" " Akak, macam mana ye nak buat perubahan" ngadu si adik
“ Saya rasa banyak kekurangan dalam diri ni kak.”
“Allah beri kita peluang, selagi tu kita boleh berubah” balas si kakak
“Tapi macam mana?” Si adik tertanya-tanya
Ha, macam mana ya pembaca semua. Bila mana kita kata mahu berubah. Apa yang perlu kita lakukan? Kadangkala kita didatangi oleh rakan-rakan yang hajatkan perubahan. Sinar dan kalian setidaknya pernah mengalami situasi ini. Memang sukar mahu berubah tapi kita tidak akan pernah rugi jika berusaha. InsyaAllah berjaya.
Walaupun diri pun masih banyak kekurangan, setidaknya kita kongsi apa yang perlu. Secebis pengalaman daripada setiap individu itu sememangnya akan mendidik kita juga. Kita harus menentukan perubahan yang bagaimana kita mahukan. Dan semestinya perubahan atau penghijrahan diri ke arah kebaikan itu sahaja yang akan membahagiakan dan menenangkan jiwa.(^_^). Betul tak?
Pertama, apa yang perlu kita buat kita perlu letakkan matlamat . Dalam melakukan apa sahaja kita perlu ada matlamat. Biar terlaksana dan kita terpandu ke arah perubahan yang dihajatkan. Bila mana kata matlamat, perlu ada garis yang mesti letakkan. Untuk menyelesaikan sesuatu perkara kita perlu ada gerak kerja mahupun garis panduan. Hatta meletakkan garis atau objektif kita perlu 'smart'. Bukan sekadar kalimah 'smart' tapi perlu diungkai satu persatu. Kalau belajar ‘management tidak dapat tidak kita perlu menilai objektif kita dengan ini:
S - Specific : spell out clear statement of what to be attained
M - Measurable : to facilitate monitoring and evaluation of achieving objectives
A - Attainable : have the ability to achieve
R - Relevant : should be focus on intended outcome
T - Time specific : give clear time to achieve the stated objective
Contohnya kita seorang yang sering lambat ke kuliah. Kita ingin berubah. Maka untuk menghadiri kuliah lebih awal, mana mungkin untuk kita bangun lewat. Dalam proses bangun awal, jam pula harus dikunci setidaknya inilah jalan dan ruang yang akan membantu kita berubah. Begitu juga ingin menjadi insan yang baik, yang disukai Allah. Perlulah menyiapkan diri dengan ilmu agama, ilmu kepakaran yang lain.
Secara amnya, ramai yang hajat untuk menjadi muslim yang soleh dan muslimah yang solehah. Sinar sangat kagum dengan hajat dan semangat mereka. Cuma sama-samalah kita ingatkan diri. Tanya kembali diri. Kenapa kita mahu berubah? Kalau kerana Allah, Alhamdulillah. Tapi kalaulah semua ini kerana manusia, maka sia-sialah usaha kita. Kalaulah kita berubah kerana lelaki hatta wanita yang kita cintai, tidak lama perubahan itu. Labuhnya tudung kita kerana apa, bersongkoknya kita kerana apa? Islamnya kita kerana apa? Teringat Sinar kisah kewafatan nabi ketika mana ramai sahabat yang bersedih dan Abu Bakar As-Siddiq pantas membacakan firman Allah mengingatkan mereka. Firman Allah;
" Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur"
( Surah Ali ‘Imran: 144)
Ayat ini peringatan besar buat kita. Sungguh rugi jika kita berubah kerana manusia apatah lagi menjadi muslim kerana manusia. Moga Allah pimpin hati kita untuk mencari sinar-Nya
Kedua, kita perlu berdisiplin dalam menjayakan perubahan. Ya, ini penting! Tapi sentiasa kita tewas untuk mendisiplinkan diri. Maklumlah syaitan melaksanakan tugasan dia 24 jam. Kita manusia, Sinar juga manusia. Sentiasa ada sahaja halangan untuk melaksanakan satu perubahan apatah lagi ia merupakan satu kebaikan. Allah Taala berfirman:
“Barang orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-banar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(Al-Ankabut : 69).
Yakin dan teruskan langkah dalam mencipta perubahan. Sentiasa perbaharui niat.
Ketiga, ketahuilah kawan-kawan, berubah itu perlu masa. Masa itu rawatan. Maka di sini kita tidak mahu menjadi ‘makanan segera’ yang akhirnya hanya merosakkan diri sendiri. Bersahabatlah dengan mereka yang soleh, inilah antara ramuan untuk menjadikan diri turut soleh. Mereka akan cuba membimbing diri kita semaksima mungkin. Apa yang perlu, kita mesti sediakan hati untuk diisi.
Perubahan apatah lagi ini adalah proses didikan hati pastinya perlukan masa. Masa itu yang akan memberi kesan pada diri.
Akhir kalam, kita mesti terus dan terus berusaha. Setidaknya Allah akan nilai usaha-usaha yang kita lakukan.
(Surah Ar-Rad : 11)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri kita sendiri".
11 comments:
slm.ho2.1st lak.masa itu rawatan.baru baca ayat sastera ni.thanks2.matlamat nga disiplin tu pentim.erm.susahnya nk disiplin+istiqamah.erm.tlg doala kak.ado emel kak@ym ko?nanti bgtaw adk eh.kalu xbg pn xpo.ado hal sket jah.he3
me to haway mutasawwil:
salam sejahtera buat haway...
tahniah3 first komentar...
memang susah nak istiqamah...
kalau tidak, masakan mahal harga sebuah istiqamah tu kan =)
Allah izin akak buka semula catatan program homestay medic 2008 kat Kg orang asli dulu:
Dr Latif ada pesan:
"How to istiqamah?" The only answer that will help u a lot is, always be in jamaah."
Apa jamaah tu? Jamaah tu duduk dengan mereka yang faham Islam, yang praktikkan Islam dan sebab apa Dr kata camtu. Sebab dengan mereka nilah akan mengingatkan kita utk lakukan kebaikan dan for sure salah silap kita ada orang perhatikan dan akan ditegur..
dan ayat Dr yang paling catchy time to adalah "We want to die in the peak of performance as Muslim"
=) Bukan senang nak jumpa Allah. Hati kena bersih amal pun kena jernih. Ya Rabb..mudahkan kami semua pulang bertemu-Mu
sangat x rugi bile kita buat keputusan utk berubah....thanx sha, post kali ni btol2 terkesan buat ana=)
Assalammualaikum Sinar,
Berubahlah anak-anak semua sebelum Allah merubah kita drp hidup menemui kematian, kerana ini tidak berguna lagi. Yakinlah kita menjadi muslim yg sejati tidak akan rugi ttp orang2 yg mengikut nafsu mereka itulah yg rugi.
Inilah yg membuatkan ummi Siti cemburu dgn Walid dan Ummi Sinar.
Marilah kita berubah.......
me to aeshah:
Moga Allah berkatimu (^_^)
hadiah lirik untuk renungan kita bersama...
suka sangat...
Allah izin di malam besday anti..
ana jumpa lagu ni...
jatuh hati pula
~Satu Cinta (star5)~
ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku
ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku
Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan
Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan
Oh tuhan
Selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia
Oh tuhan
Jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia
me to Ummu 'Ammar:
Syukran ummi atas nilai tambahnya...
Moga peluang yang ada kita optimumkan utk pembinaan peribadi muslim yang sebenar...
Ummi dan Abu Ammar insan hebat...
InsyaAllah, Allah pandang usaha ummi sekeluarga...
Masih banyak kurangnya kami...
Moga hidayah Allah terus kekal dlm hati kita smua...
syukran kak.kat komen pn boleh buat entry br lg n.hu3.allah mberkati ilmu kak.allahumma wafiqhum
salam ziarah ukhti,
syukran ats tinta hamasah ini..
memg susah nk berubah, dan memg susah nk istiqomah, apatah lagi iman kita iman manusia yg sentiasa yazid dan yankus.. (meningkat dan menurun)
semoga kita diberi kekuatan untk terus istiqomah dalam penghijrahan utk menjadi hamba yg lebih baik dari semalam :))
me to haway mutasawwil:
ameen...
siap blh buat entri ye?
tapi tak cukup modal tu yang kongsi kat sini dulu...
me to melatidaisy:
la syukran 'ala wajib...
selagi boleh memberi...ana akan cuba memberi dan menulis...
jazakillahu khairan atas kunjungan dan tambahan dari ukhtie (^_^)
yang mana baik kita kongsi...
InsyaAllah sama-sama kita usaha..
kak pah apesal aku rasa mcm nak menangis ha baca ayat2 ko..syahdu gile
people change bak kata adah
people change...(^_^)
yeap...nobody can deny it
that sttmnt make me think a lot ya ukhtie habibati...
make me think twice to do anothing..
we are getting older...not younger..
Are we suppose to be the same like yesterday...?
Nope but we must be better right?
it is easy to say but quite hard to make the dream come true...isnt it?
tapi tak rugi kalau kita cuba perbaiki diri...
biar redha Allah kita dapat...
at least kita tak rugi...
tq to adah & you too dear...
May Allah bless both of you...
Post a Comment