BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 11, 2013

Catatan Bunda : 31 minggu usiamu


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...

Hari ini genaplah kandungan 31 minggu. Keluarga dan mereka di sekeliling sudah mula menegur kandungan yang kian membesar. Yang dulunya tidak perasan Sinar mengandung, kini sudah mula perasan. Biasalah, tak lama lagi akan menginjak 8 bulan usia kandungan. Sekejap pula rasanya masa berlalu. Apapun diri ini sentiasa doakan bayi sihat dan selamat dilahirkan.

Makin lama, makin aktif 'si kecil comel' ini. Alhamdulillah.. Agaknya beliau tidak sabar mahu berjalan, tadabbur dan beramal di dunia yang Allah cipta. Ralit juga melihat 'si kecil' bergerak dan menendang. Subhanallah.. menabjubkan perasaan ini, tambah lagi apabila Papanya ada di sisi. Bertambah aktif jadinya.

Semalam selesai temuduga di Pusat Temuduga SPA di Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Alhamdulillah lulus. Rasa lucu juga pergi temuduga dalam keadaan mengandung ini. Orang lain 'slim', kita pula boyot kata orang kebanyakan. Whatever.. :) Yang penting bayi sihat dan membesar dengan baik. Itupun tidaklah seboyot orang lain kata Jururawat. Hehe.. Ye ye je kan.. Jururawat pun lega semenjak dua minggu ini, hemoglobin saya sudah normal (11gm%) dan berat badan pun meningkat dengan baik. Kalau tidak, pasti akan ada sahaja nasihat demi nasihat. Risau mereka. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan suami dan keluarga tercinta dengan sikap ambil berat mereka, saya bertambah sihat dan bertenaga. Sinar doakan, keadaan akan lebih baik, terus sihat hingga ke akhirnya

Hari ini pula, Ummi saya bersemangat menjahit kain bedung dan barut perut untuk baby. Untungkan kalau pandai menjahit boleh tinggalkan kenangan untuk orang tersayang... InsyaAllah, kenalah siapkan barang sedikit demi sedikit untuk menyambut bayi.


Nampaknya kena perbaharui senarai barang untuk menyambut kedatangannya. (^_^) Doakan kami ya..

6 comments:

sh husna said...

wah cantik nya kain barut itu!

Anonymous said...

Tahniah, bakal ummi! =)

Take care of yourself, and your little baby. Moga Allah memudahkan proses pra, semasa dan post kelahiran berjalan anak sulung Sha. =)

Anonymous said...

(pembetulan:)

Tahniah, bakal ummi! =)

Take care of yourself, and your little baby. Moga Allah memudahkan proses pra, semasa dan post kelahiran anak sulung Sha. =)

sinar_islami said...

me to Sh Husna :

Tengoklah Ummi siapa kan.. Hehe..
Doakan Along ya and take care too.

me to kembarahidup :

Jazakillahu kheir ukhtie atas ucapan dan doanya. Doakan kebaikan mengiringi kami selalu. :)

mamawana said...

Tahniah menanti saat indah itu..

sinar_islami said...

Terima kasih mamawana. Doakan saya menjadi ibu mithali, isteri solehah dan ketua bidadari di syurga nanti.