BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 31, 2016

Gaji ibarat pungguk rindukan bulan

...Allah is alwayz with us...

😔Gaji ibarat pungguk rindukan bulan..😶

Nikmat mendapat gaji, hanya Allah yang tahu..

Semua orang ternanti hari gaji kan, lain daripada orang bekerja sendiri. Leganya hati sebab boleh bayar itu ini..

Kalaulah gaji lambat masuk? Allah Allah pedih pilu hati..

Masih teringat kisah tadi..

Sedang saya menanti giliran di atm Maybank,
Hati tertarik melihat pak guard dan pasangan cina yang sedang membantunya di mesin ATM sebelah kiri saya.

'Macam mana ya mahu tengok baki dan keluarkan duit?' Tanga pakguard yang sedikit berusia.

'Begini pakcik...' bantu pasangan cina. Hingga ke password diajarkan tekan..

Pak guard kelihatan kecewa, baki tertera dalam Rm 20.

'Pakcik mahu keluarkan ka?' Tanya anak muda tersebut.

'Belum masuk lagi wangnya, tidak boleh juga bawa keluar kalau Rm 20 sahaja.' Dia pun berlalu pergi dengan kadnya. Tersipu sipu malu dirinya...

Allah, Allah pastinya pakcik menyembunyikan rasa kecewa kerana belum lagi masanya menerima hasil bekerja.

Saya segera keluarkan amount yang saya hajatkan dan mencari kelibat pakcik, namun hilang disebalik lorong bangunan. Kelibatnya tidak kelihatan.

Kami pun pulang, tapi masih berbekas di hati.

Ketika kita rasa tidak cukup dengan duit yang kita ada, ada lagi yang susah dan lebih memerlukan.

Saya berdoa majikannya atau sesiapa sahaja masukkan wangnya tepat pada masa.

Hati dihiris sembilu melihat pakcik. Mungkin sahaja pakcik perlukan wang segera, mungkin sahaja keluarganya dalam kesulitan, dan segala kemungkinan yang memerlukan wang..

Mencabarnya hidup di zaman ini..
Segalanya perlukan wang..😂

Saya salute pakcik,  biarlah kerja guard asalkan wang dapat melalui jalan yang halal..

Ya Rahman, Ya Rahim, jangan kau sempitkan kami dengan harta dunia, lapangkan hati dengan nikmat imanMu, kurniakanlah rezeki dari arah yang tidak disangka dan jadikanlah kami hamba yang bersyukur. 😭

Ameen..

#catatansinarislami

Wednesday, December 21, 2016

Perantau Di Sabah

Setahun di Sabah,
Sejuta Rasa, Sesegar Cinta

Bah.. Dari mana mahu pula?
Setahun sudah tidak bercerita. 😉
Alhamdulillah, masih dikurniakan masa untuk hidup di bumi pinjaman ini.

Masih bekerja sebagai penjawat awam. Dari Hospital Tawau sudah bertukar pula ke klinik kesihatan.

Sudah beranak dua. Nuha dan Iman Alhamdulillah, aktif, cergas dan cerdas. Kehadiran mereka sangat menguji emosi dan stamina 🙈 Alhamdulillah setakat ni berjaya menyediakan juadah sarapan, lunch dan dinner buat keluarga. Saya amat teruja.

Hobi masih tak berubah, suka menulis jadi aktif di fb. Suka menangkap gambar jadi aktif di fb dan instagram. Suka melancong, masih lakikan bila ada masa dan rezeki. Suka kecantikan dan kesihatan, maka shaklee jadi pilihan.

Impian, nak menunaikan haji, pergi umrah, bercuti bersama keluarga ke beberapa negara seperti Indonesia (Bandung) , Britain, Turki, Mesir, Jepun. Kenapa? Sebab ada keterikatan jiwa dengan negara-negara tersebut. Maka tersangat suka nak berniaga untuk menjana pendapatan untuk melakukan semua aktiviti. Jadi doakan saya bertemu dan konsisten dengan perniagaan ya. Doakan semua berjalan lancar dan rezeki saya melimpah ruah.

Perancangan, mahu berpindah ke semenanjung, sambung belajar. Tolong doakan ya.

Sunday, February 14, 2016

Air Mata Bunda

Air mata Bunda

Anak di mata Bunda, ibarat permata. 
Pasti ada air mata yang mengiringi pembentukannya

Air mata tawa

Teringat pertama kali mendapat cahaya mata, gembira tak terkata hingga air mata kesyukuran mengalir tanpa sengaja. Melihat redup mata Papa, kesakitan dan kepahitan dari komplikasi bersalin biasa yang ditakdirkan terasa ringan, walaupun masih ada kesan di hati dan fizikal ini.

Air mata panahan kasih

Mengharungi detik-detik pantang pertama, berambu air mata, Nuha yang tercinta asyik menangis hingga terpaksa berjaga malam, Bunda pula masih lagi trauma dan untuk bertukar posisi sungguh payah sekali. Setiap kali terjaga, perlu bergerak mendekati si kecil, menangis Bunda terasa tidak berdaya, tapi digagahkan jua melihat dirimu lagi tak berupaya, malah tidak tahu apa apa. Papa memberi semangat, hinggalah satu ketika barulah tahu helah si kecil, awalnya kami tempatkan di katil berbeza, mana tidaknya menangis. Justeru tahulah kami tidur mahu ditemani rapat, mahu kehangatan Bunda dan Papa.

Anak kedua, alhamdulillah.. Si kecil tidak banyak ragamnya cuma kisah masih milik Nuha. Nuha terbukti tahu statusnya, sudah pandai beradik-adik, tahu cakna dan pandai bawa diri. Cabarannya Nuha pula yang meragam apabila tiba waktu malam atau mengantuk. Dia sudah biasa disusukan dan dimanjakan, kini Bunda pula beralih perhatian. Susu badan sudah pastinya tidak boleh diberikan, hak adik bertukar tangan. Sedih Bunda apabila Nuha tak putus putus merengek minta disusukan, menangisnya Nuha bukan kepalang, hinggalah Bunda akhirnya menangis dan terpaksa mengeraskan hati, aduh pedihnya hanya Bunda yang tahu..

Air mata kecewa

Melihat Nuha membesar, banyak yang kami belajar, Allah banyak membentukmu menjadi anak cerdas dan cergas serta mendidik kami untuk lebih sabar dan perbaiki seni keibubapaan.

Diawalnya Nuha tidak banyak kerenah, senang mengikut kata, tidak mudah 'tantrum'. Beranjak usia setahun setengah, Nuha sudah pandai merajuk dan menunjukkan ketidaksetujuan. Apabila dimuhasabah, terlepas juga suara tinggi kepadanya. Terasa sungguh kebodohan orang tua. Bukan sengaja, apabila penat bercampur kecewa itulah yang terjadi. Kenapa kecewa, kerana mengharapkan anak menjadi begini dan begini, apabila tidak seperti diharapkan mulalah kita terasa hati, terlepas dengan suara tinggi, si anak di marahi. Sebaik sahaja terlepas suara tinggi, Bunda pula menangis sekuat hati, kecewa dengan diri sendiri kerana berasa hati dengan anak kecil sendiri, dan gagal mengawal diri untuk membentuk anak yang diharapkan. Justeru setiap kali, saya berusaha mendidik diri untuk terlebih menjadi apa yang diharapkan sebelum mengharapkan anak menjadi sebegitu dan sebegitu.

Air mata keinsafan

Menjadi Bunda, bukanlah senang.. Dengan tugas terhadap masyarakat bukan sekali dua Bunda terasa anak Bunda terkena tempiasnya. Kurang masa bersama, kurang pehatian dan kurang kasih sayang. Tiada yang faham melainkan dirimu wahai anak yang merasai. Dirimu sudah banyak berkorban kerana berorang tuakan kami pegawai perubatan.  Justeru Bunda sungguh terasa jika tidak mampu mengembirakanmu dengan keterbatasan waktu. Disebabkan itu, tangisanmu sebolehnya tidak mahu Bunda dengari, biarlah tawamu mengubat lelah diri. Mendengar suara lunakmu mengatakan ' Sayangggg Bunda, sayanggg Papa' sudah cukup membuatkan kami lega, kerana kehadiran kami ada juga bekas di hatimu.. Setidaknya kasih sayang kami mengalir padamu. 

Housemenship zaman kita semua

...Allah is alwayz with us...



Dr : Housemenship zaman kita semua. 

Zaman lalu kalau dikenang, memang ada masam manisnya. Namun Alhamdulillah mampu mengurut dada, melepas lelah sebatuk dua sambil mengesat air mata kerana berjaya melalui zaman itu. Antara zaman kritikal dalam mengejar cita-cita adalah zaman bergelar houseman. Fuh.. Jangan dikata, nak menangis sepanjang masa tapi kena la tunjuk kuat juga 😝 

Apa yang kita rasa, kadangkala tak semua mampu diluah. Yang negatif terutamanya.. Biarlah disimpan sebanyak mungkin. Kalau dikongsi jadi aura negatif la pula. Habis yang asalnya  gembira dan semangat jadi down, sedih dan bermuram duja.

Apapun untuk 'survive' ada beberapa tips untuk mengurangkan stress di zaman ho ini. Jangan kata tidak stress.. Memang stress ye.. 😂 

1. Pilih kediaman yang kondusif 
- rumah/bilik sewa kena kemas
- baju kena basuh dan lipat , angan tangguh lebih dari 2 hari. Hari-hari basuh lagi baik. Kuman hospital ni boleh tahan aggrasivenya.
- balik kerja penat, biarlah pemandangan dalam rumah itu bertepatan dengan pepatah rumahku syurgaku. Allah kan suka bersih.

2. Pilih ahli rumah yang positif atau tinggal dengan keluarga yang memahami
- mampu membantu sekiranya susah
- ada pendengar untuk kita luah perasaan dan kongsi suka duka

3. Datang kerja, betulkan niat.
- pergi awal pagi dan review patient sebaik mungkin (usaha untuk tahu sejarah pesakit by heart)
- pulang tepat masa kalau sudah habis kerja (susah sebenarnya hehe). Kalau belum siap tengok rasional ke tidak nak passover. Patient kritikal yang perlu pemerhatian jangan lupa ingatkan kawan shif seterusnya.
- anggap patient macam keluarga
- selalu offer untuk bantu mo/collegue terutama ketika prosedur sebab bukan semuanya kita selalu buat
- bunuh persepsi orang kata makan gaji buta. So kerja sebaik mungkin. Maka kata-kata mereka  menjadi fitnah sama sekali. Relaks, dosa masing-masingkan.. Pahala pun. So jom  kita hias kubur sendiri dengan amalan.
- moship nanti memerlukan pengalaman hoship kita terdahulu. Tidak wujud orang dewasa melainkan menjadi bayi diawalnya. So chill ya! Pakar ke mo ke dia pun ho dulu. Pernah buat silap. Apapun hormat orang atasan, sayangilah kawan dan orang bawahan 😉

4.Allocate cuti untuk hargai diri
- sekurang-kurangnya biarlah sebulan  sekali ada percutian. Nak jimat dalam negeri, ada rezeki lebih ke luar negara. Hehe ada lebih duit, yang solo ajak mak ayah sekali. 
- yang bekeluarga lagilah kena pergi bercuti. InsyaAllah ada moment yang boleh dikenangkan nanti.

5. Menangislah bila perlu
- tanda hati hidup
- mengingatkan kita pada Pencipta
- selingkan doa, insyaAllah makbul. Hehe lagi lagi ketika ada orang khianati kita. Faham faham je la kerja dengan pelbagai ragam ni. Kadangkala kita dikambing hitamkan.

Biarlah 5 sahaja dulu. Rasanya zaman mo pun ada suka dukanya. Lain jabatan lain peratus stressnya. So hormat collegue di jabatan lain ya. Jadi orang rendah diri tapi tinggi ilmu di hati.