BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 28, 2009

Menjadi



::Erti Hidup dalam Mencari::

~warna-warna kehidupan~

Seputar perjalanan waktu, Sehangat pancaran matahari, seredup awanan pagi manusia tak putus-putus dari kesibukan menguruskan diri. Ada yang sibuk dengan urusan peribadi, menyendiri tak kurang juga yang sentiasa menghargai manusia di sekelilingnya.


Apakah yang dicari ?



Kadang-kadang manusia buntu, ditanya matlamat hidup dia sudah menggaru tidak tahu. Ramai hilang arah namun sudah bertapak-tapak melangkah. Adakah akan sampai ke destinasi jika tempat yang ingin dituju juga masih tidak diketahui ? Begitulah jua hidup ini, jika tiada matlamat kita pasti hilang arah, mudah tergelincir dan sesat dalam menilai kehendak dunia.

Adakah kita diciptakan untuk suka-suka? Bangun, makan, minum, belajar, bekerja, tidur dan rutin yang sama berulang. Tidakkah bosan hidup begitu? Justeru jika bosan ditambah masalah membebankan, arak, couple, rempit dan rokok kah penawar ? Kenapa cari jalan singkat ? Nyawa dan maruah anda berharga dan tidak layak diperlaku sedemikian rupa. Fikirkanlah kenapa anda hadir ke dunia. Lihatlah proses kejadian manusia, yang sudah pasti menginsafkan anda untuk memperlakukan diri sedemikian rupa. 9 bulan anda dipelihara dalam kandungan seorang insan yang mengharap anda bahagia. Kemunculan anda di dunia dinanti-nanti. Ya anda suci sebenarnya. Lalu sucikanlah dirimu dan kembalikan fitrahmu yang dahulu

Sentiasa persoalkan, dari mana kita didatangkan? Kenapa kita didatangkan dan ke mana kita akan pergi? Di situ pasti ada jawapan. Kewujudan kita bukannya kebetulan tapi ia adalah KETENTUAN dan pasti ada misi kita didatangkan.

Sudah ketemu jawapannya??

~Jom ketuk pintu hati~


Marilah sama-sama tenangkan jiwa dari kekusutan duniawi, rehat sebentar mencari hakikat diri.

“ Dan tidaklah KAMI ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah(kepada KAMI)”

Itulah matlamat kehidupan insan. Itulah tujuan manusia diciptakan. Tidakkah kalian lihat, ALLAH menciptakan kita, maka matlamat kita adalah ALLAH semata-mata. Pemilik jiwamu adalah Dia, Allah Yang Maha Esa, Maha Melihat, Maha Perkasa.

Ingatlah matlamat tanpa perjuangan juga sia-sia. Buktikan dengan amalan. Di sebalik getirnya perjuangan Rasulullah dan sahabat terdahulu juga, sudah banyak jasad dan nyawa jadi taruhan, sudah banyak darah dipersaksikan untuk menyambung risalah suci ini. Takkan terhasilnya sebuah kejayaan hanya dengan omongan kosong tanpa pengorbanan dan gerak kerja. Kalau ingin cinta Allah buktikan! Masjid sudahkan kau imarahkan? Solahmu sudahkah kau kerjakan? Mengajak pada kebaikan sudahkah kau war-warkan? Maksiat sudahkah kau tinggalkan?


Kemaksiatan tidak sempat atau takut pada-Nya?


“ Sahibah-sahibah harapan ummah, beringatlah dalam menghadapi tipu daya dunia. Cuba sedaya upaya antum jauhilah kemaksiatan sebab itu yang akan mengikis peribadi dan kesedaran antum. Renung-renungkanlah adakah kita tidak sempat berbuat maksiat atau sebenarnya kita takut pada-Nya?”

Petang itu hatiku terusik, pesanan terakhir betul-betul menyentap nurani untuk terus menilai dan menghisab hari hari yang berlalu tambah pula di bawah pohon rendang itu hati-hati kami bersatu. Tamparan angin petang itu juga, mengajak kami menghitung amal-amal lalu. Anda pula bagaimana. Sama-sama kita renungkan. Sudah berpuas hati dengan amal lalu.Yakinkah pahala mengatasi dosa? Bertaubatlah kita selagi ada masa.

~Pintu Taubat masih terbuka~


Redhakah Allah dalam setiap amal ku ? Adakah kerana sibuk maka tiada waktu berbuat maksiat atau sebenarnya aku belum kuat menghadapi saat itu. Moga Allah pelihara jiwa kita. Persoalkan..kita takut pada-Nya atau kita tiada masa berbuat maksiat..yang mana kondisi kita..?


Erti hidup dalam mencari


Kebiasaan kita mengenal Islam dalam bentuk ‘warisan’. Betulkan? Maka itu harus diteliti. Anda harus mencari dan mencari hakikat kesyumulan Islam itu sendiri. Jihad dalam mencari hidayah. Jangan hingga anda di uji anda menyesal tanpa bunyi. Firman Allah::

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggakan merka mengubah nasib dan keadaan mereka sendiri”

Ya..tak dinafikan ramai yang ditanya pasal hukum banyak dalil dan nas boleh diberi. Namun bukan keintelektual sahaja yang diharapkan. Lebih bermakna kesedaran yang mengakar dalam diri. Teori penuh tapi jika amal sifar kita ibarat tin kosong. Bunyi saja kuat mengalahkan isi. Perkara ini harus kita bendung. Ya rabb permudahkanlah pencarian ini. Hakikat tarbiyah atau proses didikan hati ini, bukan dulu dan sekarang tapi sampai mati. Mencari itu sampai kita menemui ajal nanti.


Dalam mencari erti hidup
Ujian itu pasti


Kalam Illahi tercatat sudah, Al-Ankabut:2 merungkai madah

“Adakah manusia menyangka dia akan ditinggalkan setelah mengatakan "kami telah beriman", sedangkan dia belum diuji.”

Kesusahan, kehilangan itu ujian, kesenangan dan kekayaan itu ujian juga. Manusia tidak lepas dari Penilai Agung. Cuma kita sering leka dan terlepas pandang. Ujian bukan pematah semangat tapi platform mendekatkan diri pada Rabbul Izzati. Kembalilah pada-Nya kerana hanya dengan-Nya hati akan tenang dan tenteram seadanya. Carilah sebaik-baik teman dan penuhilah bekalan dengan sebaik-baik bekalan. Sahabat sejati dan bekalan taqwa itulah jawapan. Moga saat lemah ada yang sudi menghulurkan tangan dan meminjamkan bahu buat sandaran.


Teringat saat seorang teman diuji. Bait-baitnya cukup membuatkan diri dirundum sebak dan hati mula memainkan irama pilu..

“Biarkan ana mati sebentar ukhti, ana nak cari diri” keluhan lembut seorang teman saat diuji, keadaannya sangat tidak bermaya, dia mengalami partial amnesia. Dia cuba Melelapkan mata atas desakan teman-temannya namun pada hakikatnya dirinya sedang keliru siapakah dia ketika itu. Sedih teman-teman yang datang menziarahinya.

Namun jauh dilubuk hati, daku kagum melihat detik ini. Saat beliau sakit ramai sahabatnya sudi menemani walaupun terpaksa bermusafir beberapa hari. Peri pentingnya membina ukhwah yang didasari hanya kerana-Nya. Saat rebah ada yang sudi memapah kembali.

Ya Rabb pelihara hidayah ini dan sampaikan kami pada destinasi cinta hakiki-Mu. Dalam mencari erti hidup ini. Carilah teman ~Al-Quran teman setia diikuti sahabat sejati. Paling utama bergantunglah hanya sanya pada-Nya. Ya Rabb matikan kami dalam pancaran hidayah dan taufik dari-Mu

10 comments:

hood@sunny said...

Allah bantulah sahabat ana itu...
Tunjukilah kami jalan yg lurus...
Hanya padaMu kami memohon pertolongan..

sinar_islami said...

Ameen..
mga Allah bantu dia..
terharu ngan antum smua..tiada pengganti rasanya

mga ukhwah yang bertaut hingga akhirnya..kiranya ana lalai khabarkn ya..

sama2 kita bina peribadi fard Muslim dan pasakkan keyakinan pada-Nya

aeshah said...

dimanakah sahabat sejati itu?
adakah ia masih wujud lg di dunia
yg penuh tipu daya ini....

Dr Amad said...

Manusia tidak bergerak kearah kebenaran jika semata hanya dengan TAHU.Manusia bergerak kerana kebaikan dengan hadirnya MAHU.Dan MAHU itu soal HATI.

Allah pemilik segala HATI

Berjalan tanpa tujuan,sia-sia.
Berteori tanpa amal,retorik.
Berteori & amal adalah Amal Islami

sinar_islami said...

me to aeshah::

Pohonlah pada-Nya. Nothing is imposibble in consideration to HIS Power. pastinya ada. tapi bukan sahabat sejati tu benda fantasi~hubungan happy eva after. Dalam apa jua hal pasti akan diuji & totally nobody is perfect... everything in His Hand n every choice ada kat tgn kita. Kita nak pilih yang mana..? Terpulang pada kita kan.. :)

InsyaAllah ukhti akan temui yang serasi. Dalam berukhwah sentiasalah kita memandang mereka dgn perasaan kasih dan memaafkan orang lain dan melihat mereka dengan sangkaan yang baik nescaya kita akan merasai nikmat kehidupan. Then dari situ kita akan saling lengkap melengkapi.

Itu tujuan kita bersahabat.Sama-sama tarbiyah hati dan panjangkan doa agar sama2 merasai nikmat ukhwah dan mahabbatullah.

Apa2 pun semuanya dari Allah.

Sama2 kita berubah dan pastinya mengubah dan berubah itu memakan masa ukhti..Jom berhijrah menjadi insan lebih baik.

Ana pun byk kelemahan..

moga kita tergolong dalam gol ini

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

sinar_islami said...

me to Dr Amad::

Tugas kita:

-Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
-Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
-Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
-Berjuang hingga ke titisan terakhir
-Slogan kita : ‘Allah matlamat, Rasul Ikutan, Quran perlembagaan, Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
-Berkeyakinan

Titik kekuatan:
-Iman
-Ukhuwwah
-Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)

~note ringkas dri IHAB~

Maka dari hakikat TAHU, Tanggungjawab kita menolong memberitahu, membimbing..

Dari hakikat Mahu..aiwah kena kembali kepada-Nya.. Doa kita panjangkan sllu.. siapalah kita hendak mengubah insan, kita hanya mampu menyampaikan & berusaha . Hakikatnya kita juga insan dan kita juga hamba serta kita juga sedang mencari redha Illahi.

Segala-galanya kita serah pada-Nya kerana kondisi akan datang pun masih dalam genggamannya kan..

Dia Pemilik Hati dan Dia juga Pemilik hidayah..Moga TAHU & MAHU itu hadir..biiznillah..Moga itu juga kekal dalam diri ini dan jua teman2 sekalian serta buat yang masih keliru,kita sama2doakn..

wallahu3alam..

ps: 2 kalimah yang ckup penting, TAHU & MAhu. Syukran . Keywords yang bermakna

husna said...

Ya muqallibal qulub,thabit qulub ala deenik

sinar_islami said...

Ameen.. ^-^
Mga Allah rahmati dan permudahkan jalanmu ukhti.. Mga kita sempat bertemu.. hajat sgt

Ami Farhani MNA said...

yeay..berjaya komen akhirnya!! gune google chrome ni bestla:)

well, erti hidup dalam mencari..dalam nak mencari tu pasti perlukan teman, bukan? hope you could be the one..

sinar_islami said...

tahniah ami :) akhirnya berjaya lagi..bersungguh anti ni ye..ni srikandi yg kita nak

Dalam hidup jga berusaha menjadi insan yang Allah redhai..moga2 kita sama2 dapat merentasi dunia ini bersama..

Yes I do.. ^-^
Let either choose either 2; to
Win as MUJAHID or die as SYAHID
sama2 berjuang ayuh..
May Allah bless u may dear