Setiap hari akan ada sahaja ujian yang Allah hadirkan. Bagaimana kita menghadapinya? Tanpa iman kita mungkin menyalahkan Tuhan, kita putus asa dan mungkin ada sahaja yang ingin terus lari dari kehidupan dengan memilih jalan yang Allah murka. Jangan pula kita cari selain Allah untuk jalan pintas. Kemurkaan Allah lebih besar pada mereka yang menyekutuNya. Nah, di akhirat sana API NERAKA sedang ternanti-nanti untuk membakar mereka yang dusta dan berdosa. Na'uzubillah. Sesusah mana pun ujian, carilah Allah semula.. Hanya DIA! Pintu TAUBAT dan RAHMAT sentiasa TERBUKA.
Bagi Muslim Mukmin, ujian bukanlah penamat kehidupan tapi dihadapi dengan penuh kesabaran, redha dan usaha mencari jalan. Ujian adalah anugerah untuk kita ke darjat seterusnya di sisi Allah. InsyaAllah kedamaian ada di SANA selepas bersusah-payah di SINI. Tiada yang abadi di dunia yang boleh kita kejar, akhirnya kita bakal mati juga. Bila? Mungkin sebentar lagi...
Teringat pesan Brother Fadel Soliman, Mukmin kalau diuji tidak terjerumus dalam 'major depression' tetapi " They change the hapiness and sadness to feeling of acceptance (redha). Nothing happens without His knowledge." Maka Dia MAHA TAHU yang hambaNya ini mampu...
Nasyid ini pernah menemani hampir bertahun-tahun di bumi Mesir. Alhamdulilah masih ada dalam playlist. Dengar dan hayatilah. Moga kekuatan Allah beri untuk kita hadapi kehidupan ini.
Teruskan senyum dan hadapilah kehidupan dengan pengawasan Tuhan.
"Hidup ini bukan kita punya. Ada penciptanya.
Maka hiduplah seperti yang Pencipta gariskan...
Allahu musta'an. Setiap hari dan setiap saat takkan lepas dari diuji. Hati! Kuatlah!"
3 comments:
Ujian demi ujian yg datang.. hidup sebtg kara.. tanpa ibu bapa tanpa keluarga..tanpa teman dan rakan2.. bila susah dan menderita hanya DIA tempat mengadu... bila susah kawan semua lari, bila susah sedara mara wat tak tahu, tika susah adik beradik menjauh diri. Ujian demi ujian tika susah baru kenal siapa kawan dan siapa lawan. Teruskan senyum...
Terima kasih mamawana atas nilai tambah yang diberikan. (^_^) Mahu peringatkan diri.. Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk terus memegang taliNya..
Tatkala semua manusia meninggalkan kita.. Tinggallah Allah yang terus setia..
Post a Comment