BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 14, 2009

Perginya insan yang kukasihi


Perginya insan yang kukasihi



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bahkan setiap penciptaan juga ada pengakhiran.


Hari-hari yang berlalu menyaksikan pelbagai cerita dan berita. Sudah tiga hari peti mesej ku dipenuhi mesej dari Malaysia, perkhabaran seorang 'ibu' kritikal di hospital membuatkan jiwa kugelisah barang ketika. Panahan mataku dibuku tapi jiwaku terawang-awang. Hati mana tak resah, hati mana tak gelisah sekiranya insan yang disayang sedang diuji Allah. Sedangkan jika diimbas semula, baru sahaja daku layarkan kiriman "Selamat Hari Ibu" buat para ibu yang kusayang dan yang sentiasa dalam ingatan kerna mereka banyak berjasa dalam pembentukan anak kecil ini meraih redha Illahi.


Namun hati ini benar-benar mengharap yang terbaik untuk semua. Sungguh singkat dan pantas masa berlalu, hari ini beliau sudah dijemput pulang. terasa kehilangan, terasa sunyi walaupun memang kami berjauhan. Namun janji Allah itu pasti, yang hidup itu pasti mati, meminjam kata-kata Ramlee Awang Mursyid " Mati itu pasti hidup itu insyaAllah" tapi sungguh kalimah ini benar-benar berat dihadam jika kita diuji.


MATI tidak bermakna pengakhiran. Mati adalah satu pertukaran alam dari alam dunia ke alam akhirat. Mati adalah bonus buat pencinta Ilahi. Bertemu Cinta Agung adalah semanis-manis nikmat ana rasakan. Pandanglah rahmat ALLAH..Rahmat dia maha luas..Maha Agung Allah yang menciptakan kita..Ya Illahi cucurilah rahmat keatasnya..


أشهد ان لا اله الاالله واشهد ان محمدا رسول الله وانتاستغفرك وأتوب اليك




Benar...dan dia benar-benar telah pergi
hari ini berita mengejut daku terima..
bukan mimpi ini realiti
doakan keberangkatan beliau ke alam sana..
Al-fatihah buat Umi Halimatun..
Guru dan juga merangkap ibu kami semua
beliau sudah pergi..
Ya Illahi, Kau cucurilah rahmat ke atasnya..
Jasanya pada kami tak terhitung dek jari..


Apa yang daku sedihkan...berkuranglah lagi insan yang akan menyambutku dengan girang di sekolah nanti. Berkurang lagi gurau senda, anak dan ibu di sekolah lama. Bahkan sudah tiada ungkapan " Alhamdulillah bakal doktor kita sudah pulang" yang akan menyambutku. Kukira itu doa.. Maka berkuranglah doa untuk diri ni jga. Bertambah sedih kerana aku tidak sempat membalas mesej umi tempoh hari.. ''Maafkan ana umi''


Ini juga peringatan untukku. Pasti Umi mahu anak didiknya berjaya, berjaya dalam mencari identiti, berjaya dalam mencari sinar illahi. Berharap hanya sanya pada-Nya.Maka aku harus berusaha. Tidak mahu mengecewakannya dan insan-insan yang tak putus-putus mendoakn diri yang lemah ini.


Ya Allah teguhkan kami, redhailah kami dan Umi yang kami kasihi..Ayuh teman-teman kita beringat..


Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.


Moga diri ini terus beringat dan dikurniakan penghayatan seperti mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mengingati mati. Moga daku juga tak lupa persiapkan amal bertemu Khaliq Yang Maha Esa. Moga dipermudahkan segala urusan.. agar dapat diri ini mengingati mati.. sentiasa ingat mati..

“Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.”
(Surah Luqman, 31:34)


Ya.. semua dalam Pengetahuan-Nya

“Perbanyakkanlah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

moga diri ini dapat menghayati mati..
ingin sekali..bersama insan-insan soleh di syurga nanti

berderai lagi air mata..banyak kenangan yang tak terungkap..
biarlah segala-galanya tersimpan dilubuk hati..Wallahu3alam

19 comments:

hood@sunny said...

اللهم اغفرلها وارحمها~
bergenang airmata ana bila baca entry kali ini.. ( T_T )

terasa terpadam satu semangat juang yg sentiasa membara menyala..
terasa hilang satu jiwa yg sensitif dan prihatin terhadap pembinaan generasi pewaris..
terasa hilang satu hati yg berkerja tanpa henti membanting tulang menafkahkan diri di Jalan Allah..

kukuatkan langkah kembara ilmu ke bumi ambiya' ini kerana dorongannya jua.. semoga allah menerima segala amal kebaikan beliau~

Al fatihah..

sinar_islami said...

Al-Fatihah..

wajar..sgt2 wajar..air mata ini untuk Umi..untuk Ibu yang mengajak anak-anaknya mengingati Allah..menegur anak-anaknya di kala salah..memberi dorongan disaat kita lemah..

Hood..sama2 la kita saling menguatkan..pasti besar harapan umi kan..

rasa mahu terbang ke Malaysia skrg..tapi..ya Rabb hanya Dikau memahami rasa kehilangan di hati ini...

Anonymous said...

Salam wbt,
speechless sebentar dpt mesej dari msia...
tak sangka saatnya tiba bila kita jauh diperantauan, sedangkan dia lah antara insan2 yang meniup roh pejuang...
disaat usia telah senja, umi tetap kuat melangkah melaksana amanah ilahi...
kerana sabar dan gigihnya umi, ramai anak2 umi tajam mata penanya...
walaupun telah pergi, semoga inspirasi yg ditiup dan didikannya kekal di hati2 kita...
semoga Allah ampuni umi dan rahmati umi di alam sana...
semoga Allah beri ketabahan pada mudir sekeluarga...
kami iring dengan doa qudus dari mesir negeri ilmu...

~sedihnya, umi tak sambut kami dah nanti kat bilik guru tu...i will certainly miss her smile...


::alexa::

Fatimah Azahra said...

salam ,
huhu,
sesungguhnya, kasih sayang Allah lebih buatnya..
hanya doa yg mampu kita susulkan..

alfatihah~

;[[

sinar_islami said...

me to ::alexa::

Moga Allah berkati usaha umi sepanjang hayatnya ini..
semangat juang umi akan terus meresap dalam jiwa anak-anaknya..
kerana itu jga daku menulis..namun umi lagi menyentuh kalbu tulisannya..madahnya menarik hati untuk mendengar..

me to fatimah

:: sama2 lah iringi pemergiannya dgn doa dan tekad usaha untuk berjuang:: jangan kita sia2 kan usaha umi dan insan2 lain yg mengasihi kita

husna said...

Ana ada exam pagi ni..habis sahaja exam ana terus on hp,dapat msg dpda shbt UK mengatakan pemergian ummi.Terkedu rasanya,hanya dua hari beza masa ketika ana dapat mesej mengatakan beliau kritikal dan pagi ini mendengar pemergiannya.

Ana akui,ana x pernah jumpa ummi halimaton,hanya pernah mendengar nama dan kebaikan2nya sahaja.
Tetapi terasa juga kehilangan apabila kawan2 lain semua sedih kerana beliau merupakan nadi penguat kebanyakan shbat2 ana..

Mati..
kadang2 kita lupa tentang ini,
bakal menjemput setiap insan,
moga tabah dgn ujian ini.

Sabarlah ukhti..
moga Allah kuatkan kita semua..
Walaupun beliau sudah tiada,ana yakin setiap pesanannya masih tersemat dihati kalian..

sekadar menenangkan hatimu dan semua..sama2 kita doakan moga ummi halimaton ditempatkan di tempat yg sgt mulia di sisi Allah

sinar_islami said...

~Salam buat smua~

Pesanan daripada Ustaz Dahlan...
Beliau sampaikan salam untuk shbt dan juga shbh..InsyaAllah umi (zaujah ustaz) alam dikebumikan esok (jumaat)10.30 pagi...

Al-Fatihah

yang mana berkesempatan..ana sarankn pegilah..

::terasa ingin pulang::

Mardhiah S said...

dua berita kematian dlm masa sebulan. kita merancang.. Allah menentukan.

Al-Fatihah. semoga dicucuri rahmat.. tok, & ummi halimaton

Atiqah said...

salam
terkesan jgk dengan berita pemergian ini..

sprt juga mcdee..kte dpt dua brta kematian dlm mnggu ni...dekat rupenye kte dgn mati..mrka yg pergi ini adalah insan terdekat dgn kite..ntah bla kah pula masanya utk kte dipaggl mengahadapNya..msihkah punya waktu utk terus menmbhkn amalan dan ibadah?? insyaAllah mudahan dipanjangkan umur utk terus melaksanakan tugas sbgai hambaNya yg bertaqwa..

sinar_islami said...

me to husna::

syukran ukhti..dan terharu dgn sikapmu..mga kita smua ditemukan di akhirat sana..

me to mcdee::

aiwah..dan Dia sebaik-baik perancang..mga ruh tok mu dirahmati juga..

me to atiq::

ameen..mga kita terus istiqamah di atas jalan-Nya ini..

[ n_akn ] said...

salam sha..
berderai juga air mata ini tatkala membaca post sha ni..
sama juga bila baca post di blog hilal dan lain2..

sememangnya pemergian ummi merupakan kehilangan yang besar buat kita semua..
tatkala menziarahi ummi di ccu, kemudian menatap jenazahnya di rumah, berguguran air mata mengenangkan jasa2 umi..cepatnya ummi pergi meninggalkan kita..
terkedu seketika saat menerima berita pemergian ummi..

sesungguhnya, ummi seorang yang begitu kuat semangat, berdedikasi dan sangat mengambil berat akan diri kita semua..

Semoga Allah meredhai kehidupan ummi..dan semoga kekuatan sentiasa bersama2 ustaz dan keluarga..

sinar_islami said...

salam buat sahabat ku nailah..
bertuah ana rasa anti dapat melihat ummi buat kali terakhir..pasti anti lebih merasaikan..sama2 kita doa ya..ummi sudah meninggalkn byk pusaka..cuma kita pula laksanakan harapan ummi..

doakan ana dan teman-teman lain..sama2 kita mendoakn ya ukhti..

::ketabahan itu perlu bgi melayar liku2 hidup ini::

sinar_islami said...

Selamat Hari Guru Ummi..
mGa Tenang di Alam sana..

::Satu Perkongsian::

~AKU MERINDUIMU~


Tidak dapat ku gambarkan
rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu ku lafazkan
aku merinduimu.....

terasa amat jauh diri ini
kerana kau tiada disisi
bergenang airmataku
bila terkenang wajahmu..

Ya AllAH ku pohon restu
doamu titian kejayaanku
nasihat darimu UMMI ku ingat selalu
tersemat di kalbu..

Oh tuhan berkatilah
ku dalam mencari ilmu
dengan redha & rahmatMU
moga ku jejaki
tempat yang Ummi tujui
Syurga yang Abadi....

~Syukran pada shbt yang memberi~

abu ammar said...

utu berkongsi bersama

Rakaman Sekitar Pengebumian Ummi Halimaton di M3 15 Mei 2009

Pindah lokasi (gambar-gambar) (termasuk rakaman mp3 dalam posting terdahulu)
http://www.mediafire.com/?sharekey=3c3ae42b20692ecdaaca48175a79d1c3226cae3d4b253e09c95965eaa7bc68bc
Sebahagian video di tanah perkuburan (low quality)
http://www.youtube.com/watch?v=qRCVY5iNjzo

abu ammar said...

Ucapan UD dan U Hadi sebelum solat Jenazah di Surau M3. (fail mp3 1.2MB)
http://www.mediafire.com/?sharekey=4b19a630454fc54ae7ba8e3c6e11ce20e04e75f6e8ebb871

Tazkirah dan Doa oleh U Omar selepas selesai pengebumian Jenazah (fail mp3 3.49MB)
http://www.mediafire.com/?sharekey=4b19a630454fc54ae7ba8e3c6e11ce20e04e75f6e8ebb871

sinar_islami said...

syukran abu ammar atas perkongsian berharga ini...moga Allah membls jasa abu ammar pula...

Munsyi said...

Sedih bace entry ni. Ummi mmg byk berjasa kpd kite. Byk ilmu yg dicurahkan. Semoga ilmu drpd Ummi yg bmanfaat ini dpt mmbantu Ummi di alam barzakh sana.

sinar_islami said...

Memang sedih mengenangkan yang telah pergi..
tapi didoakn ummi tersenyum di sana..

Cuma tak tergambar perasaan sebenar menjejakkan kaki ke matri tanpa ummi..rasa kehilangan itu pasti..

Moga Allah mengasihi ummi..merahmati ummi..
kita pula harus pinjam dan reflekskan kesungguhan ummi dalam kehidupan.

sinar_islami said...

perkongsian berharga

http://ummihalimaton.blogspot.com/