BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 05, 2009

Ayuh Gandakan Selawat


~::Ayuh Gandakan Selawat::~

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati Ummati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

~~:~~


Menebal rindu di dada andai lirik nasyid ini dihayati dengan sedalam-dalamnya. Bahkan kerinduan dan kecintaan yang sebenarnya tidak mampu diungkapkan hatta dengan kata-kata sekalipun. Justeru kita sebagai umat baginda seharusnya tidak memandang enteng akan sirah baginda bahkan inilah yang kita harus titik beratkan berbanding isu-isu semasa lain. Jika diimbaskan kembali, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya amat luar biasa, malah kehadiran baginda mengubah dunia yang fana ini dari gelap pekatnya jahiliyah kepada cahaya keimanan.
~~:~~
Dikatakan tak kenal maka tak cinta. Justeru teramatlah rugi seandainya kita tidak mengetahui rentetan perjalanan hidup baginda serta sunnahnya. Namun kita sebagai umat Islam mesti menjauhi sikap golongan kuffar yang mana mereka mengenali Nabi Muhammad s.a.w namun perkhabaran itu bukan menambahkan keimanan mereka terhadap Allah bahkan sebaliknya berlaku iaitu dengan menyemarakkan lagi api dendam mereka yang tidak berasas. Moga hidayah milik mereka serta moga Allah pelihara iman kita juga..


Marilah kita merenungi dan persoal diri. Apa erti kasih apabila kita hanya mengenal budi pekerti baginda tetapi tidak membenihkan rasa taat ? Apa maksud sayang apabila hanya memahami erti pengorbanan dan jasa baginda tetapi tidak mahu ikuti jejak langkahnya? Apa makna cinta apabila kita hanya mengetahui peribadi dan langkah perjuangannya tetapi tidak mahu menuruti sunnahnya? Tidak bersalahkah kita apabila hanya berbangga menyebut tentang kehebatan Rasulullah tetapi tidak berusaha untuk mencontohinya. Firman Allah


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”(Al-Ahzab:21)


Maka sudah tiada lagi istilah ragu-ragu buat diri setiap Muslim. Malah lebih memalangkan lagi apabila kita hilang sensitiviti apabila ada golongan manusia yang memperlekehkan sunnah dan keperibadian baginda. Jelas seperti yang telah dilakukan oleh sebilangan kecil warganegara Denmark tentang karikatur yang menghina Junjungan Besar kita Muhammad s.aw. Justeru konsep cintakan sunnah dan cintakan Junjungan Besar haruslah diperjelaskan dan dipergilapkan lagi.Namun cinta pada Rasulullah tidak akan bererti tanpa mengotakan apa yang dikatakan tentang baginda


“Tidak patut bagi seorang mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan suatu perkara untuk mereka, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.
(QS. Al Ahzab: 36)


Tuntasnya menghidupkan sunnah Rasulullah baik dalam ibadah, akhlak, dan dalam semua sendi kehidupan kita adalah sangat-sangat digalakkan, sehigga kita menjadi orang asing di tengah jutaan agama dan bangsa lain masa kini. Sesungguhnya hanya Islam deen yang diredhai Allah. Rasulullah pernah bersabda:“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)


Teringat pula..Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,"kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

Kitalah ikhwan itu....
~::Ayuh hidupkan sunnah, mantapkan ibadah & lazimilah selawat::~

11 comments:

Anonymous said...

mdh2n tulisan kata2 Rasulullah yg pernah tertulis d hati kita tak kan bisa terpadam selama2nya..shingga kt mnutup mata..
mohon mningkat cinta kasih dan rindu pd kekasihMu ya Allah..

sinar_islami said...

ameen mudah-mudahan begitu la ukhti
moga kita sempat bersama baginda nanti~

dR.DidiE said...

moga dihadiahkan rindu itu juga..huhu

sinar_islami said...

rindu kan ^-^
smbil pahatkn rindu yang mendalam pada baginda..rindu akak juga
moga syafaat baginda kita perolehi nanti

Dr Amad said...

Nice article...Dia ingat kita,kita ingat Dia tak?

sinar_islami said...

kata2 yang menusuk..
Betul...adakah kita igt??
DOsa & pahala kita pun tak menentu berat belah mana kan..mmm
Dalam tindakan, dalam beramal renung-renungkanlah

Sabda Rasulullah saw:

لا طا عة لمخلوق في معصية الخالق

“Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam ma’siat kepada Allah”

Moga ingtan dan amalan kita bersih di jalan Allah

Anonymous said...

Ana tesentuh dgn perenggan terakhir..ketika Rasulullah berkata baginda rindukan kita..

Ya Rasulullah...

(Anti..anaminta izin copy paste artikel ni ke blog ana..syukran..!)

Anonymous said...

Ala...
ana lupa plak...
ana guna IE..
xle nk copy.
xde mozilla..T_T

sinar_islami said...

tu la sedih mengenangkan :(
baginda sejak dulu igt kita..kita?mga2 bukan tym maulud shj

ps:: ana bgi kot email ya ^-^

hood@sunny said...

Sedihnya bila teringat betapa kasihnya Rasulullah pada ummatnya, termasuklah diri kita yg jarang sekali mengingati baginda..
Astaghfirullah

Allahumma solli 3ala Muhammad. ya rabbi solli 3alaihi wa sallim~

sinar_islami said...

Betul hood~
kadang2 sekali di'kempen'kan bru nk igt..

Astaghfirullah...

but syahadah yg saban hari diucapkan usai solah turut mmbantu mengingati Allah dan Rasul-Nya. Moga Allah memelihara akal dan ingatan kita

kita usaha lagi agr lebih mengingti bginda sbb kita kena jadi muslim mukmin luar biasa~

mmm org Islam lagi2 yang bertakwa dan amilin mmg luar biasa~cuba praktikal nya kita kena gandakan...
Ayuh gandakan selawat juga