BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 01, 2009

Surat Cinta & Keinginan

::Surat cinta dan Keinginan::

Surat cinta

Apakah perasaan anda sekiranya mendapat surat cinta daripada insan yang anda kasihi bahkan sesiapa sahaja, secret admirer, kekasih lama, ibu anda, ayah anda atau kekanda dan adindamu. Pasti ada yang berulang-ulang kali membaca, ada juga yang mungkin tersenyum lama, atau ada yang duka cita. Erm pelik pula ana kira tapi wujud je.

Rata-rata kalau anak muda ditanya, tersenyum-senyum kucing menjawab “ Mestilah saya seronok kak, segan pun ada” tak gitu.. ^-^ kalau disebut surat cinta, maka terus digambarkan pemberinya pasti pakwe dan makwe walau tidak dinyatakan siapa pemberinya. Mana taknya..nama kita ditulis, kita dipuji, khusus untuk kita surat itu.

Surat cinta daripada manusia sering kita angkat, sering kita puja, hingga ada yang mengumpul naskhah demi naskhah buat koleksi peribadi TAPI kita sering lupa, ada satu naskhah lengkap surat cinta yang sering kita abaikn. Perasaan kita tak segembira menatap surat cinta itu…

Surat cinta ini LUAR BIASA. Nak tahu sapa pegirimnya. ALLAH. Surat cinta daripada Allah? Ade ke.. Aduh kita lupa barangkali, apakah Al-Quran disisi hati mu, ya hati kita tak cukup hidup untuk tersenyum menatapnya, tak cukup hidup untuk menangis membaca kisah-kisah cinta dalamnya. Adus sakitkah hati ini. Acap kali surat cinta itu dibiarkan berhabuk kemas di atas almari, ketika ada tadarus atau kenduri arwah barulah lembaran-lembaran itu dibuka. Kalau setiap hari baca Alhamdulillah. Bagus sekali tapi cukupkah penghayatannya? Atau semasa sedih sahaja baru mula menghayati?

Bukan apa hati mengetus hiba, andai saat ini setiap lembaran Al-Quran dibuka satu demi satu seperti tekunnya membca buku saat exam menjelma.. dan tetiba teringat realiti remaja dan realiti kita masa kini. Melihat video klip mengenai surat cinta ini.. betul-betul mengetuk pintu hati..sudahkah kita mendampingi surat cinta hari ini.


Burning desire~Kerana itu Constantinople dibuka


Jika diteliti, atmosphera kita kala ini rata-rata hangat berkobar berjuang untuk Islam. Isu jemaah dibangkitkan dalam kebanyakan blog teman-teman. Bukan semangat yang harus membara..semangat mudah padam tapi kesedaran, kefahaman dan keinginan itu akan terus jadi pemacunya. Bukan ini isu untuk ana timbulkan tapi suka untuk melihat cerita kebangkitan Islam terdahulu kerana dari situ kita mampu belajar sesuatu. Kita tidak boleh bodoh sombong dengan membawa peubahan tanpa belajar daripada kesalahan. Dan apa yang penting memang kita tak boleh hidup sorang dalam apa jua tindakan. Hargailah teman-teman. Hidup perlu dalam jemaah Islam. Sama-sama seru pada kebajikan dan kebenaran. Berbeza pendapat itu sebenarnya membuahkan kematangan untuk sama-sama kita fikirkan jalan bukan mencari kesalahan teman-teman.

Teringat seawal melangkah ke sekolah menengah ditanya oleh pakcik, pemikiran ketika itu masih keanak-anakan, kurang mengaitkan sejarah dan realiti~bukan seperti Saidatina Aisyah~kecerdikan beliau sgt daku kagumi

“ Haa, Along apa makna Al-Fatihah”
“Pembukaan”
“Tahu kehebatan surah ni?”
Geleng, sambil monolog "Apa la pakAndak nak sampaikn ni"
“Kenal Sultan Muhammad Al-fatih?”
Terangguk2
“Itulah kehebatan kalimah fatihah”
Terangguk-angguk lagi dan pakcik berlalu pergi.
:) kurang paham sebenarnya.

Maka bila besar baru along paham dan kaji sikit..kat blog cik saffa ade byk gmbr pasal istanbul..ni bru betulkan ayatnye.. :)


Rasulullah s.a.w. bersabda ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tahukah kalian baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek keagamaan, akhlak, sains dan kemahiran. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dan beliau pernah mengunggapkan kata-kata ini padanya ketika ingin membuka Constantinople~

"Serru 3ala barakatillah" ungkapan hebat ana kira dari seorg guru pada anak muridnya. “Bergeraklah kamu dengan keberkatan daripada Allah”. Lalu dengan keyakinan dan berdasarkan sabda Rasulullah, Sultan Muhammad Al-Fatih merealisasikan impian itu. Hebat bukan. Bukan retorik tapi turut disertakan amal yang membuah, usaha yang tekad. Ingin Islam mekar diseluruh dunia. Yah! the best effort we must put.


Kesimpulan setelah mendengar rakaman Abu saif dalam menyampaiannya. Sultan Muhammad Al-fatih berjaya mencapai kemenangan constinople kerana

1. Keinginan yang membara. Penting ya kawan-kawan :)

2. Mempelajari kesilapan yang lalu. Membaiki kelemahan usaha terdahulu.

3. Misi yang selaras antara Sultan muhammad dengan tenteranya. Masing-masing jelas matlamat dan tetap pendirian di jalan Allah tiada kepentingan peribadi. Syariat Allah dipegang Sunnahtullah digalas.

4. Pemerintahannya bukanlah hanya menawarkan Islam teori tapi memberi kualiti hidup yang baik. Maka siapa yang tak nak? Semua bangsa dan agama nak pada Islamkan jika kita pamer Islam sebenar kan...

5. Sempurnanya kombinasi antara syariatullah dan sunnatullah. Dengar apa kata abu saif..baru paham..

Kita pula bagaimana, sudah membara keinginan?
Sedia untuk berkorban demi Islam? Tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang kita ada.


Dalam memperkasakan diri, maksimakah usaha? Hanya berdoa? Takkan berjaya wahai saudara, sunnah alam, Allah akan bagi kalau kita usaha, contoh Abu Saif mudah, Pak Aji nak tanam jagung tapi hanya berdoa dan tawakal tapi Ah Chong walau dia bukan Islam tapi dia usaha tanam, gembur tanah, jaga dan siram. Agak-agak yang mana Allah bagi hidup pokoknya? pertolongan Allah datang lepas kita usaha, umat Islam sekarang yang sering lepas pandang dan salah konseps dalam isu ini. Dalam sekecil bab hinggalah menginginkan daulah. Kita harus melihat sejarah lampau. Usaha itu penting.

Apabila peperiksaan muncul barulah berkobar-kobar untuk berjaya, dahulu langkah layu tapi bila masa menghampiri dilajukan kaki itu. Dalam berprogram, berdesas desus bercakap mengenai Islam~teorinya macam bah tapi amalnya macam mana?renungan untuk diri sebenarnya.

Takut menghadapi malam, kerana tahu setiap malam akan ada tangisan dan ada penyesalan. Hidup esok hari pun masih tidak pastikan. Hari ini sibuk tingkatkan prestasi akademik,sibuk bina syakhsiyah tapi lupa seiringkan amal jamaie. Adakah sumbangan hari ini?


Fatrah exam walaupun permulaan kehangatan dan bahangnya cukup terasa. Hati kadang-kadang mudah kosong dan hati itu ibarat gelas kalau tidak diisi dengan air pasti akan ada yang mengisinya...gelas takkan pernh kosong..angin wujud untuk mengisinya. Belayar di alam maya dan meneliti buku-buku dirak terasa gatal tangan untuk mendigest apa yang dibaca di laman ini..janji tetap janji hibernate hibernate jga..tapi tarbiyah imaniyah :) sesekali takkan pernah berhenti..hingga saat daku mati..

NT::

  • Maaf kalau ada yang tak paham.Luahan lagi. Ana garapkn semua yang ada dikepala.Lagipun examkan
  • Mahu jadi seperti Sultan Muhammad Al-Fatih punya burning desire yang kuat, yakin dengan janji Allah. Mahu hidup jadi srikandi yang mampu menyumbang tenaga untuk islam.
  • Sedang mendigest beberapa peribadi. Mahu jadi seperti Aishah dalam menuntut ilmu dan menegakkan syariat Allah. Bukunya penghilang ketepuan dikala study.
  • Nak lengkapkan diri dengan syariatullah dan sunnatullah. :) mahu jadi syariatic dan saintific
  • Currently rindu family, rindu cikgu mai..ana hajat nak dengar kalam beliau. pesan cikgu Mai "Anti kena selalu istighfar","Kalau lah ini semua kerana dunia, cikgu takkan susah2 mengajar antum"

Kenapakah tajuknya begitu.Baru selesai peperiksaan Pharmacology~

~postexam syndrome~ :)
Penat diulit buku beberapa hari
ketandusan siraman hati
Lapar makanan rohani

8 comments:

Ami Farhani MNA said...

walaupun sinar cakap takde kaitan..bole je kaitkan..ade 'keinginan', kemudian diutuskan 'surat cinta'..hehe sori terpesong tajuk..

hmm, sekian lama kita diberi surat cinta dari Allah, tapi susah sekali nak menghadamnya kan..

kalau betul2 hadam dan faham kehendak Allah dalam surat cintaNya, pasti akan membara keinginan seterusnya sedia untuk berkorban demi Islam...

ps::bunga layu, moga cinta kita tak pernah layu ^_^

~thanx sinar 4 everthing~

sinar_islami said...

tersenyum lak ana dibuatnya (^-~)
pandai ami...moga Allah rahmati anti sllu..surat cinta dah ada..keinginan kita pula perlu diproses sebaiknya..

ps::aiwah mga2 tautan hati kita mekar selalu dengan siraman iman InsyaAllah

::jazakillah jga ukhti::
~uhibbukifillah~

Dr Amad said...

Bagus along atas kesimpulan dan penerangan berkenaan hal ini..

sinar_islami said...

^-^ syukran..Alhamdulillah Dia beri kesemptn mengupas hal ni..
masih belajar mencerna erti kehidupan...mencerna sejarah dan segala2 yang ada disekeliling..

mga semua thabat dan terus-menerus dikurniakn hidayah daripadaNya

harumankasturi88 said...

Mabruk.........teruskan menulis :)

sinar_islami said...

jazakallah...ahlan ke sini..doakn ya :)

Faridrashidi said...

Salam,

Teringat saya 'ayat-ayat cinta'...

Apapun semoga najah dengan cemerlang ya!

sinar_islami said...

=) terigt ayat2 cinta..buku habibur rahman?

buku tu..mmg membuatkan kita benar2 menjiwai..metronya..bhg musim panasnya..kesungguhan fahri belajar dan mengejar cita2..

ameen..semoga najah juga... :)