BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 14, 2011

Kita Penentu?

Apakah panduan dalam kita mengatur kehidupan? Adakah perlembagaan negara semata-mata? Ibu bapa kita? Adik-beradik kita? Cikgu kita? Pensyarah kita? Kawan-kawan kita? Atau mungkin nafsu kita?


Muslimkah kita? Jika ya, Alhamdulillah. Kita di garisan yang sama. Justeru yang jelas Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan hidup. Jika ada yang bertembung seharusnya sumber hakiki itulah yang kita utamakan. Apatah lagi jiwa kita yang lemah ini penuh dengan desakan dunia dan hawa nafsu serta tidak lepas dari kata-kata manusia yang kadangkala menikam kalbu.

'Jangan ikut kata orang...' Kata-kata yang berbaur egois tapi pada Sinar ada benarnya. Setiap manusia ada batas keupayaan untuk menerima dan melaksanakan perubahan. Kitalah penentu apa yang kita mahu. Bukanlah bermakna menidakkan semua teguran dan perintah orang lain. Namun diri kita punya filter (sistem tapisan) terhadap segala nasihat, teguran dan kritikan untuk kita ambil sebagai panduan.

Ya! Kitalah penentu siapa kita di masa hadapan. Pastikan kita di jalan kebenaran walaupun berkali-kali kita terjatuh, tersungkur di persimpangan jalan. InsyaAllah Allah sentiasa memimpin di saat kita lemah apatah lagi saat kita cuba mendekatinya. Apa yang sudah berlalu, biarkanlah kerana Allah menanti di hadapan...

(^_^) Di kala hati kita sesak dengan asakan orang lain, rasa tergugat dengan pilihan orang lain tidak sama dengan pilihan kita, kata-kata yang bakal saya kongsikan cukup menenangkan. Apabila saya inginkan kata-kata dan pemangkin untuk hari-hari saya lebih indah di blog inilah saya mengintai kata-kata untuk dijadikan seri hidup saya. Potongan Al-Quran dan Hadith turun dikongsikan di sini. Sempurna!. Ini antara kata-kata untuk kita renungkan.

'Don't compare your life to others. You have no idea what their journey about'

"What other people think of you is none of your business, just do the right things.'


Namun dalam kita menentukan apa yang harus kita praktikkan berdasarkan nasihat-nasihat manusia, kita sendiri perlu jelas akan tujuan kehidupan. Kalaulah nasihat itu bertepatan apa yang syarak mahukan, tidaklah menjadi satu kesalahan untuk kita ikuti bahkan itulah yang terbaik dan mesti kita lakukan. Mungkin itulah teguran dan nasihat daripada Maha Pencipta. Memang pahit menerima teguran tapi manis di pengakhiran InsyaAllah...

'Put Allah first in anything and everything that you think, say and do'

'The best is yet to come --> Paradise! Stive for it!'

Dan saya sendiri akan berusaha ke arah itu walaupun saya tahu saya bukanlah sempurna. Mengharapkan belas ehsan Dia untuk bertemuNya dan menjadi penghuni syurga. Anda bila lagi? Ayuh!

2 comments:

Anonymous said...

Saya suka "What other people think of you is none of your business, just do the right things."
Satu lagi yg saya boleh share. INi saya dpt dr management 'guru' org putih. "You look for failure when you try to make everybody happy". Memang sebenar2nya, kita tak dpt menggembirakan setiap org disekeliling kita. Ambil je kisah seorg hamba Allah , anaknya dan seekor keldai. Bila si anak menunggang keldai, si bapa menarik keldai - org mengata. Bila si bapa naik keatas keldai, si anak menarik keldai - pun org mengata. Bila kedua2nya duduk di atas keldai - dikatakan zalim sbb tak kesian kat keldai. Bila kedua2nya menarik keldai - dikatakan tak cerdik. Serba tak kena kan? Jadi buat lah apa yg anda rasa betul dan di redhai Allah swt. Wallahua'lam

sinar_islami said...

me to Anonymous:

Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian dan tambah nilai daripada saudari/saudara. Memang payah nak dapat redha manusia. :) Boleh pening kepala memikirkan. Yang penting hak Allah kita jaga.

InsyaAllah, selagi mana kita letak Allah sebagai Pemilik hati kita, biarpun manusia sekeliling tidak suka, Allah akan mengembirakan hati kita.