BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 04, 2009

Rumah Kita

Kalau sebut fasal rumah macam-macam ada. Rumah banglo, rumah teres, rumah pangsa, pondok dan lain-lain lagi. Pendek kata di abad ini segalanya ada. Isu rumah juga tidak kurang hebatnya. Menjadi keperluan asasi untuk berumah kerana disitu tempat kita berlindung. Namun apabila memerhatikan rumah hingga tidak cukup tangan menanganinya.

"Mama, bila rumah kita nak dicat?" tanya si anak

"Baba, atap umah kita bocor." kata angah pada ayahnya

"Tak abis abis paip ni bocor, sinki pula sumbat." keluhan si isteri di senja hari

"Aku bila besar nanti nak rumah banglo." Lagak si anak memikirkan masa hadapan.
Gambar hiasan

Hari ini mari kita kenangkan rumah kita. Yang berada di perantauan pastinya sangat rindu bukan. Jom pulang ke negeri dan daerah masing-masing. Bagaimana kondisinya? Cantik atau ditelan usia?

Baiklah...Mari kita lihat rumah kita yang ini pula. Bagaimana?


Di mana seharusnya letaknya islam, iman dan ihsan? Apa alasannya? Kukuhkah binaannya?

Apa itu islam?

Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerahkan kepada Allah swt. Dari segi istilah syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas iaitu
  1. Syahadah (penyaksian) bahawa tiada Tuhan (ilah) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah
  2. Mendirikan solat dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan dan memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nafkah ahli keluarganya.


Namun Islam tidak terbatas dalam lima asas sebentar tadi. Islam adalah deenul hayah iaitu gaya hidup mahupun peraturan kehidupan. Islam bukan suatu Deen yang wujud secara kebetulan tetapi adalah satu natijah (hasil) daripada satu tarbiyah (pendidikan). Hasil dari perancangan, perencanaan, pembentukan yang disusun dengan rapi dan berhati-hati melalui ransangan-ransangan dan bimbingan yang diransang dalam rangka melahirkan manusia yang Islam dalam pemikirannya, aqidahnya, akhlaknya dan jiwanya dalam segala perbuatan dan tindakannya.

Apa itu Iman?

Iman dari segi bahasa ialah at-tasdiq (membenarkan) dan dari segi syarak ialah: Tasdiq yang jazim (keyakinan yang tidak berbelah bagi) terhadap kewujudan Allah Taala yang Maha Pencipta dan bahawasanya Allah itu Esa dan tiada sekutu. Membenarkan kewujudan para malaikat, kitab-kitab samawiah, para rasul, hari kiamat dan membenarkan semua perkara yang berlaku dimuka bumi ini adalah dengan takdir (ketentuan) Allah Taala berdasarkan hikmah yang tersembunyi. Inilah rukun-rukun iman yang sudah kita sedia maklum

Iman ialah teman sejati manusia. Di kala kita kesunyian dan kesedihan imanlah penghibur. Maka keteguhan iman sebagai asas atau fondisi sangat besar peranannya. Masakan sebuah rumah akan stabil andai tapaknya goyah. Justeru kestabilan diperingkat asas, dasar mahupun tapak itu perlu agar binaan yang terbina atasnya kukuh hingga keakhirnya.

Apa itu Ihsan?

Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Inilah hasil apabila kita beribadah seolah-olah kamu dapat melihat Allah sekiranya tidak mampu seolah-olah Allah Taala melihat kita samada kecil ataupun besar perbuatan tersebut.

Dr Abdullah Azzam pernah berkata:

"Sesungguhnya meninggalkan sikap saling membantu dalam mengembalikan semula agama Allah ke alam wujud adalah jenayah terbesar yang dilakukan oleh golongan yang berdiam diri dan yang malas membina semula agama ini."

Justeru dalam menjadi seorang hamba yang taat pada Pencipta-Nya, dalam membantu agama-Nya, tidak dapat tidak kita harus sedar dimana tanggungjawab kita. Ingin bermalasan? Malas itu meyamai anda membiarkan diri diselimuti dosa. Ingin terus diselimuti maksiat dan amal yang tidak berfaedah? Tidak takut Allah kah kita?

Dewasa ini, manusia berlumba-lumba dalam membina rumah yang cantik strukturnya namun, iman, islam dan ihsan tidak dihiraukan pembinaannya dalam diri. Setiap satunya masih goyah. Marilah kita perkemaskan rumah kita. Tegakkan dalam diri dan akhirnya tersegam indahlah setiap satunya dan rumah kita secara amnya adalah serupa bahkan tertegaklah masyarakat Muslim dan barulah terbentuknya daulah.

10 comments:

Syihabudin Ahmad said...

permasalahan ini bukan hanya berlaku kepada masyarakat yang tidak tahu mengurus rumah ini bahkan berlaku juga pada para daie yang kadang terlupa masuliyah yang diberi... maaf sekadar pandangan isan kecil..

sinar_islami said...

ahlan akh, dalam memberikan pandangan..
tu pentingnya takmil wa istikmal..
kerana manusia itu mudah lupalah kita kena saling mengingatkan..

duha said...

assalamualaikum kak sha..

mula2 baca mmg menyebabkan teringat rumah kat kg halaman..hehe..

erm..
baisc yang sering kita lupa..
selalu sgt mengejar dunia, hingga lupa benda macam ni..

kalau tak kukuh basic, susahlah yg atas nak utuh kan..

jzkk sebab refresh n mengingatkan balik ttg iman islam n ihsan.. :)

moga 'rumah' kita yg sepatutnya kita bina ni akan jadi sebuah rumah yg hebat n berjaya beri perlindungan bukan utk kita je, tapi jugak org disekeliling mendapat manfaat dari pembinaannya :)

PEMENANG said...

sila betulkan kalo salah komen di bawah...( ini ialah muntahan otak yang x teratur)

islam=fekah
iman=aqidah, tauhid
ehsan=tasauf

tak tahu btol ke x ..pandangan saya islam skrg terlampau ditekankan kepada aspek fekah ...

ye la kan fekah ialah mende yg nampak

sedangkan tauhid bekait dengan corak dan lojik pemikiran org islam (mende x nampak) sebab tu dalam aqidah takleh taqlid cam dalam fekah

tasauf pula berkaitan dengan hati dan nafsu bla222 mende2 tak nampak

adekah umat islam dipengaruhi logical positivism yang diterapkan melalui senjata sains (sains hanyelah alat)


manusia mengikut pembacaan x abes, melalui 3 fasa sepanjang sejarah pandangan alam

fasa1 -fasa theologi
fasa2-fasa metaphysic
fasa3-fasa logical positivism

fasa 1 dan 2 wujud disebabkan pengetahuan manusia yg terhad di waktu itu....siang dan malam diperjelaskan dengan konsep kuasa ghaib

setelah melalui kemajuan sains wujudlah logical positivism yakni kejadian siang dan malam...kejadian taun dijelaskan dalam bentuk sains yakni siang dan malam dijelaskan dalam bentuk bumi berputar dan berpusing mengelilingi..bla2222

sehinggakan kalo tok2 guru menyatakan taun ini adalah bala kite menolak sedangakn sebagai org islam kite menerima kedua2..iaitu pandangan sains bahwa taun disebabkan bakteria ape eh lupe dan....juga ia ialah bala dari allah

eh ape ni da lari...seje berkongsi ajaran 'sesat' nih

saje je komen ..kalo rajin kaji la pasal logical positivism

madsha_88 said...

persoalannya, mengapa kita-kita hari ini sibuk sangat nk buat "rumah baru"..

atau mmg sudah tabiat manusia suka buat "rumah baru"?

kalau buat rumah baru duk senyap2 takpe la, ni tidak..

siap bangga kata "rumah" kita cantik, "rumah" dia dah la udoh, busuk pula..

hasihh..macam2..

pening ngn "rumah2"..

p/s:kali pertama komen ni..hehe

sinar_islami said...

me to duha:

Wa3alaikumussalam wbt adik duha
Memang sengaja nak bawa ingatan duha ke kg halaman...
biar terkesan gitu...

Alhamdulillah u got my point sis..

Iman tu jangan lupa dipantau, ditingkatkan..
ilmu jika dicari tanpa dilinkkan dgn iman bakal menjadi sia2..
hatta ilmu agama yang ditimba tanpa kesedaran, kefahaman akan sia2...

sama-sama koreksi diri dan pantau kembali 3 aspek ini(iman,islam & ihsan)..penting..hadith ke2 dalam matan arba3in pun dh huraikan..

masakan akan kukuh kalau basicnya masih goyah..Moga Allah mudahkan jalan utk perkasakan 'rumah kita'...tegakkan dalam diri insyaAllah bakal tertegak disekeliling kita...

sinar_islami said...

me to pemenang::

First of all..syukran atas penambhnnya..

Huraian islam equal to sekian2.. tak leh la rigid..sbb semua berkaitan dan ada pertalian, nak cakap pasal fekah..tak dapat tidak tauhid kena juga..hatta..makna iman tu pun bukan sekadar apa yang dalam hati( yg tak nampak) tapi dibenarkan dan dizahirkan dalam amal..tu indicator beriman...

Dan realiti masa kini..ramai suka bertingkah bab2 ibadah, benda yang mereka senang nampak kesalahan..tapi betullah..penyakit dalam hati ni...perosak2 iman tu..payah orang nak kritik..padahal itu la core problem yang harus dirawat..

=) nampaknya kena juga la ana menambah bacaan pasal logical positivsm...tmbh pengetahuan..tpi dalam berfalsafah jangan lupa Al-Quran dan As-Sunnah...

sinar_islami said...

me to madsha:

'rumah2'...mcm mendalam maksudnya(^_^)

tabiat manusia, sukakan kesempurnaan...
mana yang kurang dia cuba perelokkan...
tapi apa yang Allah ajarkan jangan dilanggar dan jangan biadab dgn Rabb...
Apa pun hablum minallah wa hblum minannas kena jaga..
Malu la kat Allah...
nk bawa deen-Nya tapi akhlak tak jaga..tak kena juga..
so recheck blk iman tu duduk kat mana...
jangan kerana kita nama ISLAM terpalit.. Na'uzubillah..berdosa rasanya

cuma apa yang ana nk bawakan..
lebih kepada basic yang perlu individu muslim cakna..dan sterusnya populasi yang lebih besar...kita duk kalut ngan benda lain smpi lupa nak jaga basic..PARAH

ps:: Ahlan..syukran ats komennya...jgn segan bertandang lagi... =)

puteri_islah said...

salam kak sha..
izinkan ana nak copy gmba tu utk diaplikasikan konsep tu dlm umah ana nie...
moga2 ana n ahli bet dpt aplikasikan dlm kehidupn seharian~insyaAllah

sinar_islami said...

salam puteri_islah

sila2..yang baik itu kita kongsikan n smpikan pada yang lain..
Moga sm2 dirahmati Allah selalu..Ameen