BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 13, 2010

Menulislah kerana Allah

"Dalam memulakan sebarang pekerjaan, niat itu penting," pesan seorang rakan

"Selalulah tajdid (perbaharui) niat," pesan seorang teman

"Niatlah akan menentukan halatuju kita. Malas atau rajinnya kita semua akan ditentukan oleh niat," pesan seorang sahabat

Begitulah antara pesanan-pesanan yang sentiasa menghiasi hidup ini. Tersemat sudah. Namun pelaksanaannya bukanlah semudah dituturkan. Setiap kata-kata akan diuji dan dinilai oleh Maha Penilai dan diadili oleh Ketua Segala Pengadil. Justeru setiap kata-kata dan penulisan kita yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran akan dipersoalkan.

Kita mengajak kepada kebaikan tapi adakah kita pula yang melakukan kemungkaran? Sungguh keadaan seperti itu tidak akan diterima oleh mereka yang mengenali. Cabaran besar buat seorang penulis mahupun penyampai agama Allah ini adalah bila mana amalan tidak seiring dengan kata-kata. Ini hanya mengundang cemuhan bahkan kemurkaan Allah sendiri. Sungguh ini peringatan untuk diri ini dan teman-teman jua. Selalulah muhasabah dan beristighfar. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata perlu dilaksanakan. Orang menilai diri kita dari apa yang kita lakukan dan kita perkatakan.


Dalam menuju keunggulan, aset utama yang perlu dimanfaatkan adalah diri sendiri. Manusia dijadikan Allah dengan potensi. Untuk berjaya potensi ini harus digilap dengan ramuan yang betul. Bagi mencapai keunggulan dan kekuatan, seorang blogger dan penulis harus mengilap akalnya dengan ilmu dan kesedaran yang tinggi. Jernihkan akal dan benarkan dengan amal.

Kita menulis bukanlah mencari glamour, bukanlah menjadi populariti. Jauh sekali. Azab Allah itulah perlu kita takuti. Firman Allah,

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"

(As-Saff : 3)

Jika amal kita tidak seiring dengan kata-kata kita, inilah masanya untuk perbaiki. Ayuh berubah. Yusuf Qardawi ada berkata " Ubahlah dirimu nescaya sejarah akan berubah."


Menulislah kerana Allah, InsyaAllah akan ada kebahagian dan kesenangan hati. Moga medan penulisan ini setidaknya memberatkan mizan kita ke syurga. Ya Allah ampunkan kekurangan diri dan kalam yang tidak selaras dengan hidup ini.

  • Saya budak baru belajar, salah silap tolong tunjukkan.
  • Saya budak baru belajar, salah silap tolong ajarkan.

Sinar sudah memasuki fasa terakhir tahun 4. Mohon doa kalian. Subjek Ophthalmology mengetuk hati untuk menulis sebuah artikel memandangkan mata adalah bukti hebatnya kuasa Allah.

Oh, sebelum terlupa! Nak bagi hadiah jauh sangat (alasan je tu..hehe) Maka ini daripada Sinar untuk Iman Aisyah =) Moga Allah beri kebahagian dan kemanisan hidup sebagai seorang hamba rabbani.




16 comments:

ummujannah said...

Thanks ukhti jameelah^_^

A good one the article above.

ummujannah said...

Thanks untuk hadiahnya juga ya!

sinar_islami said...

me to Iman Aisyah:

You are Welcome my dear sis(^_^)
Moga lekas sembuh dan terus istiqamah..

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Syukran atas peringatan yang amat berguna sis..ayuh berubah ke arah kebaikan :)

InsyaAllah semoga dipermudahkan.
Usah kita mudah sekali menilai amal orang lain, kerana belum tentu amal kita itu diterima Allah.

Hanya manusia bertaraf hamba.
Ayuh perbaiki diri!
:)

sinar_islami said...

me to Amal Athirah:

Afwan..Jom kita berubah! Jadi lebih baik dari semalam..
Kita bukanlah penghukum, Allah sahaja Jabatan Penilai. Selayaknya kita teruskan kerja kita dengan merasai kehambaan pada-Nya..
Seeru 'ala barakatillah...

Ummu 'Ammar said...

Assalammualaikum Sinar,

Mudah2an sinar mendapat kerahmatan dan balasan setimpal dengan apa yg telah dilakukan selama ini, banyak hati2 yang terkesan termasuklah ummi Siti sendiri, mudah2an anti thabat dijln ini, InsyaAllah.

Selamat menduduki peperiksaan yg menentukan perjuangan selama ini yg anti telah pelajari, mudah2an kejayaan yg cemerlang diraih, InsyaAllah. Doa drp kami sekeluarga utk sinar agar memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

sinar_islami said...

me to Ummu 'Ammar

Wa'alaikummussalam wbt..

Alhamdulilllah...terharu dengan kunjungan ummi ke blog ini...
Ameen atas doa ummi, banyak lagi kekurangan diri yang perlu Sinar perbaiki...
Moga Allah sayang kita semua...
Moga ummi pun terus thabat...
Harap sangat dapat berkampung di syurga...

InsyaAllah peperiksaan akhir 12 June nanti..
Sekarang baru masuk round terakhir iaitu Ophthalmology (berkaitan mata)
Doakan Sinar ya...

tun begia said...

sungguh insaf, ;-)

salamm,

sinar_islami said...

me to tun begia:

Salam buat tun..
Moga sama-sama beroleh manfaat
Terima kasih atas kunjungan anda =)

EdAlia said...

Salam,

Alhamdulillah, syukran atas ingatan. Mari kita menulis kerana Allah.. ! :-)

sinar_islami said...

Salam =)
Jom...Sama-sama bersihkan hati dan luruskan niat...

haway mutasawwil said...

salam.n petikan ayat habib ali al jufri psal nk kawen.he3

Sblm memikirkn kewangan yg dbelanjakan utk pkhwinan@myediakan tmpt@rupa bntuk wnita plihan@rumah yg diingininya.Dia akn mengadap seorg alim yg b'amal dgn ilmunya.Katanya pd org alim itu:Aku berazam utk berkahwin.Ajarlah aku niat supaya aku berniat dgnnya dlm pkahwinan.

niat yg baik mmbw natijah yang molek

niat tu penting.dari niat yg suci la hanna mlahirkan insan yg mulia bernama mariam.

maaf lari topik sikit

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Bermanfaat tu...
Apapun kena ade niat yang jelas...
Dalam apa jua amal...niatlah akan memandu kita untuk capai apa yang diniatkan...

Bab2 nikah ni...kena kursus dengan faris la nampak gayanya...
tak gitu faris...

p/s: lama tak nampak =)

haway mutasawwil said...

faris pn xpndy bab nikah2 n.dlm proses nk blajar dgn ustaz2.byk kot nsht2 dan tip2 diore.tp cam kesian je kat prempuan sbb kena hormat suami sgt2.akak pn taw kan

bkn xpernah nmpk eh?hehe.xsempat nk ziarah sokmo.

teruskan menulis kak

soliloquy said...

O'Lord save our brothers and sisters in Palestine.

Dah lama tak ke rumah. Ada niat. insya-Allah bebila ada rezeki ms lpg nak pi ziarah :D

sinar_islami said...

mai mai...umah ni sentiasa terbuka..
tunggu orang datang je =)