BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 25, 2011

Titian Kehidupan : Carilah bekalan



Meniti hari-hari kehidupan

Tiada apa yang lebih mendebarkan sekiranya berlakunya perubahan dalam fasa kehidupan. Melangkah ke alam baru semestinya menuntut satu persiapan. Maka, Sinar, kamu dan kamu tidak akan lepas dari mempersiapkan diri setiap saat dalam kehidupan ini.

Esok? Tahukah apa yang akan terjadi?


Sungguh indah melihat bunga di taman, namun akan ada saat bunga juga berguguran...

Setiap hari pasti akan ada perubahan. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Dulu kita anak kecil kemudian melangkah dewasa. Dari alam persekolahan dan pengajian kita beralih ke alam kerjaya dan keluarga. Begitulah rotasi sebuah kehidupan. Ibarat titian yang panjang tapi hakikatnya cuma sebentar.

Matlamat yang tidak dimakan usia

Tiadalah yang membezakan semua ini melainkan faktor masa namun apa yang masih sama adalah matlamat akhir seorang manusia. Itu mungkin berlainan dari manusia kepada manusia yang lain. Namun bagi Muslim yang sedar, seharusnya matlamatnya kekal sama hingga ke penghujungnya. Jika 'terjatuh' di celah fasa perubahan maka dia tahu kepada haluannya. Dia tidak mudah melatah dalam meniti dunia. Namun apakah rahsianya untuk kekal lama dan sampai pada matlamat yang dicitakan. Maka di situlah perlunya bekalan meniti sebuah kehidupan. Bekalan ini tidak pernah berubah cuma kita perlu berusaha mencari dan mencari.

Al-Quran sudah khabarkan tinggal KITA cari!

Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal

(Al-Baqarah : 197)

Nah, bekalan itulah yang perlu dicari, perlu diisi ke dalam hati. Jika tidak kita bakal terkandas di salah satu stesen kehidupan. Berapa ramai yang putus asa kerana tiada bekalan ini, lalu memilih jalan bunuh diri. Sadis bukan. Inilah realiti. Bila mana dirasakan seolah-olah dunia matlamat akhir maka, di situlah tamat riwayat hidupnya. Sedangkan perjalanan kita masih berbaki di akhirat sana. Mahukah kita rugi di persimpangan dunia ini? Maka ayuh, berbekallah!

Walaupun dengan akal yang Allah kurnia masih ramai yang terlepas dalam mencari bekalan sebenar. Sungguh di luar ini banyak cabaran. Tribulasi yang penuh seribu ragam. Takkan sama dengan teori bahkan inilah medan sebenar. Dulu di Medan Islami kita diterangkan Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkannya. Namun di medan ini, kita lihat di mana Islam? Hilang? Kenapa?

Maka adakah sama peranan mereka yang memahami tugas manusia sebagai khalifah dengan yang tidak memahami. Itulah peranan generasi muda berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, menegakkan ma'ruf akbar dan meruntuhkan jahilayah akbar.

Usahlah takut mendepani dunia luar. Terbanglah dalam sayap iman dan taqwa di situlah lahirnya kekuatan. Izzahlah dengan Islam yang engkau fahami, jangan terungkai dengan keseronokan duniawi. Kelazatan dunia yang sementara boleh mengundang kebinasaan kekal abadi.

Wahai diri sahabat dan adik-adik harapan Islam

Bagi memastikan diri terus terpelihara, berpeganglah dengan 5 M ini seperti mana diri ini cuba memegangnya. Ya sungguh kita lemah, tetapi jangan sekali-kali membenarkan kita lemas dan rebah selama-lamanya.

1. Mu'amalah dan Mu'ahadah (Mengingati janji)

Hendaklah kita mengingati perjanjian dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb.

2. Muraqabah (Merasa pengawasan Allah)

Merasakan keagungan Allah setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya di kala sendirian mahupun di khalayak ramai.

3. Muhasabah (Perbaiki diri)

Menghisab diri ketika selesai melakukan amal. Apakah amalan tulus kerana Allah atau dicemari sifat riya? Apakah ada dosa yang tersisa?

4. Mu'aqabah (Menebus kesalahan)

Memberi hukuman pada diri agar tidak mudah melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar ditinggalkan

5. Mujahadah

Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia.

Begitulah sedikit perkongsian. InsyaAllah sama-sama mengingatkan diri untuk sentiasa berpegang pada 5M ini. Sebelum mengakhiri entri kali ini, khusus untuk putera dan puteri SPM '10 yang baru memperoleh keputusan kelmarin moga kalian terus thabat dan istiqamah di jalan kebenaran. Khusus buat adikku, perjalanan masih panjang. Jadilah dirimu dan jadikan Allah matlamat akhirmu. InsyaAllah kejayaan dan kebahagian akan dikau miliki. Susah payah di dunia adalah kemanisan di akhirat nanti. Jangan pernah serik ^_^ kerana Allah sedang menilai siapa kamu di sisi-Nya. Doakan Along juga.

Akhir kalam moga ada ruang untuk kita terus meraih cinta Illahi. Moga semua pembaca dirahmati Allah.

Terus dan terus melangkah.

9 comments:

PCCW said...

artikel yg mnarik..

sinar_islami said...

me to PCCW :

Terima kasih atas kunjungan. Moga beroleh manfaat :)

PCCW said...

sama2x....wahhh byk btol artikel2x karangn saudari....br abis 1/4 saye bace....haha..
moga2x Allah permdhkan urusan saudari dalam da'wah dan tarbiyah..amin

Ummu 'Ammar said...

Orang yang mati dalam perjuangan dakwah tidak sama dengan orang yang mati dalam perjuangan nafsu, iaitu ia tidak sama dari segi perasaannya terhadap penderitaan dan penat lelah yang dialaminya.

Tahniah khas untuk adik atas kejayaan yang cemerlang.

Semoga kita semua thabat di jalanNya...

sinar_islami said...

me to pccw :

1/4? Kagum Sinar ada yang semangat membaca. Erm pastinya ada jumpa kesalahan dan kelemahan dalam artikel Sinar kan? Sudi sudilah tegur untuk penambahbaikkan. Mungkin ada sahaja yang Sinar tidak berjaya laksanakan dalam kehidupan. :) Maka ingatkanlah Sinar supaya beramal.

me to Ummu Ammar :

Moga Allah beri kita pengakhiran yang baik. Gerun jika dipanggil pulang dalam keadaan bertuankan nafsu.

Doakan kami semua terus cemerlang dunia dan akhirat

PCCW said...

alhamdulillah...dh katam pon seme artikel saudari sye bce...klu ingnkn pnmbahbaikkan sye pon xtau nk ckp ape..sbbnye byk topic yg d ketengahkn saudari mnyerdarkn saye tntg ksilapan yg bnyk sye lakukan..lg2x bab smoking tuh..hahaa..btol2x insap..hehe..harap2x saudari dpt truskan pnulisan d blog nie...salamz alaiki

ummu said...

assalamualaikum
cinta ilahi
syukran laki
ya ukhti
atas entry ini
moga Allah sayang kita dunia kahirat

haway mutasawwil said...

subhanallah.syukran kak ats perkongsian

sinar_islami said...

me to PCCW:

Alhamdulillah. Doakan saya juga moga terus kekal di jalan yang benar, kalau kita tergelincir lekas berpegang pada tali Allah. InsyaAllah yang mana baik diambil, yang buruk jadikan sempadan. Berubahlah selagi yang termampu. Mohon pada-Nya selalu. Perubahan sangat perlu dalam sebuah kehidupan. :)

me to Ummu:

Ameen. Moga Allah himpunkan kita di Syurga nanti. Biar mujahadah kita berbaloi. :) Jom usaha menjadi hamba yang terbaik!

me to Faris:

La syukran ala wajib. Ini pun untuk akak peringatkan diri akak. Sama2 berbaiki diri :)

11:33 PM