BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 09, 2008

~Mencari kedamaian~

~Mencari kedamaian~

:: kita boleh mencipta kejayaan bersama::

Kedamaian itu sukar dicari andai kesefahaman tidak dipupuk dengan sepenuh hati. Begitulah hidup berkeluarga dengan teman-teman dan sahabat handai yang berbeza latar belakang. Namun ini bukanlah penghalang utama untuk merapatkan jurang yang sedia ada kerana keterikatan hati melalui kesatuan akidah akan menimbulkan ukhwah Islamiyah. Disamping itu juga keharmonian juga mampu terealisasi dengan wujudnya masyarakat yang saling mengambil berat. Maka masyarakat yang paling hampir dengan kita sudah tentu sahabat dan jiran. Justeru apakah akhlak yang digariskan oleh Islam dalam kita bermuamalah bagi mengharmonikan instistusi kemasyarakatan dan kekeluargaan kita dalam masyarakat PERUBATAN hari ini..

Akhlak mulia terhadap sesama makhluk khususnya terhadap sesama Muslim bahkan rakan serumah telah didefinisikan oleh Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah yang menyatakan bahawa akhlak mulia itu ialah:



كف الأذى، وبذل الندى، وطلاقة الوجه
“Tidak menyakiti, suka menolong & bermanis muka terhadap yg lain.”



Maka dalam perkataan beliau terdapat tiga aspek utama yang merupakan akhlak mulia terhadap sesama makhluk, iaitu:

1. Tidak menyakiti orang lain.


Ini merangkumi dengan harta, jiwa mahupun harga dirinya. Barang siapa yang tidak mampu menahan diri dari menyakiti orang lain maka bererti dirinya berakhlak buruk. Justeru jika seseorang mengkhianati harta orang lain, memukul dan berbuat jahat terhadap orang lain atau mencela harga diri maka dia bukan seorang yang berakhlak mulia terhadap sesama. Misalnya berlaku buruk terhadap tetangga, maka Nabi telah mengatakan tentang orang yang berlaku demikian dalam sabdanya,


والله لا يؤمن، والله لا يؤمن، والله لا يؤمن قيل: من يا رسول الله؟ قال: الذي لا يأمن جاره بوائقه رواه البخاري ومسلم، وفي رواية لمسلم لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره بوائقه –والبوائق هي الشرور-.
“Demi Allah tidaklah seorang beriman (3x).” Beliau ditanya, “Siapakah itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya.” Dalam riwayat Muslim: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya.” (Kitabul Ilmi hal. 262 263)

Dan seorang muslim yang dapat menahan diri dari menyakiti orang lain dengan lidah mahupun anggota badannya, maka ia adalah muslim sejati, sebagaimana sabda Nabi ,

المسلم من سلم الناس من يده ولسانه…
“Muslim (sejati) adalah yang orang lain selamat dari (gangguan) tangan dan lidahnya…” (Muttafaqun ‘alaihi) (Ushul al Manhaj al Islami hal. 541)


2. Ringan tangan (suka menolong/dermawan)
Sifat menolong dan dermawan bukan hanya dengan harta, tetapi meliputi pengorbanan jiwa, kedudukan dan harta. Jika seseorang memenuhi keperluan manusia, membantu dalam mengarahkan urusan mereka, menebarkan ilmu dan membagi-bagikan hartanya kepada manusia, maka kita menyifatkan dirinya sebagai orang yang berakhlak mulia kerana dia telah berkorban dalam hal-hal tersebut. Nabi bersabda,

اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن
“Bertakwalah kepada Allah di manapun kau berada, dan susullah keburukan itu dengan kebaikan, serta pergaulilah manusia dengan akhlak yang mulia.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ad Darimi dan dihasankan oleh Syaikh Albani)

Demikian pula dalam firman-Nya,

فمن عفا وأصلح فأجره على الله
“maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.” (QS. Asy Syura: 40)


3. Memaniskan muka

Maksudnya seseorang menampakkan wajah yang ceria dan berseri di hadapan orang lain. Nabi pernah bersabda,
لا تحقرن من المعروف شيئا، ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Janganlah kamu meremehkan sedikit pun perkara makruf/kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu
dengan wajah berseri.” (HR. Muslim)



Sesungguhnya wajah yang ceria dan berseri membuat orang yang kita temui berasa senang, dan dapat memupuk kasih sayang serta mententeramkan hatinya mahupun hati orang lain. Dan di antara akhlak mulia yang harus diketahui oleh seseorang adalah bergaul dengan mereka yang hampir dengannya dengan pergaulan yang baik, seperti teman-temannya, kaum kerabatnya dan jirannya iaitu dengan tidak merasa sempit atau tertekan bersama mereka atau tidak menyempitkan dan menekan mereka, namun semestinya ia boleh membuat mereka senang dalam batasan-batasan syariat Allah. Nabi bersabda,


((خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي))
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya, dan aku adalah yang paling baik kepada keluargaku daripada kalian.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)




Justeru dari apa yang telah disampaikan bahawa akhlak mulia itu ada yang berupa fitrah yang diberi oleh Allah dan ada yang dihasilkan melalui jalur usaha manusia itu sendiri. Oleh itu usaha untuk menjaga hak terhadap teman dan jiran perlulah dipupuk dengan kefahaman yang sahih kerana akhlak yang bertopengnya lakonan akan ada cacatnya. Bahkan saat di ambang peperiksaan inilah akan diuji oleh Rabb Yang Maha Mengetahui. Seperti ketika seseorang datang kepada Nabi dan meminta wasiat kepada beliau, maka Nabi mengatakan kepadanya, “Janganlah kamu marah.” Orang tersebut mengulang-ulang permintaan wasiatnya, dan Nabi tetap menjawab demikian. (HR. Bukhari).

Nabi juga pernah bersabda,
ليس الشديد بالصرعة، وإنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب
“Orang yang kuat bukanlah yang boleh mengalahkan (lawannya), tetapi orang yang mampu menguasai dirinya di saat marah.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Maka menahan amarah dan menguasai diri di saat marah termasuk akhlak yang mulia. Dan Nabi telah memberikan penawar marah, iaitu menahan marah tersebut, lalu berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk (HR. Tirmidzi). Jika dia sedang berdiri maka hendaknya duduk dan jika belum hilang juga maka hendaknya berbaring. (HR. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

::tenangkan & ceriakan hidup anda dengan senyuman::


Justeru dalam menghadapi peperiksaan ini elakkanlah budaya nafsi-nasfi kerana inilah satu permulaan perpecahan. Kalau dilihat kehidupan kita berpandukan etika-etika kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah swt, maka dimanakah letaknya kita? adakah kita telah melaksanakan perintah-Nya? Terlaksanakah sudah hak kita terhadap ad-deen, keluarga dan masyarakat? Ceria-ceriakan hidup anda dengan menceriakan mereka disekeliling anda...serta berdoa moga Allah curahkan kesejahteraan dan kemudahan pada semua..

Bahkan Rasululah pernah bersabda sesungguhnya atas diri kita terhadap Allah ada kewajipan yang perlu diselesaikan, terhadap diri sendiri ada kewajipan, terhadap keluarga dan saudara seIslam ada kewajipan, apatah lagi teman serumah maka berilah hak kewajipan itu mengikut hak dan kedudukannya.
Justeru di saat genting ini..kupohon kemaafan atas kesilapan yg sengaja dan tidak disengajakn dari teman-teman, rakan seperjuangan, rakan sepasukan dan buat ahlel beit yg byk membantu..Mga kejayaan milik bersama..andai daku terleka kejutkanlah daku dari lena kemalasan..Bittaufik wannajah buat semua..

5 comments:

sinar_islami said...

salam imtihan semua..

[dandelion] said...

salam 3leyk penghuni syurga

tak menyakiti
ringan tangan
bermanis muka

semua itu kuncinya sabar dan berlapang dada..

susah tuk dilaksana tp kalo mampu ke tahap itu halawah iman milik diri..~

unsurna, ameen ya Rab..

soliloquy said...

salam imtihan kembali..
study rjin2..
gudluck
doakan patik skali yer..

Anonymous said...

di kala2 xm ni...lagi laa banyak mainn perasaan ni...

sedih,frust,kecik ati,perkara biasa..
senyuman pengubat segalanya~

salam imtihN Sha.

-akhirnya dapat gak komen ni-hehe

sinar_islami said...

mmm..yang penting kena berlapang dada tym2 begini..panjatkan doa selalu mohon Allah pelihara sikap kita dan perasaan kita ketika ini..
salam imtihan khususan ila kak lyanna,saffa dan faith..

Islam boleh InsyaAllah kita jua boleh...