BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 01, 2009

Bunga Oh Bunga...Tautan Hati


Bila bercerita mengenai sahabat atau teman, banyak suka dan duka yang dikenangkan semula. Permusafiran beberapa hari keluar Kota Kaherah banyak mendidik diri dalam segenap hal. Apa itu pengorbanan, apa itu sabar, apa itu kasih sayang, apa itu ukhwah dan apa itu jiddiyah. Semua berpadu dalam benak fikiran dan Allah mendidik secara langsung ataupun tidak langsung. Moga redha Allah bersama setiap derap kaki kumelangkah. Pagi ini sahaja sebenarnya ada kejutan buat diri. Dalam kekalutan mengemas barang, bergelut dengan masa agar tidak terlepas keretapi untuk berangkat ke Tanta, sempat pula adik-adik ini membuat kejutan. Angin sejuk Iskandariah sungguh mendamaikan. Terasa ingin terus berada disini melarikan diri dari kesibukan kota Kaherah. Pintu rumah yang Sinar tumpang di ketuk. Kedengaran pintu rumah dibuka.

“Kak Sha, ade surprise ni!”

“Apa yang suprisenya, akak tengah bersiap ni. Milah dah sampaikan, tu akak pun tau. Takde suprise la camtu. Hehe” Ada ada je kanak-kanak ini

“Mai la sini.”

“Kejap la…tak sabar sabar la antum ni”

“ Surprise !”

“Wah, bunga! Cantiknya!” Terharu dan terpana sebentar.


Teruja sebenarnya mendapat bunga. Inilah kali pertama mendapat Bunga Ros (Bunga tulip tak de ye ? Nak yang warna ungu). Selama ini kalau teringin Sinar beli sendiri dan beri pada mereka yang Sinar rasa boleh mengembirakan hati mereka. Kali ni sejambak Sinar dapat. Gembira tak terkata. Sungguh rasa dihargai. Moga Allah berkati pemberi bunga ini. (Ahli beit lepas baca ni, ingat tau Januari tak lama lagi)

Ada apa ye dengan bunga. Kalau dulu teruja Sinar kupaskan tentang Tulip. Biarpun Bunga Ros diminati namun Tulip tetap juga dihati. Jom kita lihat apa ‘significant’ bunga ros pula. Tadabburlah setiap ciptaan-Nya.

Keindahannya mengingatkan diri akan hakikat bersahabatan kerana Allah itu sememangnya indah dan mengisi jiwa untuk mendekati Allah. Hakikatnya Allah akan menaungi dua hati yang bertaut kerana Allah Taala. Keharuman bunga pula mengingatkan sinar akan hakikat harumnya bau syurga milik mereka yang berkasih sayang kerana Allah. Layakkah diri untuk melangkah ke sana. Moga rahmat dan kasih sayangnya milik kita jua.

Keindahan bunga ros janganlah disalah guna. Hari ini rata-rata ‘flowers’ ini hanya glamour dalam perhubungan lain jantina. Kenapa tidak digunakan untuk mengeratkan ukhwah Islamiyah sesama kita. Itukan lebih indah dan Allah tidak murka. Ayuh senangkan hati sahabatmu.


Sebenarnya tidak kiralah bunga,kek,coklat, baju, jam, beg, buku dan sebagainya apabila kita berikan hadiah pada insan yang kita kasihi pastinya akan membuatkan hatinya senang dan bahagia sekali. Kita akan gembira apabila mendapat hadiah dan perhatian. Maka kita seharusnya melakukan benda yang sama. Erti hidupkan pada memberi. Sedikit sahaja usaha yang perlu kita lakukan tapi kesan daripadanya berpanjangan. Menjaga ukhwah itu memerlukan pengorbanan dan penghargaan. Adakala nasihat diperlukan, adakala pertolongan kita diperlukan, adakala penghargaan diperlukan. Sebagai teman, jangan lokek menghulurkan bantuan. Kita manusia saling memerlukan. Adakala dia susah dan adakala kita pula.

“Dia yang mempersatukan hati mereka(orang-orang beriman). Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhna Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Anfal : 63)

Perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah dan kemudiannya ke Tanta sebenarnya. Membangkit naluri keinsafan dan membenihkan ukhwah di kalangan sahabat handai. Ketika masalah membelenggu diri, permasalahan banyak yang tidak mampu diungkai sendiri, sahabatlah tempat kita berkongsi rasa, Allah pula tempat kita mengadu cerita. Allah jugalah pembuka dan pemudah cara. Luahkanlah andai ada yang terbuku didada. Moga Allah jernihkan segala.

Baru tiba di Tanta

Berjalan di Tanta..Terjumpa kedai ini..Tersenyum lebar (^_~)
Coklat yang sedap di kedai Chocola !!!

Setelah selamat sampai di Tanta, petangnya pula memanjangkan kaki ke Apple. Makan-makan, sembang-sembang perkembangan dan perancangan masing-masing. Maklumlah ke Tanta membawa seribu cerita dan hasrat juga. Selama ini tidak sempat ingin menjelajah Tanta. Hanya sekadar menjadi tetamu di rumah teman seperjuangan langsung tidak keluar berjalan. Moga Allah meredhai ukhtie ana ini (dah la exam ophthalmologynya tak lama lagi). Dapat menghirup udara kampung satu kepuasan sebelum pulang lusanya.

Alhamdulillah, seinfiniti penghargaan untuk keluarga yang dirindui, sahibah-sahibah yang dikasihi, teman-teman yang disayangi, rakan-rakan yang mendoakan diri ini. Syukran semua. Ambik coklat tu seorang satu ye =)
Sinar~islami
Shober, Tanta

12 comments:

Atiqah said...

wow de kedai nama purple...
i dont know since when i like purple like heaven..maybe since i know u..hehe.
and i can still rmmber how crazy u r when it comes about purple and safiyah is so into blue-thingy sampai softlan pun plh colour biru..haha...
miss my sahibah so much...

sinar_islami said...

hehe...(^_~)
nak tau atiq..jalan ngan huda sebenarnya ptg tu..sampai akak kedai tu tnya sambil tersenyum
"kenapa ambik gambar kedai ni"
pastu uda kata,
"kawan saya ni suka sangat purple"
kakak n abang arab kedai tu pun makin lebar senyumannya...

mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..kalau jadi kawan ana..mmg akan kena tempias la..

yeap...safiyah mmg bluegirl~hatta blognya pun biru..cumel

tq so much as always remember what i like..uhibbukifillah..

"we have had some good times
and we have had some tough
But you have always been there
even when times got rough"

jazakillah ukhtie

nadiah md said...

ape? januari? xfahamlah ;P

sinar_islami said...

saje je nadiah ni..huhu..
nanti ana balik ana pahamkan ye..(^_^)

Khazinatul_Asrar said...

Subhanallah.
Memang benar, andai ukhwah itu niatnya kerana Allah, pasti hati yg jauh menjadi dekat dan kerinduan padanya mendekatkan kita padaNya :)

Sekali lagi teringat perjalanan kami ke mansurah menaiki tremco dan perjalanan ke iskandariah menaiki train. Manisnya kenangan bila diingatkan kembali.

Maafkan ana andai menyibuk komen di sini dengan kenangan2 ana :D

Anonymous said...

salam..,
hehe k.sha
mila baru je stori sal ney tadi
teruja benar k.sha katenye
sampai msuk blog eh ;p

ney da smpai cairo?
k, take care
Dia itu sentiasa ada :)

Syihabudin Ahmad said...

sunngguh indah ukhuwah yang di hiasi tautan dan ikatan keimanan.. disini kita bertemu, untuk berukhuwah disana..

sinar_islami said...

me to khazinatul asrar::

takpe ukhtie,
pengalaman ni best kalau dikongsi..
tak sama bila travel kat mana2 pun..
semua ade kenangan kan..
jgn segan2 kongsi ye pasni...
experience is the best teacher
(^_^)
dan btw jangan lupa mai sini lagi..
blh kita berkenalan lebh jauh..

sinar_islami said...

me to nia::

wslm dek insy...
amboi siap stori stori ni...
ckp benda baik tak pe...
ye la..hehe..sgt truja..
insy bila pula nk kasi?

Alhamdulillah dah smpi cairo..
Rindu kat antum..
Syukran ats segalanya..
Moga Allah berkati usaha antum smua..
kim slm kat smua ye

sinar_islami said...

me to Mohd Shahabudin Md yatim

=) indah bila mana, kita berukhwah kerana Allah..Ujian dan dugaan pun bisa diredah bila hati ditaut dengan peringtn dengan kalamullah...

aeshah said...

seronoknye dpt bunga ros~~~

sinar_islami said...

me to aeshah::

seronok!!!
anti nk jga ke?