Sunnatullah : Kezaliman dibenci
Sudah sunnatullah yang zalim tanpa diminta akan dibenci. Tanpa diminta juga akan dijatuhkan. Cuma kebiasaannya masa yang akan menentukan bila dan oleh siapa? Sudah pasti Yang Maha Mengetahui itu Allah, Yang Maha Mengatur itu juga Allah. Sudah pasti juga yang meruntuhkan kezaliman itu orangnya berjiwa besar. Bahkan Muslim yang sedar dalam membenteras kezaliman itu juga merupakan jihad.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat
- Jihad terhadap hawa nafsu
- Jihad terhadap syaitan
- Jihad terhadap orang Kafir dan Munafik
- Jihad terhadap para penzalim, pelaku bid'ah dan kemungkaran
Nah, menentang kezaliman itu sudah jihad. Untungnya mereka dan ruginya saya. Sinar masih tidak berbuat apa-apa.
Melihat kepada demonsrasi di Mesir, kesedaran itu bukan berada di satu pihak sahaja. Muslim, Kristian bersatu bangkit bersuara. Mungkin ramai yang bersorak ketika Hosni Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari 2011 waktu Mesir (11022011). Tidak kurangnya juga kita, rakyat Malaysia yang jauh terpisah oleh benua. Satu tarikh yang Sinar kira cukup cantik. Namun semuanya masih menjadi tanda tanya. Siapakah yang akan memegang tampuk pemerintahan Mesir semula? Adakah keadilan akan tertegak di Mesir sana? Bahkan ini lebih menjadi kerisauan kita semua.
"Whatever happen, nothing will ever be the same again"- Tahrir Square demonstrator
Maka biar apapun yang terjadi selepas ini, tidak akan ada yang sama seperti sebelumnya. Perancangan harus ada setidaknya dari dalam Mesir mahupun pihak luar. Sudah pasti ada pihak yang tidak akan senang duduk kerana mereka khuatiri kesedaran Islam bakal tersebar.
Tempat jatuh lagi dikenang
Buat Sinar yang masih berbaki pengajian di sana juga risau. Bagaimana urusan belajar nanti? Pastinya ada anjakan jadual. Sangat berharap keadaan akan kembali pulih dan semua berjalan seperti biasa. Moga semuanya selamat. Buku-buku yang ditinggalkan seperti sudah bersuara dan mengamit suruh kembali. Hidup saya di Malaysia juga terasa seperti mimpi. Kebiasaanya tempat saya bukan di sini pada waktu ini. Rindu 'meja study'.
Saat diberi pilihan untuk pulang atau tidak, hati ada juga kecenderungan untuk tidak pulang. Kehadiran Ummi dan Lek sudah pasti mempengaruhi keputusan saya. Redha mereka sinar cari. Kebimbangan saya sedikit berkurang kerana ada Ummi dan Lek yang menemani. Tapi pernah sahaja bersembang dengan mereka.
"Along risau Ummi dan Lek, Kalau jadi apa-apa jenuh adik-adik di rumah. Kalau Along, at least ada 7 lagi anak ummi yang berbakti."
Entah kenapa laju sahaja mulut saya petang itu. Tapi dalam hati saya menyakini. InsyaAllah semuanya selamat. Melihat mata ummi sudah bergenang lekas saya menukar tajuk perbualan. Saya salah cakap rupanya. Kerisauan hati ibubapa terhadap anak sudah pasti berganda daripada diri kita. Jangan ambil mudah. Itu baru reaksi ibubapa yang berada di Mesir apatah lagi kerisauan ibubapa yang hanya mengikuti berita dari kaca mata televisyen. Beritanya pelbagai dan agak 'extreme' juga.
Selagi ada ibubapa, selagi punya tanahair yang aman, hargailah. Namun tempat jatuh bangun dalam perjuangan dan pelajaran janganlah kita lupa. Di situ tersisa misi yang masih belum selesai.
Moga mereka yang percaya pada Al-Haq yang akan memimpin dunia agar keamanan milik semua. Wallahu'alam.
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.Jika mereka berhenti, maka tidak ada lagi permusuhan kecuali terhadap orang-orang zalim"
(Al-Baqarah : 193)
6 comments:
salam sinar islami
alhamdulillah org first komen lagi :)
ya Allah kau jatuhkanlah kerajaan yang zalim dan menyimpang daripada keadilanMU itu , Hantarlah tenteraMu bagi menghapuskan daulat zhalimah itu Amiin
ya ALlah kami masih ada baki perjuangan di sana , maka permudahkanlah urusan kami di mana-mana sahaja.
"Along risau Ummi dan Lek, Kalau jadi apa-apa jenuh adik-adik di rumah. Kalau Along, at least ada 7 lagi anak ummi yang berbakti." ---(T_T) sebak dibuat nya....
salam ziarah sinar. semoga dapat kembali ke meja study n in the sme time dapat melapangkan hati parents.
doaku untukmu, mujahidah.
salam ziarah dari jb
me to saza s :
Ameen (^_^)
Moga Allah dengar doa2 kita.
Tahniah jd first lg :)
me to aeshah : (!_!)
me to banat :
Ahlan banat. Terima kasih atas ziarah dan doanya. Moga Allah berkati sllu. :)
Ar Rayah World News
Janji Allah 'Khilafah' Tinggal Selangkah Lagi
http://ibnuyassir.blogspot.com/
me to ibnuyassir :
Syukran ziarah.
Post a Comment