Pagi ini terbayang-bayang lubuk tarbawi. Tempat jatuh bangun saya selama ini :) Hingga kini, percutian musim panas pasti tempat ini saya kunjungi.
Teringat sangat dekat Kak Lang (Cikgu Nur Laili). Tak terhingga jasanya pada diri ini. Lebih dari seorang guru dan warden peranannya pada diri. Sangat protective orangnya. (^_^) Pastinya pulut ayam ana tak lupa. Rindu makan bersama.
Pagi ini juga teringat sangat pada Cikgu Azmi Bahari, Cikgu Zaiton (Jazakumullahu kheiran kathira Cikgu atas nasihat dan pedoman hingga kini), Cikgu Ros, Ustaz Shaari, Cikgu Norizan ( Buku Satu Rasa Dua Hati kemas di almari dan di hati), Ustaz Mahathir, Ustazah Khairol (Mabruk Ustazah! Tak sabar nak jumpa), Ustaz Zainuddin dan Cikgu Shima (Pasangan yang asyik tersenyum) Paling lama tak jumpa dan peringatannya selalu bergema pastilah Cikgu Mai dan Pakcik Rosdi.
Pastinya tak lupa buat mereka yang bertungkus-lumus mentadbir, Ustaz Omar, Ustaz Hadi, Ustaz Rahim dan Sir Abduh (Lama tak jumpa Tok Teh). Kalian dekat di hati.
Moga Allah cucuri rahmat buat arwah Ustaz Dahlan, Ummi, Cikgu Yahya, Cikgu Desa yang dikasihi. Pemergian kalian sangat dirasai. Rindu taujihat yang selalu diberi.
Moga Allah berkati semua guru-guru saya sejak dari kecil hingga ke universiti (^_^)
.....................................................................
Alhamdulillah dapat 'cikgu' baru tahun ini. <3 (^_<)
0 comments:
Post a Comment