BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 03, 2010

Saya Cemburu!


Saya Cemburu!


Cemburu itu sudah sinonim apabila insan lain mendominasi kita. Cukup sinonim kalimah cemburu dalam kamus kehidupan manusia. Salahkah kalau kita dilanda cemburu? Sinar tidak nafikan. Sinar juga pernah cemburu. Tak terkira rasanya. Oh, harap kalian tidak salah faham kecemburuan Sinar ini. Mungkin jika Ummi dan Walid lebih menyayangi adik-adik atau orang lain, kecemburuan itu timbul tapi itu sekalipun tidak akan menjadikan saya seorang yang negatif dan bertindak agresif. Bahkan inilah peluang, yang akan menyebabkan saya mencetus idea untuk lebih disayangi. Agak membuang masa jika sifat cemburu itu disalah guna seperti manusia kebiasaan.

Saya mahu jadi manusia biasa tapi mencipta sikap luar biasa. Lazimnya orang yang dicemburui akan menjadi lawan tapi saya mahu jadikan ia kawan bahkan guru dalam kehidupan. Saya mahu saya dan mereka berolah kebaikan dan pada hemat Sinar, Allah hadirkan mereka untuk mengajar kita menjadi insan yang lebih baik. Belajar daripada pengalaman orang lain dan peristiwa di sekeliling. Saya lebih cemburu bila mana Allah lebih menyayangi orang lain berbanding saya. Walaupun saya tahu, saya lemah serba-serbi.

Kecemburuan saya...

Pelbagai…dan antaranya ;

Saya kagum melihat andai teman-teman saya dilanda masalah, mereka cukup tabah. Cemburunya saya bila mana difikirkan, tabahnya dia dengan ujian-Nya. Saya?

Ditangan mereka pastinya sudah tergenggam kemas sebuah harapan untuk terus berjaya. Mereka usaha tanpa henti. Kemudian mereka diuji. Mereka gagal dipertengahan jalan. Namun, kegagalan nan sementara itu tidak mematahkan semangat juang. Mereka bangkit dan terus melangkah. Bukan senang malah amat payah menongkah arus. Tapi mereka gagah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Anehkan mereka ini? Tapi inilah keajaiban orang mukmin. Mereka ada Allah. Mereka bersabar dan tidak putus asa. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik dan memimpin mereka selagi mereka percaya bahawa sebaik-baik PENOLONG itu hanya Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya."

(Riwayat Muslim)

Saya kagum melihat andai teman-teman saya Allah uji dengan kematian. Mereka cukup redha. Cemburunya saya bila mana difikirkan, redhanya dia akan ketentuan Allah.

Mereka yang diuji dengan kehilangan kemudian mereka bersabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik.

"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan"

(An-Nahl : 96)

Saya kagum melihat andai teman-teman saya Allah uji dengan keretakan keluarga. Mereka cukup gagah menghadapinya. Cemburunya saya bila mana difikirkan, gagahnya dia akan dugaan yang Allah berikan. Saya?

Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu ( wahai Muhammad), bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah."

(An-Nahl : 127)

Saya kagum melihat teman-teman yang dilanda marah tapi mereka menahannya. Jika saya, mampukah saya menahannya. Apatah lagi apabila orang sekeliling yang berbuat salah.

”Maafkanlah mereka dan berilah mereka kesempatan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

(Al-Maidah : 13)

Saya kagum melihat teman-teman yang menjadi ‘teman emas’ pada kebanyakkan orang. Hatta melihat wajah, terus membenih rasa cinta pada Allah. Saya juga mahu seperti mereka. Teringat saya pada wajah seorang lelaki tua yang berjubah dan berjanggut putih yang saya lihat dalam perjalanan ke Hayyu Sabie’. Mukanya jernih dan terbit keinsafan dalam diri. Walaupun sudah berusia tapi cukup indah dipandang mata.

Bila mana direnungkan, perkara-perkara ini, paling tidak akan menggugurkan air mata saya. Saya mahu setabah mereka bahkan lebih. Saya mahu optimis dengan dunia dan saya mahu jadi insan yang beriman dengan qada dan qadar Allah. Saya mahu menjadikan dunia, ladang akhirat saya. Kerana saya tiada apa-apa melainkan bekalan untuk akhirat sana. Semoga setiap ujian, saya dan kalian dapat mengharungi dengan baik.

Ujian Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"

(Riwayat Al-Bukhari)

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!"

(Riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah)

Kendalilah sebuah kekaguman dan kecemburuan dengan neraca iman. Wallahu’alam.

18 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Sha...

Moga Sha sentiasa di dalam pelihara serta rahmat Allah SWT...Ameen

Benar sekali Sha, kita perlu kendalikan sebuah kekaguman dan kecemburuan itu dengan neraca Iman...InsyaAllah, moga Allah kurniakan kita kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam menempuh apa juga dugaan dan cabaran dalam perjuangan kita, dalam usaha kita, untuk menjadikan dunia yang hanya sementara ini, sebagai ladang akhirat kita...

Moga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan kita semua dalam menjadi hambaNya yang diredhai di dunia dan akhirat...Ameen

Moga Allah sayang Sha selalu, moga Allah beri Sha yang terbaik...Ameen

Oh ya...just nak inform Sha..InsyaAllah, Akak dah confirmed flight untuk ke Mesir pada 3 August (selasa) nanti...InsyaAllah, akak akan tiba di Mesir pada jam 9.45 malam pada 3 August itu nanti...Akak akan berada di Mesir sehingga 20 August (Jumaat)...21 August, 12.15 malam akak akan berlepas pulang for good ke Malaysia dari Cairo...InsyaAllah, moga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan akak dari UK ke bumi Mesir pada August nanti...Ameen

InsyaAllah, ada rezeki dan umur yang Allah itu beri, moga kita dapat berjumpa satu hari nanti...

Jaga diri baik-baik Sha...Salam maju jaya dari akak :-)

Sayang Fillah:
-Kak Faiza-

Munsyi said...

admire to inspire. insya Allah, from my 2cents, you can be like them. I mean, you're already one of them.

barakallahufik~

sinar_islami said...

me to Kak Faiza:

Wa'alaikummussalam wbt

Moga Kak Faiza juga sejahtera dan sentiasa dalam peliharaan dan jagaan Allah...Ameen..

Benar kak, dalam kagum dalam cemburu, semua perlu dalam batasan Allah. Hatta dalam segala ruang lingkup kehidupan.

Moga Allah dengar harapan-harapan dan doa-doa akak (^_^) Ameen

Ahlan ahlan ila misra...
Mesir menyambut akak dengan tangan terbuka..

3 ogos kak? Biiznillah by that time ana dah balik Malaysia.
Sayangnya tak dapat jumpa akak.
Kalau panjang umur...
Kita jumpa kat Malaysia la kan as banyak kedai & akak boleh belanja sha kan...[gurau ja]

Semoga kedatangan akak ke sini beroleh ketenangan dan kepuasan iman...
Selamat menggali ilmu di ardul kinanah...
Setidaknya tertunai hajat akak ke sini...Alhamdulillah...

moga kita bertemu di syurga kalau bukan di dunia (^_^)

sinar_islami said...

Me to MunSyi~SaMa::

Syukran atas kata-kata penuh dorongan.
Same goes to you..

Banyak lagi diri ini perlu belajar..
Hidup ini seni, akhlak juga seni..
Moga redha Allah bersama kamu..
Moga menjadi syabab yang menyumbang pada kejayaan ummah.Ameen...

haway mutasawwil said...

mula2 baca tajuk ingat akak jeles nga dk kak kawen awl.hu3.beres2.nice artikel.gamba yg ats pn lawa muslimah pakai mcm tu.ngee.jaga hati terpeliharalah diri, belai rasa terdampinglah jiwa, terubat luka terciptalah bahagia..

sinar_islami said...

eh eh...salah faham pula dia...
tu yang akak kena mention awal-awal tu..
tapi boleh pula haway ingat camtu ye...

Bermadah sungguh adik kita ni...
Doa ya, moga semuanya dalam redha Allah.
Bukan senang nak menjaga dan mendidik hati...perlu mujahadah yang tinggi

gambar tu kenangan time akak berada di Halab, Syria. Mendamaikan.

saza s said...

salam kak sinar...
permulaan entry Mac yang membina.
terkenangkan cemburu di hati yang selalu sahaja hadir mengganggu hidup

pesan adik ana, cemburu itu boleh tapi untuk 2 perkara sahaja. Ilmu dan kekayaan kerana kedua-duanya wasilah untuk keredhaan Allah

life is searching for mardhotillah, even cemburu itu satu ujian, so, lets face it with a smile in our heart

gambatte kudasai~

haway mutasawwil said...

gambar akak ke tu?ingt amik dr google ke.beres2

Khazinatul_Asrar said...

cemburu bertempat tak mengapa, jangan cemburu tidak bertempat, itu parah dan menyeksa diri sahaja ;)

Orang yang selalu diuji Allah itu tandanya Allah sayang padaNya. Kadangkala kita tak diuji, makin jauhh kita denganNya. Bila diuji, kita makin hampir denganNya. Dan mengharapkan istiqamah dalam perjalanan kita menuju CintaNya =)

sinar_islami said...

me to saza s:

Alhamdulillah,
moga ini titik tolak untuk bulan baru...
Syukur dapat adik yang mengingatkan tu...
Moga saza dan adik terus menjadi anak-anak yang soleh dan pemuda harapan ummah..


"life is searching for mardhotillah, even cemburu itu satu ujian, so, lets face it with a smile in our heart"

nice!! InsyaAllah, sama-sama kita usaha..
Cemburu perlu dikendali.. =)
agar potensi kita digali..

sinar_islami said...

me to haway:

akak snap gambar ni..
tapi orang dalam tu, RAHSIA.. =)
just akak touchup skit dengan saturate colour gambar tu..biar nostalgic skit..
jarang google2 ni..
kalau nak cari gmbr best..kat devianart byk..

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar:

Betul ukhtie...
hatta cemburu yang bertempat pun boleh berubah jadi motivasi atau boleh juga mencetus inferiority...
kena bijak mengurus...(^_^)
kalau tak bertempat tu...tak usah kata la..memang mengundang padah.. =)
May He lead our way...Rabbuna ma'ana

Moga cinta Allah milik kita...

ps: Bila la dapat jumpa anti

haway mutasawwil said...

syukran2

lyannayahya said...

saya pun cemburu

Khazinatul_Asrar said...

InshaALlah nak juga jumpa. Masih dalam perancangan Allah :)

sinar_islami said...

me to haway:

afwan =)

me to lyannayahya:

cemburu boleh...
tapi kena manage =)

me to Khazinatul_Asrar:

Moga Allah mudahkan perancangan anti.

Dr Amad said...

Cemburu mengajak kita mengenal Allah...

sinar_islami said...

Cemburu tu juga Allah yang hadirkan...
Moga kita makin kenal dan dekat dengan-Nya...