Alhamdulillah diri masih bernyawa saat ini untuk terus mencoret kata pada laman Sinar~Islami. Allah sebaik-baik perancang. Tidak pernah terbayang saat ini di Malaysia. Rindu musim sejuk di Mesir sana. Winter lover orang kata. Oleh sebab itu bila summer menjengah, pasti mahu pulang ke Malaysia. Janggal rasanya berada di Malaysia sekarang. InsyaAllah ada hikmah. Maka redha.
Mesir. Mengajar erti sabar dan redha. Bertuah rasanya dapat merasai kehidupan aman dan pergolakan di Mesir. Terasa seperti berada dalam putaran hikmah dan rahmah. Di sinilah kita dapat melihat mereka yang cinta kebenaran, bangkit menuntut hak. Golongan khianat pula ingin dijatuhkan.
Hikmahnya apabila kebathilan wujud manusia kembali mencari kebenaran, kebaikan. Sesungguhnya yang berada dalam keadaan taat dan benar itulah merupakan rahmat dari Allah.
25 Januari Pencetus revolusi. Jejak Tunisia diikuti
Siapa sangka cuti umum 25 Januari menjadi saksi kebangkitan. Sinar sendiri pada tarikh tersebut sudah punya plan sendiri untuk membeli barang di sebuah shopping complex namun perubahan situasi itu terasa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah (rujuk entri sebelum ini). Semenjak itu persatuan sudah mula mengarahkan kami berjaga-jaga.
Namun di suatu petang kami keluar rumah lalu balik ketakutan kerana melihat sendiri keadaan yang kacau-bilau. Meremang bulu roma apabila bunyi dentuman kedengaran dan orang ramai berlari ke arah kami. Salah timing orang kata. (^_^) Tapi puas dapat melihat sendiri (tanda degil) bahkan ada seorang pemuda Arab yang bertopeng datang pada kami berkata "Go home, this is not your place." Risau kami diapa-apakan. Kami bergegas pulang. =) Pengalaman!
Sudah lama juga Sinar bingung melihat keadaan Mesir yang seolah-olah rakyatnya pasrah dengan kemiskinan dan penangkapan orang yang tidak bersalah. Padan pun negaranya kurang maju, yang baik, yang pandai kebanyakan disumbat dalam penjara. Jalan raya yang kita jejak mungkin saja lokasi penjara bawah tanah. Itulah antara kekayaan mesir, kaya penjara.
Seawal menjejakkan kaki ke Mesir aura ketidakadilan sudah lama Sinar rasai. Ada yang ditangkap di depan mata sendiri. Kawan Arab juga tidak putus menceritakan kezaliman mereka. Alhamdulillah, hari itu tiba. Mungkin Tunisia jadi inspirasi. Selama ini ramai takut bangkit kerana regim bakal menyumbat dalam penjara. Nah lihat. suara rakyat mampu membuat langit bergempita. Penjara, polis dan tentera bukan lagi penghalang. Apa yang mereka lebih risaukan nasib anak cucu mereka.
Allah tunjukkan kuasa
Kira-kira bermula hari Khamis, 28hb Januari, SMS, telefon, internet sudah mula disekat secara berperingkat. Mati kutu dibuatnya. Saat itu terasa teknologi yang dibanggakan tidak dapat membantu. Terputus dari dunia luar. Apa yang berlaku di Tahrir pun tidak kami ketahui. Dunia luar lebih tahu keadaan kami. Maklumlah TV tidak kami miliki. Sedangkan itu sahajalah antara yang berfungsi untuk mendapatkan update terkini. Padahal Tahrir itu sangat dekat dengan kawasan kediaman bahkan jalan Kasr El-Einy menjadi penghubung kediaman ke Tahrir turut mengalami pergolakan. Penyebaran maklumat dibuat dari rumah ke rumah. Arahan untuk berjaga-jaga, berkawal malam (hirasah) kami terima. Tidak lena malam kami dibuatnya. Ada sahaja bunyi bising dan pertengkaran di luar sana.
Kekuatan yang luar biasa juga Sinar lihat dari perhimpunan ini. Kesedaran mereka mengatasi sekatan teknologi. Mereka bersatu tidak kira agama, tidak kira pangkat dan rupa.
Percutian vs Pelarian bermakna
Kedatangan Ummi dan Lek ke Mesir sudah lama diimpi-impikan. 29hb Januari sangat dinanti-nantikan. Sinar juga sedaya upaya menyediakan plan percutian yang terbaik buat mereka. Namun siapalah yang tahu perancangan Allah Yang Maha Kuasa. Mesir pula bergolak. Ura-ura pun banyak mengatakan airport tutup, semua penerbangan delayed. Hati anak mana yang tidak risau. Pastinya ibubapa lebih risaukan anak mereka kan =)
Tengahari itu seperti Allah mendengar keluhan hati. Sudah 2 hari tidak dapat berhubung. Tiba-tiba telefon housemate berdering, kemudian telefon Sinar pula. Panggilan daripada keluarga di Malaysia. Ya tanda talian sudah berfungsi. Namun sms masih tidak boleh dihantar mahupun diterima. Namun Lek dan Ummi masih tidak boleh dihubungi mungkin kerana masih dalam penerbangan. Cuba untuk positif bahawa mereka tetap tiba, bertemankan seorang junior dan rakan sekuliah kami redah sahaja. Alhamdulillah mereka selamat tiba walaupun sedikit lewat dari masa yang dijadualkan. Pada hari itu jugalah perintah berkurung bermula dari 4 petang hingga 8 pagi esoknya. Alhamdulillah mereka tiba awal dari perintah berkurung kalau tidak pasti kami terkandas di airport sahaja.
Rasa bersalah pula kerana mereka tidak dapat berjalan-jalan melihat keunikan Mesir. Apa yang dilihat hanya kereta kebal, tentera, rakyat yang memegang senjata. Kami banyak meluangkan masa di dalam rumah. Hanya sempat dua hari mereka bermalam di rumah Sinar. Selebihnya kami diarahkan berpindah ke Malaysian Hall. Alhamdulillah dapat juga mereka melihat universiti tempat kubelajar sebelum diarahkan berpindah. Namun mereka sangat positif berhadapan dengan situasi itu. Mereka cuba ceriakan suasana (^_^) Along kagum dengan kalian. Gurauan sentiasa menghangatkan suasana bersama.
Diarahkan berpindah. Menunggu teksi
Taklimat
Berkumpul pada 3 pagi untuk bersiap-siap kerana dijangka berlepas ke Jeddah
Berkali-kali juga Sinar memohon maaf namun mereka membalas,
"Allah hantar Lek dan Ummi untuk jaga Along. Main lari-lari. Pengalaman tu. Baru rasa macam mana darurat. Kalau tengok kat TV lain, alami sendiri lain."
Sinar masih setia bersama Lek dan Ummi hinggalah Malaysia Hall hampir kosong daripada rakyat Malaysia. Mereka semua diterbangkan ke Jeddah. Kami pula masih di sana. Alhamdulillah 6 Februari kami berangkat ke Malaysia menerusi Kuwait Airways.
Mesir pasti bersinar semula
Persoalan itu masih tanda tanya, tapi tidak salah untuk kita selaku saudara untuk terus berdoa dan berdoa. Selaku pelajar di sana, Sinar mahu terus belajar di ardul kinanah itu. Ada banyak perhitungan yang belum selesai. Bahkan Sinar rindu pada rumah, rakan seperjuangan dan Mesir sendiri. Entah apa yang mengikat diri sedangkan diri banyak saja rungutan bila di sana. Mungkin inilah pengajaran Allah beri. Wallahu'alam. Doakan kami pelajar-pelajar Mesir.
13 comments:
assalamualaikum,
sha dah kat msia ke sekarang ni? alhamdulillah al kulli hal.
suka baca post sha yang ni :)
duduk kat msia sampai bila?
Subhanallah..
Sebak terasa membaca post ini.
alhamdulillah slmt dh tuuu
Afeefah : Alhamdulillah ana sudah ada di Malaysia. Wallahu'alam sampai bila. Harap dapat jumpa sahibah2. Mungkin blh recharge iman
Husna : Bila ana ingat hari-hari itu semula. Ana pun jadi sebak, terharu dan tersenyum.
Faris : Alhamdulillah. Abang Faris camna?
membaca part umi n lek enti membalas tu, rasa sebak dan bergenang juga air mata ni. Mana tidaknya, ibu bapa kita sendiri kan yg dpt menjaga kita. Untung nya enti waktu itu, alhmdllh :)
InshaAllah semua ini ada hikmahnya. Semoga Mesir kembali pulih dengan kerajaan Islam yang memainkan peranan sebenar2nya ,inshaAllah:)
Welcome home, manfaatkan cuti sebaiknya ^_^
Khazinatul Asrar : Alhamdulillah. Allah hantar orang yang kita sayang. Tapi ana risau juga jadi apa2 time tu. Alhamdulillah selamat semuanya. Risau juga cuti ni ukhtie, tak tau berapa lama. Susah skit ana nak plan. InsyaAllah cuba dimanfaatkan. (^_^) Doakan.
abg frs dia g travel spain france uk tyme 28 hb tu rase.11hb n smpy klia dr france.akak kat umah dh n?nati msg no akak eh.dtgla uia free2.akak blnje fris.=p
Faris : Ooo.. Alhamdulillah abg faris ok. Ajak akak datang uia, tp akak belanja? Mana aci camtu.
Assalam,
Alhamdulillah sudah selamat pulang ke Malaysia. bagi saura muslim di sana kita doakan yg terbaik dibawah perlindungan Illahi dan dan diselamatkan dari kejahatan kaum munafiqin.
seronok dpt jmp sha di uitm shah alam..tp sat sgt..x dpt sembang lama2 jgk ngn maryam before dia nk walimah ni..huhu
kekangan masa yg teramat
me to mamawana:
Alhamdulillah. Kita doakan yang terbaik. Hosni dah turun. Moga selepas ini ada sinar untuk Mesir.
me to Atiqah:
Ana pun rasa semalam tu singkat sangat. Rindu tak terubat. Moga Allah mudahkan semua urusan sahibah2. Doakan ana juga. Moga dilapangkan hati dan urusan hidup dimudahkan.
Bestnya rase sendiri pengalaman masa perhimpunan rakyat mesir tu..
me to miss harti:
Nak lagi real and feel, kena join demo. (^_^)
Post a Comment