BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 27, 2009

Kenapa..??


Kenapa...???




Kenali Hati, Rasai hati, Hidupkan hati, Suburkan Hati. Tenangkan Hati, Insyaallah Kebahagiaan dimiliki. Kehidupan adalah satu LAKONAN yang perlu DILAKONKAN sebaik mungkin. Ayuh jadi pelakon terbaik di hadapan Allah dengan tataterbit pelakon yang mengambil hukum dan aturan "Pencipta Skrip Agung"

Dialog hamba dengan Rabb-Nya...Dimana letaknya cinta sejati...Dialah pemberi jawapan yang menenang hati...

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " (
Al-Ankabut ayat 2-3 )


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
(Al-Baqarah ayat 216 )

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. "(Al-Imran ayat 139 )

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "(Al-Imran ayat 200)


Jadikanlah sabar dan solah sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.(Al-Baqarah ayat 45 )


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. "(At-Taubah ayat 111)

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."(At-Taubah ayat 129 )

Sungguh Allah la pantas untuk kita dekati, saat gembira, saat duka, saat rindu bahkan dalam setiap saat..Ya Allah..Engkaulah Cinta Sejati, Engkaulah Rindu Hakiki

Friday, May 22, 2009

Ummi D~Hearty

Click to play this Smilebox greeting:

~22 Mei bertamu lagi~

Selamat Hari Lahir Ummi



~Kisah & Kasih Ummi ~
::Diari kecil anak ini::

Sudah hampir 21 tahun lebih ummi menjagaku di alam ini. Kasihnya tak berperi. Hari ini hari lahir ummi, hadirnya ummi di dunia kemudian Allah mengizinkan kami hadir disisinya pula. Hari hari berlalu menyaksikan anak-anak juga semakin besar dan dewasa. Banyak sungguh dugaannya hari-hari. Tapi ummi tetap tabah mengharungi segala liku sepanjang usianya mencecah 45 tahun di alam ini.

Dulu ummi belajar di United Kingdom, awal-awal lagi daku hadir, terasa mengganggu urusan belajar ummi pula. Along minta maaf tapi mesti ummi akan kata saat along hadirlah memori terindah =) Betul tak ummi? Perasan pula anak ummi sorang ni..Erm Ummi belajar tinggi-tinggi tapi sanggup tinggal kerjaya untuk jaga kami semua. Along sayang ummi dan along harap boleh contohi pengorbanan ummi pada kami selama ini.

DULU…

Mengimbas kembali..ummi ingat tak…

Dulu kalau nak solah, ummi lah yang mengajarnya, dipegangnya tangan kecil ini, dan solah sebelah ummi, puas disuruh, kalau tak nanti walid rotan, kami siap minta upah lagi. Tak patut kan? Ummi juga hantar kami pergi mengaji, Ummi ajar lipat baru, Ummi ajar masak. Ummi ajar macam-macam. Sekarang ummi tak suruh solah dah dan tak de minta upah-upah ni, =) sedar dan mahu sendiri. Lagipun buat amal bukan kerana ummi kan..semua kerana Allah. Siapa yang didik? ummi dan walid juga. Maaf atas kenakalan dan syukran didik along hingga kini. Sedih pulak memikirkan. Mesti susahkan jaga kami yang ramai ni.

Dulu kalau nak puasa, ummi kata “Puasa la nanti ummi bagi duit raya”, dengan kenakalan kami adik beradik, siap minta upah sehari seringgit =) macam lucu pula. ummi selalu pesan kecik-kecik dulu, “Allah marah kalau tak puasa” , dulu tak paham, sekarang, tanpa upah pun daku puasa..sebab kami dah faham hakikat kewajipan seorang hamba. Salah tindakan kami dulu kan tapi ummi dan walid layan juga.

Dulu waktu along pernah ‘gaduh-gaduh anak kecil’, ummi selalu leraikan. Sekarang daku pula tolong ummi dalam hal-hal ni, adik-adik tak ‘matured’ =) jangan marah along, bila lagi nak gurau-gurau..hakikatnya dah besar rupanya anak ummi..

Dulu sewaktu awal darjah satu (first time nak masuk primary school), daku kejut ummi pepagi lagi nak pergi sekolah, minta siapkan, ummi layan la..padahal subuh pun belum dan ummi kelihatan penat, maka along pun tertidur kembali dalam pakaian sekolah. Sampai sekarang along ingat usaha ummi untuk hantar anak-anak ke sekolah dan terapkan semangat nak belajar. Alhamdulillah ke sini daku melangkah. Besarkan jasa Ummi dan Walid sebenarnya. Hasil doa Ummi dan Walid juga.

Sampai besar, berbanding adik-adik lain, daku suka usaha sendiri. Masalah dan kerja sekolah jarang diperkatakan di rumah. Kalau ada pun cuba selesaikan dulu. Nak ringankan beban ummi dan walid. Selagi along mampu along selesaikan sendiri. Kekadang Along cemburu, adik-adik manja sangat. Untuk adik-adik tersayang “Ingat along jeles tau kat korang sebenarnya..tapi hehe korang yg sllu igt ummi dan lek sayang along lebih, padahal sama je, kasih sayang mereka tiada ukuran.” Seronok la tu along jeles !! Rindunya..



Along dulu pernah kena rotan sebab nakal…Tapi rotan tu la buat along sedar dan along suka pandang positif..Besar tau hikmah dirotan. Sakit kejap je, Penawar untuk masa hadapan. Cuma anak-anak zaman sekarang kurang paham dan salah tafsir.Ingat , ibu dan ayah mana tak sayang anak.

Dulu along rasa macam anak ummi, sekarang along rasa dah jadi kawan ummi, semua benda along cerita, ummi pun sama..bonding makin kuat. Dan along pun makin sayang dan rindu pada ummi..

Dulu waktu form 5 along pernah demam selama seminggu , along dah besar, tapi ummi jaga Along, pagi-pagi ummi bawa ubat, malam-malam ummi selimutkan. Bila larut malam along muntah-muntah, along senyap je tak mau susahkan ummi..ummi dah penat.tapi Insyirah tolong along..syukran ummi dan adik-adik semua.

Sebenarnya banyak sangat cerita dolu dolu ni..ummi lebih arif kan..Maaf sepanjang along bersama ummi…

SEKARANG...

Sekarang along sedikit kesal sebab belajar jauh daripada keluarga. Setiap hari ummi sibuk hantar adik-adik ke sekolah, penat along tengok. Tapi ummi sentiasa ingat anakanda di kejauhan ini,selalu doakn dan bagi kata-kata semangat. Sebak pula. Sampai bila agaknya jasa keluarga dapat along balas? Moga Allah membalasnya..tak termampu nak balas rasanya…I’ll do my best ~bak kata lek:: Be happy dear:: I will =)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku,dosa kedua ibubapa ku, dan rahmatilah mereka dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu ku masih kecil"

Sekarang juga tak putus-putus menyesal kalau ada dosa-dosa atau air mata ummi yang mengalir kerana diri ini. Harap ummi maaf kan anakanda ini. Kalau ada tertinggi suara, kalau ada terlebih merajuk. Maafkan semuanya.

Banyak sungguh si anak berhutang padanya. Daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar perkara. Kerana BONDING yang terbina inilah menyebabkan hati sarat dengan rindu saban hari. Rindu Ummi, rindu lek, rindu telatah nakal adik-adik..

NT::

  • Maaf luahan kali ini.. sebagai bukti cinta, biar satu dunia tahu. Kasih ibu tanpa syarat dan tak perlu malu. Kelemahan untuk sama-sama kita baiki. Manusia belajar dari kesalahan.
  • Doakan ya, esok along periksa lagi. Tapi untuk ummi apa la sangat nak dibandingkan dulu ummi peksa along kacau umi studykan. =)
  • Maaf semua ini benar-benar untuk ummi ku. Pasti berbaur emosi.
  • Wahai pembaca yang budiman. Inilah sinar, manusia yang lemah, bukan perfectionist seperti yang antum bayangkan. Dari kecil hingga besar, dia belajar untuk berubah dan mengenal erti hidup.
  • Doakn saya jadi anak solehah dan muslimah solehah

Thursday, May 21, 2009

Al-Mujahid Itu

Al-Mujahid itu


Aku mampu membayangkan
Al-Mujahid itu sebagai lelaki
yang sentiasa membuat persiapan,
Menyediakan bekalan,
Berupaya menguasai fikiran
yang memenuhi setiap sudut jiwa
Dan segenap jurusan hatinya.


Dia sentiasa berfikir
Dan menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap persiapan yang terus-menerus.
Apabila diseru, dia menyahut.
Apabila dipanggil, dia menjawab.

Pulang dan perginya,
Perkataan dan bicaranya,
Kesungguhan dan gurauannya
Tidak melampaui bidang
yang disediakan untuknya.
Dia tidak mengambil tugas
selain daripada yang telah diletak
atau dituntut ke atasnya.
Dia berjihad di jalannya.

Kamu dapat membaca
dari garis di wajahnya,
Melihat pada kilauan matanya
Dan mendengar pada gerakan lidahnya
Segala yang bergelora dalam hatinya
Berupa hawa yang melekat,
Kesakitan yang terpendam,
Keazaman yang benar,

Kesungguhan,
Cita-cita yang tinggi
Dan matlamat yang jauh
sentiasa memenuhi jiwanya


(Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna)

Thursday, May 14, 2009

Perginya insan yang kukasihi


Perginya insan yang kukasihi



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bahkan setiap penciptaan juga ada pengakhiran.


Hari-hari yang berlalu menyaksikan pelbagai cerita dan berita. Sudah tiga hari peti mesej ku dipenuhi mesej dari Malaysia, perkhabaran seorang 'ibu' kritikal di hospital membuatkan jiwa kugelisah barang ketika. Panahan mataku dibuku tapi jiwaku terawang-awang. Hati mana tak resah, hati mana tak gelisah sekiranya insan yang disayang sedang diuji Allah. Sedangkan jika diimbas semula, baru sahaja daku layarkan kiriman "Selamat Hari Ibu" buat para ibu yang kusayang dan yang sentiasa dalam ingatan kerna mereka banyak berjasa dalam pembentukan anak kecil ini meraih redha Illahi.


Namun hati ini benar-benar mengharap yang terbaik untuk semua. Sungguh singkat dan pantas masa berlalu, hari ini beliau sudah dijemput pulang. terasa kehilangan, terasa sunyi walaupun memang kami berjauhan. Namun janji Allah itu pasti, yang hidup itu pasti mati, meminjam kata-kata Ramlee Awang Mursyid " Mati itu pasti hidup itu insyaAllah" tapi sungguh kalimah ini benar-benar berat dihadam jika kita diuji.


MATI tidak bermakna pengakhiran. Mati adalah satu pertukaran alam dari alam dunia ke alam akhirat. Mati adalah bonus buat pencinta Ilahi. Bertemu Cinta Agung adalah semanis-manis nikmat ana rasakan. Pandanglah rahmat ALLAH..Rahmat dia maha luas..Maha Agung Allah yang menciptakan kita..Ya Illahi cucurilah rahmat keatasnya..


أشهد ان لا اله الاالله واشهد ان محمدا رسول الله وانتاستغفرك وأتوب اليك




Benar...dan dia benar-benar telah pergi
hari ini berita mengejut daku terima..
bukan mimpi ini realiti
doakan keberangkatan beliau ke alam sana..
Al-fatihah buat Umi Halimatun..
Guru dan juga merangkap ibu kami semua
beliau sudah pergi..
Ya Illahi, Kau cucurilah rahmat ke atasnya..
Jasanya pada kami tak terhitung dek jari..


Apa yang daku sedihkan...berkuranglah lagi insan yang akan menyambutku dengan girang di sekolah nanti. Berkurang lagi gurau senda, anak dan ibu di sekolah lama. Bahkan sudah tiada ungkapan " Alhamdulillah bakal doktor kita sudah pulang" yang akan menyambutku. Kukira itu doa.. Maka berkuranglah doa untuk diri ni jga. Bertambah sedih kerana aku tidak sempat membalas mesej umi tempoh hari.. ''Maafkan ana umi''


Ini juga peringatan untukku. Pasti Umi mahu anak didiknya berjaya, berjaya dalam mencari identiti, berjaya dalam mencari sinar illahi. Berharap hanya sanya pada-Nya.Maka aku harus berusaha. Tidak mahu mengecewakannya dan insan-insan yang tak putus-putus mendoakn diri yang lemah ini.


Ya Allah teguhkan kami, redhailah kami dan Umi yang kami kasihi..Ayuh teman-teman kita beringat..


Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.


Moga diri ini terus beringat dan dikurniakan penghayatan seperti mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mengingati mati. Moga daku juga tak lupa persiapkan amal bertemu Khaliq Yang Maha Esa. Moga dipermudahkan segala urusan.. agar dapat diri ini mengingati mati.. sentiasa ingat mati..

“Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.”
(Surah Luqman, 31:34)


Ya.. semua dalam Pengetahuan-Nya

“Perbanyakkanlah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

moga diri ini dapat menghayati mati..
ingin sekali..bersama insan-insan soleh di syurga nanti

berderai lagi air mata..banyak kenangan yang tak terungkap..
biarlah segala-galanya tersimpan dilubuk hati..Wallahu3alam

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

...Allah is alwayz with us...


<<Happy Mother's Day >>




~Syukr ilallah~



.:Luv her so much:.



Without You : Ummi

Ummi,
without you,
there would be no me.
Your love, your attention,
your guidance,
have made me who I am.

Without you,
I would be lost,
wandering aimlessly,
without direction or purpose.
You showed me the way
to serve, to accomplish,
to persevere.

Without you,
there would be an empty space
I could never fill,
no matter how I tried.
Instead, because of you, &
With The Most Highest Consideration
I have joy, contentment,
satisfaction and peace.
I have comfortness
in depth of my soul

Thank you, ummi.
I always loving you
and I always will.

Thanks to Allah
The Most Merciful and Powerful
because of Him I have You

Nb:: rewrite & minor changes =)

Friday, May 01, 2009

Surat Cinta & Keinginan

::Surat cinta dan Keinginan::

Surat cinta

Apakah perasaan anda sekiranya mendapat surat cinta daripada insan yang anda kasihi bahkan sesiapa sahaja, secret admirer, kekasih lama, ibu anda, ayah anda atau kekanda dan adindamu. Pasti ada yang berulang-ulang kali membaca, ada juga yang mungkin tersenyum lama, atau ada yang duka cita. Erm pelik pula ana kira tapi wujud je.

Rata-rata kalau anak muda ditanya, tersenyum-senyum kucing menjawab “ Mestilah saya seronok kak, segan pun ada” tak gitu.. ^-^ kalau disebut surat cinta, maka terus digambarkan pemberinya pasti pakwe dan makwe walau tidak dinyatakan siapa pemberinya. Mana taknya..nama kita ditulis, kita dipuji, khusus untuk kita surat itu.

Surat cinta daripada manusia sering kita angkat, sering kita puja, hingga ada yang mengumpul naskhah demi naskhah buat koleksi peribadi TAPI kita sering lupa, ada satu naskhah lengkap surat cinta yang sering kita abaikn. Perasaan kita tak segembira menatap surat cinta itu…

Surat cinta ini LUAR BIASA. Nak tahu sapa pegirimnya. ALLAH. Surat cinta daripada Allah? Ade ke.. Aduh kita lupa barangkali, apakah Al-Quran disisi hati mu, ya hati kita tak cukup hidup untuk tersenyum menatapnya, tak cukup hidup untuk menangis membaca kisah-kisah cinta dalamnya. Adus sakitkah hati ini. Acap kali surat cinta itu dibiarkan berhabuk kemas di atas almari, ketika ada tadarus atau kenduri arwah barulah lembaran-lembaran itu dibuka. Kalau setiap hari baca Alhamdulillah. Bagus sekali tapi cukupkah penghayatannya? Atau semasa sedih sahaja baru mula menghayati?

Bukan apa hati mengetus hiba, andai saat ini setiap lembaran Al-Quran dibuka satu demi satu seperti tekunnya membca buku saat exam menjelma.. dan tetiba teringat realiti remaja dan realiti kita masa kini. Melihat video klip mengenai surat cinta ini.. betul-betul mengetuk pintu hati..sudahkah kita mendampingi surat cinta hari ini.


Burning desire~Kerana itu Constantinople dibuka


Jika diteliti, atmosphera kita kala ini rata-rata hangat berkobar berjuang untuk Islam. Isu jemaah dibangkitkan dalam kebanyakan blog teman-teman. Bukan semangat yang harus membara..semangat mudah padam tapi kesedaran, kefahaman dan keinginan itu akan terus jadi pemacunya. Bukan ini isu untuk ana timbulkan tapi suka untuk melihat cerita kebangkitan Islam terdahulu kerana dari situ kita mampu belajar sesuatu. Kita tidak boleh bodoh sombong dengan membawa peubahan tanpa belajar daripada kesalahan. Dan apa yang penting memang kita tak boleh hidup sorang dalam apa jua tindakan. Hargailah teman-teman. Hidup perlu dalam jemaah Islam. Sama-sama seru pada kebajikan dan kebenaran. Berbeza pendapat itu sebenarnya membuahkan kematangan untuk sama-sama kita fikirkan jalan bukan mencari kesalahan teman-teman.

Teringat seawal melangkah ke sekolah menengah ditanya oleh pakcik, pemikiran ketika itu masih keanak-anakan, kurang mengaitkan sejarah dan realiti~bukan seperti Saidatina Aisyah~kecerdikan beliau sgt daku kagumi

“ Haa, Along apa makna Al-Fatihah”
“Pembukaan”
“Tahu kehebatan surah ni?”
Geleng, sambil monolog "Apa la pakAndak nak sampaikn ni"
“Kenal Sultan Muhammad Al-fatih?”
Terangguk2
“Itulah kehebatan kalimah fatihah”
Terangguk-angguk lagi dan pakcik berlalu pergi.
:) kurang paham sebenarnya.

Maka bila besar baru along paham dan kaji sikit..kat blog cik saffa ade byk gmbr pasal istanbul..ni bru betulkan ayatnye.. :)


Rasulullah s.a.w. bersabda ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tahukah kalian baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek keagamaan, akhlak, sains dan kemahiran. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dan beliau pernah mengunggapkan kata-kata ini padanya ketika ingin membuka Constantinople~

"Serru 3ala barakatillah" ungkapan hebat ana kira dari seorg guru pada anak muridnya. “Bergeraklah kamu dengan keberkatan daripada Allah”. Lalu dengan keyakinan dan berdasarkan sabda Rasulullah, Sultan Muhammad Al-Fatih merealisasikan impian itu. Hebat bukan. Bukan retorik tapi turut disertakan amal yang membuah, usaha yang tekad. Ingin Islam mekar diseluruh dunia. Yah! the best effort we must put.


Kesimpulan setelah mendengar rakaman Abu saif dalam menyampaiannya. Sultan Muhammad Al-fatih berjaya mencapai kemenangan constinople kerana

1. Keinginan yang membara. Penting ya kawan-kawan :)

2. Mempelajari kesilapan yang lalu. Membaiki kelemahan usaha terdahulu.

3. Misi yang selaras antara Sultan muhammad dengan tenteranya. Masing-masing jelas matlamat dan tetap pendirian di jalan Allah tiada kepentingan peribadi. Syariat Allah dipegang Sunnahtullah digalas.

4. Pemerintahannya bukanlah hanya menawarkan Islam teori tapi memberi kualiti hidup yang baik. Maka siapa yang tak nak? Semua bangsa dan agama nak pada Islamkan jika kita pamer Islam sebenar kan...

5. Sempurnanya kombinasi antara syariatullah dan sunnatullah. Dengar apa kata abu saif..baru paham..

Kita pula bagaimana, sudah membara keinginan?
Sedia untuk berkorban demi Islam? Tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang kita ada.


Dalam memperkasakan diri, maksimakah usaha? Hanya berdoa? Takkan berjaya wahai saudara, sunnah alam, Allah akan bagi kalau kita usaha, contoh Abu Saif mudah, Pak Aji nak tanam jagung tapi hanya berdoa dan tawakal tapi Ah Chong walau dia bukan Islam tapi dia usaha tanam, gembur tanah, jaga dan siram. Agak-agak yang mana Allah bagi hidup pokoknya? pertolongan Allah datang lepas kita usaha, umat Islam sekarang yang sering lepas pandang dan salah konseps dalam isu ini. Dalam sekecil bab hinggalah menginginkan daulah. Kita harus melihat sejarah lampau. Usaha itu penting.

Apabila peperiksaan muncul barulah berkobar-kobar untuk berjaya, dahulu langkah layu tapi bila masa menghampiri dilajukan kaki itu. Dalam berprogram, berdesas desus bercakap mengenai Islam~teorinya macam bah tapi amalnya macam mana?renungan untuk diri sebenarnya.

Takut menghadapi malam, kerana tahu setiap malam akan ada tangisan dan ada penyesalan. Hidup esok hari pun masih tidak pastikan. Hari ini sibuk tingkatkan prestasi akademik,sibuk bina syakhsiyah tapi lupa seiringkan amal jamaie. Adakah sumbangan hari ini?


Fatrah exam walaupun permulaan kehangatan dan bahangnya cukup terasa. Hati kadang-kadang mudah kosong dan hati itu ibarat gelas kalau tidak diisi dengan air pasti akan ada yang mengisinya...gelas takkan pernh kosong..angin wujud untuk mengisinya. Belayar di alam maya dan meneliti buku-buku dirak terasa gatal tangan untuk mendigest apa yang dibaca di laman ini..janji tetap janji hibernate hibernate jga..tapi tarbiyah imaniyah :) sesekali takkan pernah berhenti..hingga saat daku mati..

NT::

  • Maaf kalau ada yang tak paham.Luahan lagi. Ana garapkn semua yang ada dikepala.Lagipun examkan
  • Mahu jadi seperti Sultan Muhammad Al-Fatih punya burning desire yang kuat, yakin dengan janji Allah. Mahu hidup jadi srikandi yang mampu menyumbang tenaga untuk islam.
  • Sedang mendigest beberapa peribadi. Mahu jadi seperti Aishah dalam menuntut ilmu dan menegakkan syariat Allah. Bukunya penghilang ketepuan dikala study.
  • Nak lengkapkan diri dengan syariatullah dan sunnatullah. :) mahu jadi syariatic dan saintific
  • Currently rindu family, rindu cikgu mai..ana hajat nak dengar kalam beliau. pesan cikgu Mai "Anti kena selalu istighfar","Kalau lah ini semua kerana dunia, cikgu takkan susah2 mengajar antum"

Kenapakah tajuknya begitu.Baru selesai peperiksaan Pharmacology~

~postexam syndrome~ :)
Penat diulit buku beberapa hari
ketandusan siraman hati
Lapar makanan rohani