BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 05, 2010

Di Hari Lahirku

Semalam, diambang 21 tahun melabuhkan tirainya

Jam di tangan baru 3.31 petang kira-kira 9.31 malam waktu malaysia
Satu Mesej Pesanan Ringkas diterima.



"Selamat Hari Lahir Along. Semoga anak Ummi sihat, bertambah iman dan terus menjadi anak solehah buat Ummi dan Lek. Ameen. Umi juga doakan mudah-mudahan Along dapat jodoh yang baik dan Mumtaz dalam akademik serta TERBAIK dalam segala hal"

Terharu dibuatnya. Doa umi, sentiasa mengingatkan diri yang lupa dan Sms ini juga membuatkan daku sebak sambil tersenyum. Sudah bertambah perkara dalam doa Ummi rupanya. Apa-apa pun bertambah rindu dibuatnya. Walaupun 5 januari secara zahirnya belum memunculkan diri di Malaysia dan di Mesir, Umi sudah pun menempah tempat terawal dalam mengucapkannya. Jazakillah. Sebenarnya selaku anak, hajat dihati kali ini biarlah jadi yang terawal mengucapkn terima kasih kepada ummi dan lek. Tapi tidak kesampaian. Dipintas Ummi. Hebat Ummi ni.

Selepas berbalas sms, ummi terlebih dahulu menelefon anaknya dari jauh. Tak terlawan kepantasan umi

" Assalamualaikum. Along sihat?"

"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah mi, Along sihat. Hehe mesti Ummi sibuk kan, Lek ada tak tu?"

" Ada je ni, Lek duk scan tu. Kami baru je balik dari rumah Ami Pa hantar kad.

"Ooo, pi hantar kad. Macam-macam la Ummi kena urus ye. Sian lak Along tak da nak tolong."

"Biasa la tu Long...." Banyak lagi la yang disembangkan dan gurau-gurau tu agenda utama.

"Sembang panjang dah. Dapat tak sms ummi?"

"Sms? Hehe dapat-dapat, panjangnya doa Ummi untuk Along ye"

"Setiap parent mahukan yang terbaik untuk anaknya."

"Syukran Ummi dan Lek. Actually banyak jasa yang tak mampu Along balas."

" Tak pe. Selamat hari Lahir sekali lagi buat Along."

"Mi ni buat Along terharu pula. Terima kasih didik dan besarkan Along. Sampaikan salam sayang kat Lek juga."


Begitulah sembang petang kami berdua. Ummi terlebih dahulu mengucapkan selamat hari lahir buat diri. Orang kata, hubungan dan rasa hati si anak dan ibu takkan terpisah dek benua. Ummi dari jauh lagi dah tahu kerinduan dan hajat hati ni. Tak cukup sebenarnya ucapan seinfiniti terima kasih dan penghargaan kerana jasa mereka tak terhitung dek jari bahkan tanpa mereka siapalah diri ini didunia.

" Redha Allah bersama redha ibu bapa"

Itulah yang kucuba penuhi. Seinfiniti terima kasih buat Ummi dan Lek. Bertambah pula rindu apabila menyebut dan mengingati insan tersayang ini. Ya Allah Ya Tuhanku, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku.

Mendidik dan Membesarkan
Kedua-dua kalimah ini sangat berbeza pengertiannya. Ramai orang boleh membesarkan anak tapi tidak ramai boleh mendidik anak. Membesar cukup dengan memberi makanan secukupnya, pakaian dan perlindungan. Namun didikan adalah sentuhan yang mengakar dalam diri anak-anak. Penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan akhlak itulah didikan yang perlu ibubapa tekankan. Dewasa ini ramai yang terlepas pandang.


Bagi diri ini, Ummi dan Lek sudah banyak berusaha untuk mendidik kami menjadi insan yang dicintai Allah dan mencintai Allah.Membentuk sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah itu sudah pasti penuh cabaran dan onak duri. Inilah perjuangan dan tarbiyah yang perlu kita lalui. Menyelamatkan sebuah bahtera kehidupan bersama anak kapalnya sudah pasti menuntut pengorbanan dan kesungguhan. Apatah lagi menyelamatkan ahli keluarga dari terjerumus ke neraka jahanam. Didikan itulah yang menjadi halatuju sebuah institusi keluarga ke arah redha Allah dan jalan yang selamat.


"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (At-tahrim : 6)

Setidak-tidaknya, mampukah kita menjadi ahli keluarga yang baik sebelum membina keluarga sendiri. Membuat rumah itu mudah tapi bukan mudah menjaga rumah. (^_^)

5 Januari = Peningkatan usia, sejuta peringatan

Bertahun-tahun berlalu. Masa tidak pernah berhenti dan menunggu. Terasa bagaikan semalam di sisi Ummi dan Lek bermain riang. Pejam celik pejam celik 21 tahun sudah pun menjadi sejarah. Zaman anak-anak hingusan pun pantas berlalu. Banyak pengalaman dan pengajaran yang mengiringi setiap proses hidup ini. Peningkatan usia ini menyebabkan diri dirundum resah. Resah yang bagaimana? Resah apabila mengenangkan persiapan untuk pulang ke kampung akhirat. Tidak senang duduk dibuatnya. Masih banyak lompong yang perlu diisi dan diperbaiki.


Kepulangan beberapa insan yang daku kagumi ke sisi Allah dalam setahun yang lalu banyak mengingatkan untuk terus perbaiki diri. Malah apabila disebut soal kematian, zikrul maut, hati akan lekas sebak dan termenung jauh. Moga ini stimulus untuk diri terus muhasabah dan tidak leka diulit keseronokan dunia. Menjadi Sinar yang sekarang sudah pasti dari sentuhan Illahi secara langsung ataupun tidak langsung dan bantuan mereka yang pernah bertamu dalam hidup ini. Terima kasih yang tidak terhingga sinar ucapkan. Bukan senang hendak membentuk Sinar kan (^_^). Doa kalian Sinar harapkan.


Di samping itu juga, syukran buat teman-teman serumah (Ina, Nad, Wani dan Yana) atas keknya. Awal sambut tahun ni ye (^_^). Tak lupa juga buat Ummi Siti dan sahabat-sahabat di Malaysia ( Amal, Aisyah Ruqayyah, Atiqah, Neah) Ameen atas doanya. Sampai tunggu pukul 1200 malam Malaysia tu membuatkan ana terharu. Buat Huda, Izzah, Bai, Acap, Lyne, Adah, Shi, Inoue, Hakimah, Insyirah, Shae, Sal dan juga Pakcu, terima kasih atas ucapan dan ingatannya. Tak tersenarai rasanya. Gen6 di hati takkan kulupa apatah lagi Gen11 Matri. Moga redha Allah bersama kalian. Jarang ada sms bertali-arus pukul 1200 malam Mesir. Dah macam alarm pula...Hehe...

Alhamdulillah Allah masih hidupkan hingga umur 22 ini. Someone said this number is cute. (^_^). Moga Allah berkati kita semua

Akhir kalam doakan Sinar berjaya dunia dan akhirat. Sinar ingin menjadi tetamu Allah dalam keadaan yang dimuliakan-Nya. Doakan ya !!

Terima kasih semua... Sinar sayang kalian...

29 comments:

ummujannah said...

Sanah Helwah ukhti!
sweet 21:)

Atiqah said...

congrats sha for being 5 months old ahead than me..hehe.
happy birthday dear friend...

Nabihah Nordin said...

Salam..
happy birthday kak sha.. :)
wish u all the best in ur life..

sinar_islami said...

me to Iman Aisyah:

hehe...akak, ana skrg dah 22 bukan 21 (^_^)
terasa muda pula...
22, cam cumel lak angka tu..
syukran akak..May Allah bless u

ps: kena letak la kan agka 22, takut org igt ana muda lagi..hehe

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Seronok la tu still muda ye =)
Moga sama2 jadi insan rabbani di usia ini dan seterusnya..
syukran ukhtie..

me to Zinnirah:

Jazakillah, sama2 mendoakn ye.
Moga Allah mudahkn urusan anti.

Sayang antum semua

LEK said...

Shukur atas hari jadi pada hari ini,5 Jan. Telah dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Semoga baki umur yang masih ada, Nurul dapat tingkatkan lagi takwa kepadaNya. Rasanya kenal pula baby lelaki dalam gambar tu....Abd Rahman kan?. .Kalaulah ia betul tekaan itu bermakna dunia ini dan seisinya adalah terlalu kecil...itulah tanda kebesaranNya.Berjumpa semula antuma di bumi ambiya'...

sinar_islami said...

=) Alhamdulillah...
Syukran lek..doakan Along supaya dapat jadi hmba yang bersyukur dan sentiasa redha dgn ketentuan-Nya..
tak ternilai jasa Lek & Ummi pada Along...
Dah besar pun..macam2 hal kan..hehe

Betul dah tu..sebatch ngan Along..
Dunia ni kecil je..so tak layak pula kita merasa besar dgn keistimewaan yg ada..
Doakn kami kat sini ye.. (^_^)

Khazinatul_Asrar said...

Sanah Helwah ya Ukhti..
Biarpun ana belum menjangkau umur yg cumel tu, tapi bahangnya sudah terasa sekali. Terasa besar sggh tggjwb yg perlu dipikul, banyak sungguh lagi amalan yg belum terlaksana..

Semoga ukhti terus tsabat di jalanNya, dipanjangkan umur agar dpt terus berbakti dan menyumbang pada Islam, inshaAllah. Semoga cepat juga walimahnya ^_^

eh eh, hantar kad apa tu? dah x lama ya? Jgn lupa jemput ya nnt!:P

hoodsunny said...

sanah helwa ya gameelah~

masihkah ada esok utk kita??

doakan end round exam ana~ ketaq2 + sejuk bayu lembah nil =P

Mardhiah S said...

Hai akak 22 tahun. Saye baru masuk 20 je hehe. Slmt hari lahir Sha! Smoge sume yg terbaik utk kamu.

asiah said...

salam sya..
hepi birthday ke 22
moga kasih Allah sentiasa bersama nti..

moga dengan bertambahnya nilai umur,makin tambah nilai taqwa pada Allah alkhaliq..insyaallah..

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar:

Jazakillah atas doanya...
Moga kita sama2 menyumbg utk Islam..
dan masa yg kita ada sgt suntuk
as tanggjwb tu byk..
How we manage them is importnt..
Moga usia yg berbaki ni kita manfaatkan semaksima mungkin

Bab walimah ni (^_^)
Apa2 pun Moga Allah susun yang terbaik...
InsyaAllah tak lupa..
Cuma belum fokus utama..ada perancangan yang lebih dahulu perlu ana laksanakn..

me to hood:

Syukran ukhtie karimah...
Doakn ana ya..spy tidak sia2 masa yg amanahkn ini

sinar_islami said...

me to Mardhiah:

Salam adik 20 yang manis...
Nada mcm seronok jadi muda ye..
Jzklh atas doanya..

me to Asiah:

Ameen Ya Rabb
Syukran ukhtie..Moga Allah bersama kita..dan hakikatnya Allah memang bersama kita..cuma kita yang kerap lupa.. =)

haway mutasawwil said...

sanah helwah akak.semoga tsabit fi sabilillah

serikandi harapan said...

salam.kak sya..
sanah helwah..
nadh doa moga dgn btmbh usia, btmbah iman, amal..
btmbah usia bmkna smkin dkt dgn kematian kita..
sme2 kumpul bekal utk ke sana..
daerah abadi..
nak jmpe akk kat syurga!
insyaAllah.
nadh syg akk.
lillah fillah.

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

syukran..moga sama2 thabat..
dan moga Allah permudahkn jln kita mencari redha-Nya

me to nadhirah:

salam sayang buat nadhirah..
ameen...doakn usia yg berbaki tidak disia-siakn
nak jumpa nadh juga di syurga..
Uhibbukifillah...

[ n_akn ] said...

sha..sangat rindu sama kamu..

sanah helwa..semoga perjalanan hidup sha sentiasa diiringi rahmat dan kasih sayangNYA..
take care..!!

sinar_islami said...

Neah...syukran...rindu juga sama kmu...

ameen..moga Allah pelihara kita semua..
dan kita juga kena la sllu cakna dan lunaskn hak2 kita pada Allah...

take care too dear..

sya said...

Bertuahnya ibu bapa Sha sebab dapat anak yang solehah dan sebaik Sha ni. Mulia akhlak, cemerlang dalam pelajaran dan sangat dikasihi sahabat2 sekalian. Terasa diri sangatlah kecil dan jauh jika dibandingkan dengan antum semua. Selamat Hari Lahir ke 22 Sha.

sinar_islami said...

me to sya:

Selayaknya pujian itu pada Allah Yang Menciptakan..
Masih byk kekurangn pada diri..
Masih byk yang perlu diperbaiki..
Doakn ye mga Allah mudahkn perjalannan hidup mencari redha-Nya

Munsyi said...

Salam. lme xdtg sni.

owh. Happy Birthday and wishing u all the best in your life. ^^

sinar_islami said...

=) ahlan MuNsYi^SaMa
sibuk menyambut kakak ipar kan...

btw syukran...Mga Allah berikan yg terbaik juga dalam kehidupn

InoueRozik said...

hik2...hadiah xdtg2 lagi eh..sabo neh.inoue syg sha...cpt2 kawen neh! doakan sahabat tempias jua ke sisi ku..ameen...hik3

InoueRozik said...

nak tambah..wow...that baby girl sooo cute...cuter than the doll...sgt2...skrg? hek2(bermaen2 di sini)

sinar_islami said...

hehe...sayang inoue juga...
eh suh kita pula cepat kahwin...
Ana orangnya sabar...belum lagi nak bina rumah...bagi laluan orang lain dulu...

Sukanya dia main-main kat sini..
sila2...makin meriah la blog sha bila inoue main sini (^_^)
skrg cumel tak baby tu..hehe..soalan cepu mas tu

Unknown said...

salam dari bumi sakura..
da lame x menjengah blog sinar.. atau lebih tepat lagi da lame x bukak blog.. huhu
walaupon da terlambat ttp nak wish jugak..
selamat hari lahir
semoga menjadi logam Islam yang bersinar-sinar!

(^_^)

sinar_islami said...

Salam sayang buat sinar cahaya..
cam kembar pula ye...
Syukran atas wishnya..

(^_^) better late than never kan..hehe

'Abid Sakina said...

salam ukhti..
alamak..asif giddan...huhu

ana tak bukak blog enti pun.tak tau besday enti dah lepas..waa~sedih2..

apepun..hepi belated besday..
sedih sbb terlambat..
ana doakan segala yg terbaik utk nti..dunia & akhirat.ameen~

"org beriman itu,semakin bertambah umur,semakin bertambah kesungguhannya~":)

~maaf ukhti..uhibbuki fillah

sinar_islami said...

salam kembali buat ukhtie aiman yang disayangi...

Ameen atas doanya..Moga Allah makbulkan doa ukhtie..
Moga Allah rahmati ukhtie selalu

Sedih pula dia..
(^_^) tak pe la ukhtie..ni pun ana syukur sangat anti berkunjung ke sini...dan ana masih dapat ucapan dari insan yang ana sayang. Syukur dan segala puji bagi Allah..

uhibbukifillah...