BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 10, 2012

Perkahwinan : Redha Illahi redha suami

Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Itulah hadiah yang Allah berikan untuk meraikan fitrah insani. Siapalah kita untuk menidakkan kehadiran fasa ini. Dengan izin Allah akan hadirlah fasa ini. Di dalamnya ada tanggungjawab bukan sekadar suka suka. Suka duka kehidupan pasti silih berganti namun di dalam perkahwinanlah wujud medan praktikal melebihi medan teori. Maka tidaklah asing jika hadith mengatakan sempurnalah setengah agama jika seorang hamba itu menikah ( Hadith hasan riwayat Al-Hakim dan Ath-Thabrani dari Anas Bin Malik)

Persoalan bersedia atau tidak, tanyalah iman di hati. Bila redha ibu bapa dan jalannya Allah permudahkan, siapalah kita sebagai hamba untuk menidakkan. Walaupun manusia berkata itu dan ini, keputusan itu di tangan kita bahkan perancangan Allah itu mengatasi segalanya.

Alhamdulillah dengan izin Allah. Berubahlah Sinar ke fasa baru. Merasa manisnya pernikahan yang Allah berikan. Kerana apa Sinar kata fasa ini manis, kerana iman saya bakal diuji dan kemanisan iman itu hanya dirasai selepas diuji, diuji dan diuji hingga dijemput pergi. Perkahwinan juga merupakan ujian bila mana Allah rasa kita layak menempuhinya.. Allah!

Wajib ditanya di jalan apa kita menikah? Sangat menenangkan kalau di jalan dakwah kita menikah dan mesti diperingatkan bahawa di jalan nikah juga aku berdakwah. Keduanya perlu perlaksanaan. (^_^) Doakan saya ya. Ini tanggungjawab yang bakal disoal Allah kelak. Harus mencari bekal untuk sebuah Baitul Muslim yang diredhai Allah.

Justeru 4 Februari 2012 (11 Rabiulawal 1433H) akan terus kekal dalam ingatan sebagai hari bersejarah dalam hidup Sinar. Hari Sinar diijab kabulkan dengan pemuda pilihan Allah.


Sungguh saat akad nikah, debarnya tak terkata. Di temani Ummi, Lek, keluarga dan beberapa teman setidaknya mengurangkan sedikit debaran yang ada.

"Aku terima nikah Sh. Nurul Hidayah Binti Syed Murzaki dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai." sekali lafaz... Alhamdulillah...



Saat dilafazkan sahlah diri ini bergelar isteri. Sebak kerana selama ini Lek dan Ummi mendidik diri. Saat itu tanggungjawab sudah beralih kepada insan baru dalam hidup ini. Sinar sentiasa berdoa moga Allah pimpin hatinya untuk memimpin diri ini. Kami masing-masing punya kelemahan dan kekuatan itu hanya daripada Pencipta diri kami.

Seminggu yang indah.

Jujur saya lebih mengenalinya sebaik sahaja bergelar isteri. (^_^) Saya tahu beliau ada kekurangan dan saya siap menerimanya. Tidak layak meminta itu ini kerana saya juga punya kelemahan tersendiri. InsyaAllah kami saling mengingatkan untuk saling memberi dan saling melengkapi.

Hari ini sudah genap seminggu Sinar bersama suami, Ahmad Fahmi. Alhamdulillah fatrah pertunangan kami harungi dengan baik dan penuh toleransi dan semoga perkahwinan ini juga dapat kami harungi dengan penuh kesabaran. Berbincang dan bertoleransi itu telah kami sepakati jika terdapat duri-duri yang harus kami lalui. Moga bantuan Allah bersama kami.

Hanya berbaki dua hari bersama suami, kemudian masing-masing meneruskan perjuangan di medan sendiri. Sinar yakin, kualiti masa lebih utama dari kuantiti. Dan kerana masa itu yang diizinkan Allah untuk kami, kami sama-sama memberi untuk mencipta kenangan terindah selama 9 hari. Bakal terpisah oleh benua takkan memisahkan hati ini kerana hati terpaut dalam satu ikatan. InsyaAllah terus kuat mencari redha Illahi. Ameen.

Seperti biasa beliau ke hospital dan saya pula di rumah memasak seadanya dan Alhamdulillah baru sahaja selesai makan bersama suami tercinta.

"Macam mana ya buat ayam berempah ni."
"Kenapa? " Tanya saya, risau la juga..
"Sedap!" Katanya, lantas hati ini berbunga-bunga.

Sungguhlah rasa sangat bahagia dan seronok melihat suami makan dengan selera. Orang kata mahu menangi hati suami menangi perutnya. Hehe Sinar masih belajar untuk menambat hati suami. Rasa kekok memasak untuk seorang lelaki yang dahulunya asing, Alhamdulillah dari sehari ke sehari cuba mencari serasi. Dan saya cukup mengkagumi layanan yang dia beri. Hilang kekok saya dibuatnya.

Nekad saya adalah menjadi isteri solehah. Doakan!

Isteri Solehah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penyejuk jiwa
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


Tenang sungguh di rasa. Sungguhlah yang halal itu memberi ketenangan. Selagi bergelar tunangan orang hati sukar untuk tenang. Ya saya tahu awal pernikahan itu nampak semuanya indah, namun diharapkan keindahan inilah menjadi kekuatan untuk dikenang-kenangkan andai diuji nanti.

11 comments:

asrar said...

alhamdulillah..
sesungguhnya yang halal itu memberi ketenangan dan sangat indah..moga pertambahan fasa kehidupan ini memberi sebanyaknya kemanfaatan kepada islam..mabrook.

AA said...

Alhamdulillah
mabruk sha...happy for u and i am so sorry for not being there during ur blissful day..may Allah bless..

Khazinatul_Asrar said...

Subhanallah Sha,sebak ana baca entry ni. Baru je nak tulis kat wall nt suruh update blog, hehe. Tup2, Allah dah gerakkan hati nt awal lagi.

Bahagia rasa melihat sahabat2 bahagia bersama orang tercinta :')

Selamat bercinta hingga ke syurga Sha! Moga dilimpahi sakinah mawaddah wa rahmah. Biarpun jarak antara benua , namun hikmah yang Allah aturkan itu pasti indah.

Nur said...

Tahniah sha.. semoga kekal sampai syurga.. :)

Walau jasad xhadir utk meraikan hari bahagia kalian,tapi insyaAllah doaku sampai dalam timbunan doa2 yang diutuskan buat kalian.. :)

"bila sseorg wanita muslimah mentaati suaminya, bererti dia juga mentaati Allah.." -semoga Allah mudahkan jalan ketaatan itu buatmu kwn..

ummi_khalish said...

mabruk alaik..smoga bahagia dunia akhirat..

EdAlia said...

Salam Sha,

Akhirnya,entri setelah bergelar puan =)
Mabruk! Maaf tidak dapat hadir hari bahagia kalian.
Apa lah maknanya jarak yang jauh dengan cinta yang lekat dihati.
Selamat bercinta hingga ke syurga!

ummu said...

salam sinar islami
alhamdulillah
sungguh dik
tenang sebenarnya
berkenalan dan bercinta selapas diijabkabulkan
...seperti akak yang telah akak lalui..
alhamdulillah
pilihan Allah,tERbaik untuk kita,inshaallah
semoga kita jadi isteri solehah dunia akhirat.amin

sinar_islami said...

me to Asrar : Alhamdulillah. Harap sangat Allah pinjamkan ketenangan itu untuk terus meraih redhaNya.

me to AA: Takpe Tqah. Sha tahu kamu ada urusan lain. Moga Allah permudahkan urusan kamu dan beri kamu kekuatan ya.

me to Khazinatul Asrar: Syukran ukhtie kerana hadir pada majlis ana. Terharu sgt anti dapat datang. Tak sangka kenduri ana ni jadi tempat pertemuan ana dgn ramai kenalan dan shbt lama.

sinar_islami said...

me to Nur: Ameen.. Takpe yang penting doakan Sha ya. :)

me to Ummi Khalish : Syukran atas doanya.

me to EdAlia : InsyaAllah mahu bercinta sampai syurga. Blushing. Maklumlah tak pernah bercinta..

me to Ummu : Doakan ana ya akak. Moga Allah beri yang terbaik untuk ana sentiasa..

hood@sunny said...

Mabruk 3alaikuma!

Sedih jugak x dpt menghadirkan diri kerna tercampak di benua lain juga~

Hehe x sabar nk ketemu nt pasca perkahwinan..


Doakan ana jugak~

P/S: Ana pon rasa Obst lg best dr Gyne hihi ^___^Y

sinar_islami said...

Jazakillahu kheiran kathira ya hud hud..Doakan ana ya huda. Nanti jumpa tau. Ana still sama :) Jangan segan segan.

(^_^)v Hidup Obst! Hehe, I told you before kan.. Kalau boleh pilih, nak tu je..