"Salwa,Along tengah belajar.Jauh tau, mana la Along boleh balik."
"Boleh la ummi."
"Along baru je balik. Lagipun naik kapal terbang mahal."
"Mahal? Murah je la Ummi, mana ada mahal."
"Murah? Mana Salwa tahu?
"Salwa tahu... 80 sen je... Murahkan tu."
Tergelak Ummi dibuatnya. Seronok kalau melayan Salwa. Ada sahaja modalnya. Bila mendengar Ummi bercerita, ketawaku turut memecah kesunyian bilik pada petang itu. Bercampur sebak juga bila mana ada orang mengenang diri kita yang jauh di perantauan. Begitulah cerita ummi di corong telefon. Sewaktu musim cuti sekolah bermula, adik-adikku semua sudah pulang. Dua puteri Ummi dan Lek yang belajar jauh ke Utara Malaysia pun sudah mengisi kekosongan rumah. Mana tidaknya Salwa bertanya. Sememangnya keanggotaan rumah tidak pernah lengkap dan genap. Rindu...rindu...
Erm... 80 sen? Macam mana dia boleh dapat idea.. Sampai sekarang bila mengenangkan cerita Ummi, daku tersenyum sendiri.
Itulah Salwa. Adik bongsuku. Petah berkata satu hal. Kalau berbicara memang yakin dan mahu menang. Kalau dapat bercakap dengan Salwa, hati ini akan segera meronta mahu pulang. Kalau dia mula bercakap, kebiasaannya ayat ini akan diucapkan
"Salwa rindu Along. Along balik tau." Sebak dada dibuatnya.
Semalam ummi 'call'. Kata Ummi sempena hari lahir Salwa, macam-macam gelagatnya. Kelakar juga dengar cerita ummi. Allah izin ahli keluarga belah Ummi datang ke Kuala Lumpur. Apa lagi suka la Si Salwa dapat bertemu dengan sepupu-sepupunya. Langsung minta izin ummi dan lek untuk tidur di rumah Chek Ngah di Setia Alam kerana mereka bermalam di sana. Pandai sungguh. Dah 7 tahun anak kecil ini. Tapi biasa la manja dan selalu ingin perhatian. Bukan mudah mendidik puteri-puteri yang ramai. Segalanya ingin kehendak dipenuhi. Di sini perlu toleransi.
Sebenarnya tengah berusaha untuk melakukan sesuatu sempena Besday Si kecil ini. Tapi buat masa ni Along dahulukan dengan ucapan Selamat Hari Lahir. Moga adik Along tidak hanya comel pada pandangan manusia tapi pada Pandangan Allah itu yang utama. Moga Allah pelihara selalu dan menjadi anak solehah dan muslimah harapan ummah. Sebuah nasyid untukmu wahai adikku.
Adikku Sayang
Album : Rumahku Syurgaku
Munsyid : Tazakka
http://liriknasyid.com
Adikku yang tersayang
Harapan ibu bapa di masa depan
Bila telah dewasa nanti
Jadilah engkau penyejuk hati
Senantiasalah mematuhi
Selalulah engkau berbakti
Pada kedua orang tua
Selama masih dalam kebenaran
Ibu bapa mengasihi kita
Sejak dalam kandungan
Sampai kini hingga ajal menjelang
Jangan pernah ada durhaka
Pada keduanya, selamanya
Doa orang tua dikabulkan oleh Tuhan
Redha orang tua jua Redha Yang Kuasa
Redha yang Kuasa
Ya Allah ampuni mereka
Kasihanilah mereka
Seperti mereka sayang kami
Saat kecil dahulu...
Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke 'Malaysian Hall, Sinar mendapat sms daripada Lek, kata Lek, Salwa tak mahu hadiah pensel warna tapi mahu cococrunch sahaja. Lek siap balut lagi !!! Pelik...pelik adikku nan seorang ini...Ketawa lagi daku dalam teksi.
Seperti yang dijanjikan, pada malam harinya operasi berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah misi berjaya... Just a simple gift from me. Nanti mesti ada orang kata, "Mana aci, Along masak pastu makan sendiri." Nak buat macam mana. Benua memisahkan kita. Ops (^_^) sekadar alasan... Jom layan gambar ye. Maaf ya, ini sahaja yang termampu dalam kelapangan masa yang ada.
Ok. Santai sahaja kali ini. Sudah dikemaskini(^_^)
11 comments:
happy birthday to salwa...
makin petah die..tiket flight 80 sen je? hehe..kalo cmtu hr2 sha blk umah
haha 80 sen haha comel2
me to Atiqah::
wish je ke tqah..
hadiah ada tak?
(^_^) ana dah jd mcm Salwa pla..
tu la,hari2 airpot tu sha transit..
nasi lemak kat kawasn umah pun dah 2 ringgit..how come flight 80 sen je...hehe
btw syukran atiq...
me to Jackster::
=)memang cumel
salam:)
adik2 akak pon selalu tanye,bila angah nak balik,padahal baru je habes cuti!buat hati rasa nak balik:)
doakan akak exam final internal med nextweek isnin.
wslm akak (^_^)
tu tanda akak ni penyayang kan?
sampai adik-adik rindu...
mengugat hati sungguh kalau mereka bersuara..
tapi pape pun..bila jauh di mata lagi dekat di hati..hehe so takpe, best skit bagi depa rindu kita sllu..
hehe..exam2 pun sempat 'blog walking' ye..InsyaAllah..May Allah lead your answers sis..Ma'an Najah
Selamat Hari Lahir Salwa.
Sha, sampaikan ucapan selamat ni kat salwa ek. :)
Memang petah dia tu.
salam sinar,
Sayangilah adik dan adik sayangilah kakak, ibubapa sayangi anak-anak dan anak-anak sayangi ibubapa....., itulah yang ummi Siti mampu katakan.
Ummi Siti di sini, adiknya bertanya ummi! "bila along nak balik, adik rindu nak pelok along.......... (semuanya dah terlambat), itulah kasih sayang ......... hargainya.
me to kopiah_alrazi
InsyaAllah nanti ana smpikan...ye la..aritu dpt tgk salwa kan..
me to Ummi Siti:
salam kembali ummi...
Jazakillah atas kata2 ummi...
InsyaAllah..moga kita dpt berkumpul di Jannatul firdaus...disitulah perkumpulan yg terindah..
kash syg itulah pengingat kekeluargaan dan juga pershbtn
salam ziarah
menarik penulisan anda
sangat menarik... hebat!
best betul idea buat kek tue.... (^_^)
ahlan..
Syukran..masih banyak juga yang perlu ana perbaiki..
(^_^) Alhamdulillah..kek itu yang Allah izin ana mampu buat..
Post a Comment