BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 15, 2012

Saya dan Peperiksaan Tahun Akhir Kuliah Perubatan (2006- Jan 2013) : Doakan ya...!

Perjuangan selama 6 tahun setengah di bumi kinanah ini akan ditamatkan dengan peperiksaan akhir yang bakal bermula dalam 12 hari lagi pada 28 November 2012. Peperiksaan ini bakal berlangsung selama 2 bulan. InsyaAllah selesai pada 23 Januari 2013. 

Sungguh pun diberi 'study leave' selama hampir 4 bulan, masa itu pantas sahaja berlalu dan dirasakan suntuk pula waktu. Moga Allah ampunkan saya jika ada kelalaian dalam memanfaatkan waktu dan Alhamdulillah suami selalu mengerah diri untuk belajar sepanjang tempoh dihabiskan di Bandung mahupun di Malaysia bersamanya. Diusung buku seberat 15kg ke mana sahaja kami pergi, dari rumah di Selangor ke Bandung, dari Bandung ke Selangor, dari Selangor ke Langkawi dan Terengganu. Akhirnya kembali ke Mesir tanggal 13 November. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan.

Kini saya di Mesir ditemani rakan serumah, 'insan kecil' dan sokongan padu daripada suami dan keluarga di Malaysia. Semoga Allah beri keberkatan ilmu dan waktu serta kekuatan  ingatan, jasadi dan ruhi dalam mendepani peperiksaan kali ini. Sudah pasti targetnya mahu mumtaz, cemerlang dunia akhirat kerana ilmu ini bakal digunakan sepanjang hayat saya nanti. Moga kecemerlangan milik saya dan kawan-kawan seperjuangan. Ameen. Doakan kami  menjadi doktor yang cemerlang deen, ilmu dan akhlaknya.

Akhir kalam, saya memohon maaf pada suami saya, Ummi, Lek, Ibu, Abah, adik-beradik, ipar-duai, keluarga, guru-guru saya, ahli rumah saya di Mesir, sahabat-sahabat saya dan kenalan saya sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah bicara dan ada perilaku yang tak berkenan di mata. Mohon juga halalkan makan minum dan pemberian selama ini. Moga Allah berkati dan menganjari pahala pada kalian semua. (^_^) Ameen.

InsyaAllah jadual peperiksaan saya ada di bawah ini. Mohon doakan saya pada tarikh-tarikh ini ya. Jazakumullahu kheiran kathira semua.

Internal Medicine's Written Exam

28/11/2012 - Paper 1
1/12/2012   - Paper 2 
3/12/2012   - Paper 3
Surgery's Written Exam

17/12/2012 - Paper 1
20/12/2012 - Paper 2
22/12/2012 - Paper 3

Internal Medicine's Clinical Exam

25/12/2012 - Oral
27/12/2012 - Short Cases
30/12/2012 - Long Case
1/1/2013     - X-ray & ECG
3/1/2013     - Dermatology & Andrology
9/1/2013     - Clinical Pathology

Surgery's Clinical Exam

12/1/2013  - Oral Operative
16/1/2013  - Long Case
21/1/2013  - OSCE
23/1/2013  - Surgical Pathology & X-ray.

2 comments:

vanillasnow said...

Sangat2 rindu ! :)
Betul tu along, belajar jauh2 ni lagi nikmat sebab setiapkali balik rumah rasa macam betapa indahnye saat2 bersama family dan rase lagi appreciate time with family .

Apa2pun Goodluck untuk kehidupan along lepas habis belajar ni. Sarah nak sangat jadi macam along , JADI DOCTOR MUSLIMAH & SOLEHAH . (dan dapat suami yang soleh) ehek2~ miang pulak sarah ni xD

Ok, semoga along bahagia dengan suami tercinta di dunia dan akhirat :)

& terima kasih diatas nasihat yg diberikan. I really appreciate it :D MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS...sarah akan doakan along pnye final exam nie. InsyaALLAH :)

sinar_islami said...

Jazakillahu kheiran kathira Sarah. Terharunya dengan adik sorang ni. Yang sebetulnya...kena jadi lebih baik daripada Along (^_^) InsyaAllah Sarah boleh!

Moga Allah permudahkan perjalanan hidup Sarah. Saling mendoakan. Moga Allah terus kekalkan kita dalam iman dan Islam.

Uhibbukifillah ya ukhtie fillah.