BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 01, 2011

Kecil tetapi celoteh bermakna

Apa khabar sahabat-sahabat? Malam ini Sinar mahu menceriakan diri. Alhamdulillah apabila Sinar mengingati epilog hidup bersama adik kecil Sinar, pasti tersenyum. Bahkan dia cukup manja dengan kami sekeluarga. Walaupun dia masih banyak kekurangan tapi ada sesuatu yang saya belajar dari kebersihan jiwanya. Bicara dia berbaur lucu tapi ada benarnya.

Kisah 1

"Kenapalah kucing kencing kat situ"

"Allah yang bagi kucing rasa nak kencing tu. Nak wat camna."

MasyaAllah hebat jawapan dia.

Kisah 2

"Peliklah kenapa kawan Salwa tak nak pakai tudung. Tak tau ke haram tak pakai."

Sentap pula aku mendengar si kecil bercakap pasal hukum.

Kisah 3

"Kawan salwa tu janji je nak datang. Puas tunggu tak jadi pula. Tipu! Tipu! Tipu tu dosa. Dosa tu seksa." Celoteh dia di malam hari.

"Seksa tu macam mana Ummi?" menyambung lagi soalan dia. Tergelak Ummi dan Sinar. Sendiri cakap sendiri tanya.

Maka, janganlah kita menabur janji kalau tidak mampu lunaskan. Munafik orang kata. Apatah lagi berjanji dengan budak-budak, memang deme akan ingat janji kita.

Kisah 4

Petang tu telefon salah seorang keluargaku berbunyi.

"Eh, bukan lagu tu tak syar'ie ke?"

"Syar'ie tu camna?" Sinar menguji.

"Yang Allah suka." Selamba dia balas.

Tahu juga dia pasal syarak tak syarak. Sinar tersenyum.

.......................................................................

Kadangkala kita rasa hidup jauh daripada sentuhan Allah. Sedar tak sedar ada daie kecil dalam rumah yang mendidik diri tentang hidup sebagai hamba Allah. Walaupun kecil besar hikmah penciptaannya kerana dialah manusia yang bersih dari dosa.

6 comments:

AA said...

yup btol
kanak2 ni bersih dr dosa...ahli syurga..mudahan dia membesar menjadi muslimah solehah dan bijak...

rndu jgk kat adik kte

sinar_islami said...

me to Atiqah :

Lainlah kita penuh dosa noda..
InsyaAllah, hebat cbrn membesar dalam suasana skrg. Doakan yang terbaik. Moga solehah hendaknya.

hood@sunny said...

Anak ibarat kain putih, ibubapalah yg mencorakkannya~

sinar_islami said...

me to hoodsunny :

Betul huda dan pastinya cabaran kita didik anak nanti hebat.

THI said...

nk kongsi citer ni ttg sorang anak d tdka akk berumur 5 thn btanya 'teacher2...palestine tu bumi tmpt lahir nabi2 kan...tp knapa Allah x tlg org palestine, knape biar je bdk tu putus kakinya'...tkedu dgn soalan die..ambil mase juga utk mjwb. Tarbiah yg kita beri mlahirkn anak2 yg bfikiran sbegini, perlu tdidik kite ni utk mdidik mrk.

sinar_islami said...

Nampak gayanya kita pun perlu bijak dalam memberi jawapan :)
Anak2 sekarang memang generasi y dan why... Banyak bertanya. InsyaAllah perkembangan yang sihat pada pembesaran kanak2. Otak mereka sedang berkembang.