BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 23, 2010

Pilih Oh Pilih

Hampir seluruh kehidupan kita melibatkan pemilihan. Manusia punya kebebasan untuk memilih. Namun pilihannya itu akan dipersoalkan kelak. Dan ada yang berkata,

"Biar memilih jangan tersalah pilih"

Dan saya seakan-akan bersetuju dengan kata-kata itu.

Antara iman dan kufur

Secara kasar hanya ada dua golongan yang wujud di dunia. Golongan yang mentaati Allah dan golongan yang mengingkari-Nya. Sungguh kita juga boleh terjebak ke kancah kekufuran sekiranya iman tidak dipantau. Na'uzubillah...

"Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaan-Nya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."

(Surah Asy-syams : 7-10)

Sungguh ayat-ayat ini mampu menampar diri sendiri dalam mengurus kehidupan. Kadangkala kita sendiri lalai dalam mengendalikan nafsu. Maka datang pula ayat berikut untuk mengetuk hati yang berdosa....

"Dan katakanlah, kebenaran itu datangnya dari Allah. Maka siapa yang hendak beriman, maka berimanlah, barangsiapa hendak (menjadi kafir) maka biarlah ia kafir…”

(Surah Al-Kahfi : 29)

Maka, Allah sememangnya memberi kita pilihan. Terpulanglah pada kita... Dunia yang kita cari atau Akhirat sana yang kita kejar... Allah... bisa sungguh kalam Allah ini. Seluruh manusia punya 2 pilihan jadi yang mana satu pilihannya? Ketahuilah kedua pilihan ini adalah asas kehidupan untuk memandu riwayat kita seterusnya.

Pilihan-pilihan dunia

Apabila sudah menjangkau alam belasan, 20-an dan tingkatan usia seterusnya, semakin banyak pilihan yang harus kita lakukan.

Memilih kerjaya. Ya itu antara dilema anak muda. Sebaik sahaja SPM selesai, maka mulalah pencarian seterusnya. Mahu jadi apa ya? Bidang apa yang harus aku belajar? Dilema sungguh. Begitulah lagak adik-adik kita yang baru habis SPM. (Moga yang terbaik untuk adik Sinar juga. Rancanglah dari sekarang) Apa yang penting, pemilihan bidang pengajian biarlah menepati minat dan kemampuan serta memenuhi keperluan umat Islam. Pilihlah bidang yang Islam boleh tumpang. Bila niat betul insyaAllah tiada penyesalan.

Memilih pasangan. Ini sudah menjadi isu hangat di usia 20-an. Ingin disayangi dan menyayangi itu sudah fitrah manusia. Namun fitrah yang harus dirai dengan jalan pernikahan bukan jalan sebarangan. Memilih pasangan bukanlah memilih ikan di pasar. Segarnya ikan bila jernih matanya, merah insangnya. Oh... bukan sebegitu... Manusia punya penelitian yang lebih. Maka seeloknya kita meneliti sunnah dan hadith baginda. Sekadar memilih yang cantik, kerepot juga akhirnya. Yang kaya, miskin juga akhirnya. Carilah seseorang yang mampu menerima diri dan diri pula mampu memberi. Yang pasti menuju Illahi... Doa dan doa. Dan saya juga tidak putus berdoa untuk insan yang bakal memimpin tangan ini ke syurga.

Memilih pemimpin. Isu ini, orang kata isu politik. Sebut je pemimpin ingat politik. Kotor orang kata. Sinar membangkang seratus peratus. Apakah kita lupa sirah. Rasulullah itu ketua negara. Urusan memilih pemimpin urusan dunia akhirat. Siasah itu suci jika disucikan oleh tangan-tangan yang berhak. Maka yang berhak mencalon dan mengundi silalah lakukan peranan anda.

Nah... pilihan-pilihan yang ada berat sebenarnya. Namun landasannya satu. Allah itu matlamatnya... Maka pilihlah berdasarkan neraca iman.

Buat adik-adik pasca SPM, selamat membuat pilihan. Berdoalah...

Buat teman-teman rapat, usah risau. Jika tiada jodoh di dunia, akhirat pasti ada...

Buat warga PERUBATAN, selamat mengundi esok hari. Undilah mereka yang kalian rasa mampu bekerja untuk Islam dan selamat membantu mereka.

8 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Sha, Selamat mengundi esok ^_^
Btw, ana di saad zaghloul ni. Baru sampai sini pagi tadi. Hehe. Ada rezeki , inshaAllah jumpa esok di arma,menyibuk ikut kawan ke sana :D

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar:

Subhanallah...tup tup ada kat mesir..
Ya Allah tak percaya pula.

InsyaAllah, kalau ade jodoh kita jumpa kat ARMA ya. Pi la pangkah sekali. Hehe. Kalau tak jumpa, kita jumpa hari lain. Sabtu ni ke. Mai la umah ana.. :) Berapa lama duk sini?

AA said...

ooh ada pilihan rye rupenye kat sne..sha pengundi atau calon?? hehe

Khazinatul_Asrar said...

Hehe ramai xpercaya ana kat sini. Last minute decision :D

Ops, pergi pangkah? nnt kang ana xboleh balik msia sbb jadi pengundi hantu. Hehe.

InshaAllah sampai 1jan :)
InshaAllah ada rezeki kita jumpa ;)

Take care ukhti :)

saza s said...

salam sinar islami
apa khabar?

disediakan dua jalan terbentang luas, satu jalan iman yang ditaburi duri ujian dan satu lagi jalan kufur yang dihampar khayal bayangan . pilihlah mengikut bisikan wahyu , jangan hanya berpegang kepada nafsu

selamat mengundi untuk PERUBATAN !

sinar_islami said...

me to Atiqah :

Ana org tua dah. So sekarang pengundi ja. Hehe. Alhamdulillah bru je balik dari mengundi.

me to Khazinatul Asrar :

tak nampak pun nti... Ana dh blk.
InsyaAllah kita jumpa nnti ya. Sms ada tau :)

me to Saza s :

Alhamdulillah bikheir :)
syukrn atas nilai tmbh :) bersediakah kita untuk memilih dan jika betul pilihan, mampukah kita istiqamah dan bersabar?

Selamat mengundi jga. Ana dah lunaskan hak sbg pengundi :) Alhamdulillah.

haway mutasawwil said...

slm.lamo tngu kak sinar update.heee.

nk pilih psgn tu pyh op?weee.slmt memilih la

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil :

akhirnya updte jga kan.. Alhamdulillah. Mmg rindu pun nak menulis...

pyah? Tak dapat nak describe :) istikharah la, musyawwarah dgn org tua... InsyaAllah akan ade jwpn yang menenangkan hati...