makna dalam kehidupan kita...

elnino de moona said...

assalamualaikum..

rasa best baca entry ni..
dapat pengetahuan yang byk dalam mengenai cinta yang sebenar.. :)

sinar_islami said...

me to ibu sal :

Alhamdulillah sihat. Makin sejuk bumi Mesir ni. Godaan sungguh.

Masih belajar mengenai cinta ni. Nak dapatkan cinta Allah pun banyak ujiannya kan ibu?

Moga Muharram ini jadi turning point dalam kehidupan kita. :)

me to elnino moona:

Selamat datang. Moga beroleh manfaat dan sama-sama diberi petunjuk dalam kehidupan. Moga bertemu cinta hakiki.

syamilsynz said...

ramai juga yg kecewa disebabkan cinta manusia, tetapi selepas itu dia mengenal cinta sebenar iaitu cinta Allah.