Orang kata kalau dah cinta dah sayang, baik buruknya kita telan. Begitulah rasa hati saya pada Malaysia. Panas juga telinga kalau orang kutuk negara kita, main isu bangsa, hina agama. Itu sudah lebih saya kira. Beradablah bukanlah biadab dalam mendepani sebarang isu. Selak balik lembaran sejarah. Susah payah nenek moyang pertahankan negara, kita pula nak hancurkan. Islam pun mengajar kita berakhlak mulia hatta dengan musuh, apatah lagi rukun tetangga, perihal bangsa dan negara. Kelemahan negara kita saya telan untuk mengharap satu perubahan dari sistem 'pencernaan'. Kekuatan itu bonus untuk terus maju ke hadapan.
Mesir tempatku berlatih berdiri, Malaysia tempatku bakal berbakti...
Sering ditanya akan keberadaan di Mesir, tak cukupkah universiti di Malaysia? Mesir bagus sangatkah? Ada yang ikhlas bertanya dan tak kurang juga yang sinis soalannya. Teringat lagi peristiwa sementara menunggu 'appointment' dengan doktor pakar.
" Kenapa kamu belajar sini? Sini bagus ke? Negara kamu tak de universiti" tanya seorang makcik.
" Ada je. Tapi tempat terhad sebab Malaysia ambil pelajar luar negara juga. Malaysia lebih bagus tapi sini ada kelebihan. Kami datang sebab Malaysia yang hantar dan dapat biasiswa" jawab Sinar selamba sedangkan hampir berbelas pasang mata memerhati. Harap-harap makcik ni tak terasa.
"Malaysia negara maju. Ramai je students dia kat merata dunia sampai ke London, Amerika" sampuk seorang pakcik yang berbaju kot, lagaknya macam orang kaya.
"Wah, hebat ! InsyaAllah. Allah akan tolong dan beri kamu kejayaan." Lega hati mendengarnya.
Itu antara senario yang sering berlaku. Serik juga bila lalu di kaki lima, ada yang menjerit "Hogga bongga". Mungkin ingat Malaysia masih penuh dengan hutan belantara, orangnya bercawat ekoran iklan pelancongan kita tentang etnik di Malaysia.
Malaysia Boleh!
Bagus juga ada slogan ni. Setidaknya wujud pemikiran positif di situ. Cuma 'percaya' itu yang sukar diraih oleh masyarakat kita. Kebanyakan belum cuba dah merungut. Yang paling 'best' orang lain penat berusaha, diperkotak-katikkan usaha mereka... Ish2 ini sikap yang kita kena buang...
Buktinya, dulu ramai pandang sebelah mata pada pasukan bolasepak negara. Sering menjadi mangsa kritikan ekoran persembahan dan kualiti permainan yang merosot. Nah tahun 2010 mencatat sejarah. Mereka mampu mengorak selangkah ke hadapan.
Namun, kita perlu waspada. Malaysia Boleh tidak menjamin sesuatu yang haram di halalkan. Yang halal diharamkan. (^_^) Rasanya terlampau banyak mengenai isu ini, rasuah, judi, pub, konsert dan lain-lain lagi yang harus kita ambil perhatian. Mungkin sahaja, negara lebih maju jika mengambil apa yang Islam gariskan.
Buktikan kata-katamu wahai 'Malaysian'
Najib dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.
"Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.
"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," katanya. - Utusan Malaysia-
Apa yang saya faham kenyataan PM kita tu arahan. Cepat-cepat tunaikan tanggungjawab anda (^_^) ZIKIR dan FIKIR...
Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011...
3 comments:
Assalamualaikum..
selamat tahun baru SINAR..
moga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH..Ameen..
lama ibu sal tak berkunjung k sini
didoakan juga agar suksess dlm pelajaran..ameen
kalau rindu malaysia cepat2 la balik..:)
me to ibu sal :
salam mahabbah buat ibu sal jga.
Moga segala amal kita diterima :)
Terima kasih ats doanya dan kunjungan
me to Fairosza :
(^_^)
Kalau ikutkan hati mmg balik tapi msih blm boleh..
Post a Comment