BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 15, 2008

::Be a stranger & traveler::

~Kempen cintakan kekasih Allah~
++Anjuran PERUBATAN++

Renungan buat hati yang merindui kalam kekasih hati::


Daripada Ibnu Umar r.a. beliau berkata: "Rasulullah s.a.w memegang dua bahuku sambil bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan(traveler)."

Ibnu umar telah berkata: "Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu waktu pagi. Dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu."

(Diriwayatkan oleh Bukhari)


~Mari sama-sama kita renungi~


Ada benarnya kan...dan sememangnya benar seperti yg sabdakan oleh baginda dalam hadith tersebut kehidupan mukmin di dunia ni tidak lebih dari laksana orang asing dan pengembara++Justeru selayaknya kita tidak cenderung atau berhajat kepada kemewahan duniawi semata-mata. Bagi diri seorang mukmin cukuplah baginya memperlengkap diri dengan sebaik-baik bekalan.Dan sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa


Dunia bukanlah layak untuk di jadikan tempat pergantungan tapi cukuplah sekadar semaian utk kita tuai di akhirat kelak..maka mana mngkin kita bertangguh dalam melakukan amal kebaikan tambahan pula ajal tidak mengenal usia.


" Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya kesenangan yang memperdayakan"

(Ali Imran:185)


Maka dari situlah pentingnya kita manage kehidupan yang Allah berikan ni..Manfaatkan sebaik mungkin..dan apalah nak dibandingkan kehidupan di dunia yang fana ini dengan kenikmatan kehidupan akhirat yang kekal abadi. Serta kebahagian dan keseronokan jika bertemu Junjungan Besar,kekasih hati seluruh Ummat..tak teringinkah kita?? Atau kita masih belum cukup yakin dengan kalam baginda serta firman Rabb yang Maha Esa??Sama-sama koreksi diri..dan tak dinafikan selaku makhluk yang bergelar insan kita memang tak lari dari lakukan kesilapan..tapi kita boleh cuba melakukan perubahan..

Islam Boleh!! Maka kita tentu boleh!!

0 comments: