BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 07, 2010

Jangan Bertangguh (2) !!!

Salam rindu buat semua. Rindu sungguh Sinar pada blog ini. Alhamdulillah, kerisauan yang dirasakan beberapa hari ini terungkai sudah. Bila keutamaan diutamakan jiwa tenang kembali. Tahukah kalian apa yang paling utama dalam hidup ini? Allah yang kita yakini itulah yang paling utama. Setiap sesuatu jika dihubungkan dengan Allah, akan ada rawatan dan kelegaan buat hati. Hati akan puas apabila Allah dijadikan sandaran dan pencari kekuatan. Sesungguhnya Allah tidak pernah lupa mendidik kita. Mungkin coraknya sahaja yang berbeza. Walauapapun terjadi, hidup perlu dihiasi dengan amal dan kesungguhan.



Teruskan melangkah...

Sedar tidak sedar hanya tinggal lima hari untuk Sinar persiapkan diri untuk peperiksaan akhir. Sekejap sungguh masa yang Allah pinjamkan. Persiapan masih lompong. Justeru tiada istilah bertangguh untuk saat ini. Apatah lagi esok masih misteri. Persiapkan diri sebelum kita diuji. Tidak sanggup menyesal di kemudian hari.

“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.”
~Pablo Picasso
~

Anda sanggup? Sinar tak sanggup =(

Setiap kali masih diberi peluang merasai hari esoknya. Bangun melihat dunia. Satu tusukan menepati dada. Persoalan ini akan Sinar lontarkan sekiranya, karat-karat jahiliah ini masih berbaki.

"Wahai diri, mengapa masih malas dan bertangguh? Inikah sikap muslim, mukmin, amilin?"

Kadangkala provokasi pada diri sendiri sangat berbaloi manakala pujian yang bertalu hanya mematikan hati. Setidaknya kita mengingatkan diri bahawa kita ini lemah tanpa Dia.

Kenapalah manusia suka benar bertangguh? Ini persoalan untuk diri Sinar fikir-fikirkan. Bahkan peringatan demi peringatan tidak putus Allah berikan. Hakikatnya semua orang tahu, bahawa bertangguh adalah teman kegagalan. Kitalah orang yang sombong sekiranya masih meyakini esok masih ada untuk kita. Setiap hari Allah menjemput hamba-Nya pulang. Kita pula bakal menyusul. Dalam bentuk apakah kita akan pulang menemui-Nya.

Ayuh, kita hidupkan hari-hari dengan kesungguhan luar biasa. Kita masih manusia, sentiasa melakukan kesilapan, maka taubat jangan kita lupa.

"Kerja kerana terpaksa, terseksa. Kerja untuk menerima, gembira. Kerja untuk memberi (bakti), bahagia. Anda pekerja kategori mana? "
~Abu Saif~

Doakan Sinar...

18 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Allahuakbar ukhti,
sepertinya kena pada diri ini :(
bertangguh2 dalam melakukan kebaikan ~ update blog juga ditangguh walhal perkara yg ingin dikongsi dirasakan perlu tapi masa seakan mencemburui kita andai tidak di arrange betul2. shame on myself T__T

p/s : ukhti, inshaAllah ana akan ke mesir 21june-28june. Tapi melihat pada jadual exam anti padat, xberani rasanya mahu menggangu. Hehe.InshaAllah andai tak sempat bertemu di mesir, jumpa di mesia pun xmengapa kan? ;)

sinar_islami said...

Ana pun banyak terkena...Nak ingatkan diri...
Lemahnye kita tanpa Dia..
InsyaAllah ukhtie..kita perbaiki mana silap kita..

Alah uktie..takpe je..
ana rasa 27hb boleh je..
Habis je exam written ana cari anti..
Lepas exam biasanya nak relax..
nanti kita keep in touch..
rugi tak jumpa..selagi ada peluang, kita usahakan..
anti datang jalan2 ke? ke memang rindu kat ana.. (^_^)perasan lak..gurau je..

Ami Farhani MNA said...

terima kasih sinar yang bersinar- sinar untuk peringatan ini..

lain kali sha buat tajuk dia.."ami jangan bertangguh!" ye..hehe

sinar_islami said...

me to Ami Farhani:

Wah..Ami! Makin bersinar blog ni ada kamu... (^_^)
Ish, idak la teman berani buat gitu...
Diri ni seribu kali kurang sana sini...
But, kita sama2 baiki dan improve..
Yuk, maju...

Munsyi said...

jazakillah atas peringatan. selalu bertangguh jugak ni.

hmm, semoga Allah permudahkan ya exams. Kejayaanmu kejayaan Islam juga.

hoodsunny said...

salam, yup..

bertangguh2 pencuri masa..
adeih.. kategori mana eh amal kita?

sinar_islami said...

me to MuNsYi SaMa

InsyaAllah, ni peringatan bersama..
Moga Allah mudahkan urusan akh juga..
Doakan selalu ya..

me to hoodsunny:

=) terharu ana tgk anti komen..
erm..tu la..kena selalu muhasabah diri, muhasabah amal..
kekadang buat keje pun berkira..huhu..malu je..
Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita..

mamawana said...

Salam caiyang...

Aku juga hamba yg lemah..selalu bertangguh....lupa dan lalai.....
Ampuni daku Ya Rabb.

Khazinatul_Asrar said...

InshaAllah rindu pada ukhti dan sahabat2. Singgah2 je sbnrnya, tp seminggu juga. InshaAllah.

Rumah enti di mana? Ana mungkin tinggal di rumah tamu di kompleks pljr mesia di asyir. InshaAllah,nnt kalau on9 bagi no hp ya ;)

Bittawfiq wannajah! ^_~

sinar_islami said...

me to mamawana:

Salam sayang kembali..
Moga Allah ampunkan kita..

me to Khazinatul Asrar:

Ana tinggal dekat Mouniera, Sayeda Zainab..
Kalau naik Metro (ala2 komuter) sampai la umah ana..
Asyir tu boleh je ana nak pergi..hehe..
Ok, ana dah bagi kat ym..
Nanti roger ye..
Moga Allah mudahkan perjalanan ukhtie..

EdAlia said...

Salam,
Jazakillah mengingatkan, terasa terkena juga.. hee
Selamat menghadapi peperiksaan, buat yang terbaik, insyaAllah dapat result manthop! :p

sinar_islami said...

me to EdAlia:

Ameen..Mga Allah dgr doa anti =)
Mukmin kan kena selalu memperingati..
Kalau ada yang nak dikongsi..kongsilah dgn ana ya (^_^)

haway mutasawwil said...

bittaufiq kak.allahumma la sahla illa ma jaaltahu sahla(btul xtaw doa n)

ustaz faris ade pese
"kito sibuk prepare pkara yg wojib kito tngl tp kito xprepare pkaro yg wojib kito pergi.alangkah ruginya"

p/s lawa gambar

sinar_islami said...

syukran faris..
ada sambungan skit..

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa Anta taj'alu hazna in syikta sahla"

Betul dah apa ust faris pesan...
Rugi...rugi...

Dunia ni persinggahan je..Kena prepare untuk negeri abadi tu...Kena ada keseimbangan..dunia ni ladang akhirat..

ps: Alhamdulillah, cari kat devianart by Pitrisek =)

Rosa said...

kita memang lemah tanpa-Nya

sinar_islami said...

me to Rosa:

Sebab kita hamba-Nya..
Dia pula Pencipta kita..
Dia tidak pernah lupa hamba-Nya..
cuma kita selalu leka..

salman_azmin said...

tak nak ketinggalan nak ucap terima kaseh atas perkongsian nie...

sgt kena dgn hajat diri...
bykkan tulis ttg lumrah kehidupan manusia ...

ana suka label mcmni...
boleh ana jdkan ini sbg blog pilihan...tq

sinar_islami said...

me to salman_azmin:

Alhamdulillah. Moga ini menjadi peringatan kita bersama.
Kalau ada salah bicara ana di ruang maya ini..Sudi2 la tgur ya.
Ana pun masih banyak kelemahan.
Silakan mengikuti blog ini selagi ada ajakan pada kebaikan.. =)