~Dia mengingatkan~
Pagi itu sungguh mendamaikan. Seusai sahaja remaja itu selesai menunaikan subuh, terus dia melangkah ke bilik adik kesayangannya. Dilihat si kecil itu baring keletihan gara-gara demam,
Si angahnya terus bertanya pada si kecil yang berusia 4 tahun itu,
“Sudah solah ya. Wawa kenapa ni?” diusap kepala kecil itu.
“Wawa demam la Angah,” petah dia menjawab sambil senyum tawar
“Siannya adik Angah, Angah nak balik dah sekejap lagi. Allah dah izin demam ya. Wawa, nak pesan atau nak cerita apa-apa kat Angah,” pinta si Angah sarat dengan rindu yang masih tak berubat tapi perlu meneruskn perjuangan di medan ilmu..
“Ade wawa nak citer..mmm..,”sambil melabuhkn pandangannya ke siling si kecil petah melantunkn kata-kata.
”Pagi petang pagi petang mmm hidup mati hidup mati lepas tu nanti bila kita mati kita masuk syurgakan Angah” Tutur si kecil sambil batuk-batuk kecil. Comel sungguh walau ayat-ayatnya tidak la lengkap. Tapi ada sesuatu…
Terkedu si Angah si adik mampu menuturkn sedemikian rupa
“Adik nak jumpa sapa?”
“Nak jumpa Allah lah, apa la Angah ni”
Si Angah kagum dengan si kecil…Sungguh ini satu peringatan…kalam dari Illahi buat diri yang lupa dan sering kali lalai dan mengeluh dalam meniti kehidupan
Kisah+Renungan 2
Hari ini Sarah tak menang tangan menyelesaikan urusan peribadi, kuliahnya dan persatuannya. Hatta hari ini dia terpaksa bergegas ke Malaysia Hall untuk bermesyuarat.
Dalam perjalanan menaiki teksi bersama dua temannya, sambil memikirkan cara merungkai keserabutan di fikirannya, lantaran tiket kapal terbangnya yang bermasalah serta keputusan peperiksaan yang bakal keluar dan pelbagai urusan dunianya. Tiba-tiba sebuah kereta biru memintas dengan laju dari arah kiri dan ini sedikit sebanyak menganggu lamunannya.
“ Tak bertauliah betulla pemandu ni” kata-kata Elya tak semena-mena memecah kesunyian kereta tika itu
“Biasa la tu, semua nak rush, asal tak accident sudah,” balas Rina
“Ye ye la antum ni” balas Sarah
Masin sungguh mulut Rina, kereta biru itu kini di depan teksi sedang berpusing 180 darjah. Kemas pusinngannya. Dan teksi mereka meluru laju tika ini kearah kereta biru tersebut yang sudah pun berlanggar dengan sebuah kereta merah dan kini kedua-dua kereta menyambut teksi kami. Segala-galanya pantas.
“Ammu!!” Jerita sarah. Terus teksi berhenti saat ini.
“Ya Ibnu Kalb Ya #.%* ” maki pakcik teksi sambil membuka cermin tingkap kepada pemuda, pemilik kereta biru. Geleng kepala mereka bertiga. Inilah Arab. Alhamdulillah selamat.
Jalan terus sesak tika ini. Sesesak itu jugalah dada Sarah memikirkan kalaulah dia mati. Tergamam dia saat ini dan terus kalimah syukur meniti dibibir kerana terselamat dari kecelakaan jalan raya ini. Menyesal tak sudah andai mati dalam keadaan serabut mengingtkan dunia. Istighfar panjang dia..
Sungguh ini sebuah peringatan. Ingat Allah sentiasa. Benar ajal tak kenal keadaan dan masa.
Dari mana nak ke mana? ^-^
Apa ya agaknya yang daku nak bawa dalam kisah-kisah ini. Cuba kita teliti dalam kita mengharungi hari-hari yang lalu, banyak sudah peristiwa yang berlaku. Persoalkan kembali adakah setiap saat ingatan kita bersama-Nya. Ingatkah kita pada Pencipta? Bersediakah kita jika di panggil pulang? Amal kita bagaimana? Masih merungut dengan urusan dunia? Tidakkah itu ujian? Adakah setiap tindakanmu ibadah? Laksanakah sudah hak-hak kamu pada Rabb, Rasul dan mereka disekeling mu? Aduh banyak sungguh soalan-soalan ini. Namun ini la yang perlu kita beratkan agar kita tak lupa dari mana kita didatangkan, kenapa kita didatangkan dan ke mana akan kita pergi.
"Perbanyaklah kalian mengingat mati, kerana seorang hamba yang banyak mengingat mati, maka Allah akan menghidupkan hatinya, dan Allah akan meringankan baginya sakitnya kematian." (HR. Dailami)
Ya…pentingnya kita selalu zikrul maut..sekaligus melengkapkan pakej zikrullah. Zikrul Maut mampu menghidupkan hati yang leka, hati yang keras hatta siapa pun dia. Muslimkah ia, yahudikah ia, hatta ateis mungkin sahaja mengaku tuhan ada, saat di ambang maut. Na’uzubillah moga Allah pelihara kita di jalan yang benar. Namun bagi kita, istilah zikrul maut sepatutnya sudah tidak asing lagi bagi kita yang bergelar muslim mukmin wa amilin InsyaAllah.
Si kristian saat di landa musibah pun mampu mengucapkan “ Oh my God”
Tambah pula kita Muslim, seharusnya kalimah paling ringkas yang wajar dilantunkan “ Ya Allah,”..Moga itu yang terlebih dahulu keluar mulut kita dari kalimah “Opocot”~syndrom melatah yang kian sinonim dengan masyarakat kita.Jika diteliti benarlah, mengingati mati menghidupkan hati. Ayuh moga ini dapat hidupkan hati, jika tidak hati akan mengeras dan dipenuhi dengan kerak maksiat. Bersama-samalah setiap hari kita pohon kepada Allah supaya اهدنا الصراط المستقيم menjadi realiti kelak.
Wallahu'alam..peringatan buat diri yang sering kali lupa
11 comments:
a'ah la sha..
bermakna sungguh post ni..
kengkadang tu kesibukan kita dengan pelajaran dn hal2 lain membuatkan kita mengurangkan masa kita bersamaNya..
Ya Allah,ampunilah segala kelalaianku..
huhu..kisah+renungan 1 tu btol2 bermakna.."angah btol2 rindu wawa..huhu"
me to a_akn::
bermakna juga post ini di hati ana..
ikutkan byk lagi nak cerita..
tapi biarlah sikit buat renungan yang panjang..relatekan dgn kehidupan masing2 kan ^-^
Moga2 Allah kira kesibukan kita sambil mengarahkan hati kita sentiasa ke jalan yang benar.
Ameen..
me to hamada::
aiwah..
jangan menangis sudah..sama2 ambil pengajaran..si kecil mampu ingat Penciptanya..si remaja apatah lagi.. sama2 usaha ingat pada-Nya
:) wawa ade org rindu..
Ungkapan "OMG" biarlah dilafaz bukan sahaja bila menerima ujian.Tetapi pada semua keadaan.
Orang bukan Islam yang tidak pakai baju menyebut OMG berbeza dengan insan yang menyebut OMG dalam munajat mereka.
Article bagus...keep momentum
Peringatan berguna Dr Amad..
Tak kira apa jua situasi ingat Allah sentiasa..
ps::sekali baca trus igtn ana pada O&G then oh OMG rupernya.. ^-^
ader org mntk saya komen sumthg..erm..sgt2 la tertrk dgn kish first tu..sorry la klo my guesg ni slh yer 'along'..'angah' tu...si abg..'wawa' tu ...salwa..btol tk..rindu yg mne stu ni,,tp serius..byk bg pgajaran dlm sibuk2 pkir kn bnde len..rupenye..ader bnde yg lg pntg..dh teraba..anyway..gud job..salam
ni mesti efa kan.. :) slh malu je
wawa tu betul dah..tot angah tu slh..
dalam hidup kita ni sllu je kita serabutkan kepala ngan benda2 yg kurg penting..dan kita kurg bersyukur hatta keadaan kita tak la diuji mcm teman2 di Palestin..
Moga Allah bantu dan teguhkn kita atas deenNya
btw sama2 ambk pengajarn dari sekeliling ^-^
sesungguhnya, tidak cukupkah MATI sbg peringatan ..
Astaghfirullah~
peringtan yg berguna hood..
moga sama2 kita beringat.. :)
syukran sha...
peringatan buat diri ini dikala exam duniawi makin mendekati..
'exam akhirat' nnt macam mane ye?
moga pengakhiran kita nnt dgn husnul khatimah..
afwan ukhti...
itulah..kita lagi mudah nervous dan cuba prepare sehbs baik utk exm dunia..tapi mga2 ada keberktn dan penginsfn utk kita bersiap menghadapi exm akhirt yang pastinya tiada langsung peluang kedua.. Ya Rabb bantulah kami..
syukrn ukhti mengingtkn...
Post a Comment