Apabila ditanya…
Siapa nak kahwin?
Ada yang menjawab…
Saya nak kahwin!
Ada yang terkejut tapi…
Ada yang membalas
Kenapa terkejut?
Semua orang nak kahwin!
Tak perlu terkejut, betul dah jawapan dia tu…
Bezanya ada calon atau tidak sahaja…
Maka betullah …
Inilah antara buah mulut orang sekeliling semenjak dua menjak ini. Maklumlah ramai pula yang bakal mendirikan rumah tangga pada cuti musim sejuk dan cuti sekolah nanti. Selamat dan selamat Sinar ucapkan.
Teringat perbincangan dalam Kelas Arab bersama Ustazah Gehad pada minggu lepas. Hendak dijadikan cerita setiap kali kelas diadakan Ustazah Gehad (berbangsa Arab) akan menetapkan slot khas untuk kami berbincang tentang pelbagai isu. Tujuannya untuk mengasah percakapan kami dalam Bahasa Arab dan melontarkan idea secara spontan. Dan sudah pasti kami terkial-kial menyusun ayat namun ini sangat membantu kemahiran komunikasi.
Tajuk perbincangan kami yang berkaitan dengan entri ini adalah, “Ikhtiar Qabla Az-Zauwaj” atau dalam erti kata lain ikhtiar sebelum pernikahan. Menarik bukan? Atau ada yang merasakan tidak patut dibincangkan? Pada pendapat Sinar, isu ini tidak pernah salah andai kita pandai membawa perbincangan secara ilmiah. Sebenarnya pengalaman Ustazah Gehad sendiri membuka mata kami bertiga yang menjadi anak muridnya. Tekun dan bersemangat saat beliau mengupas tajuk ini. Panjang untuk dikongsi tapi biar sedikit Sinar coretkan.
Dia Yang Maha Mendengar
Apa ikhtiar yang menjadi titik utama? Cuba kalian fikir-fikirkan. Pernah kalian mendengar doa itu senjata. Maka Ikhtiar yang pertama adalah doa. Ya, doa itulah jawapannya!

الدعاء ثم الدعاء ثم الدعاء
“Doa kemudian doa kemudian doa”
Tegas nadanya tapi kami tangkap makna beliau bahawa doa itu penting. Bukan sekadar tahu. Tapi doa itu perlu. “Yesterday is history but tomorrow is still mystery” Oleh itu, kita kena berdoa. Moga takdir yang bakal diukir sejajar dengan apa yang kita pinta.
اللهم ارزقنى بالزوج الصالح الذى يعيننى على دينك و دنياك
“Ya Allah kurniakan daku seorang suami yang soleh yang dapat membantuku kepada deen-Mu dan dunia-Mu “
Justeru ini bertepatan dengan apa yang Islam anjurkan kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah. Firman Allah, yang bermaksud :
"Mintalah (berdoalah) kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan."
(Surah Al-Mukminun, ayat 60).
Seperti yang kita sedia maklum, hati manusia sering lalai dan tertipu dengan godaan syaitan dan hawa nafsunya. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa kepada-Nya. Berdoa adalah salah satu jalan untuk seseorang hamba itu terasa dekat dengan Penciptanya dan mengawasi nafsunya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Al-Baqarah: 186).
Hatta kita sudah mempunyai tunang dan suami yang soleh kita perlu terus berdoa agar ‘si dia’ terus istiqamah. Tiada makna kita bersenang hati tanpa doa mengiringi. Kita perlu ingat hati itu mudah dibolak-balik dan kepada Allah lah kita mohon perlindungan. Jangan mudah merasa aman apabila calon sudah soleh, sudah cukup solah lima waktunya dan cukup ilmu agamanya. Itu tidak cukup. Ujian masih menunggu. Tribulasi kian banyak. Allah itu dekat kepada setiap insan. Dia Maha Mengetahui keinginan, perasaan, fikiran, kata-kata yang diucapkan, bisikan, bahkan apa saja yang tersembunyi dalam hati setiap insan. Dengan demikian, Allah Mendengar dan Mengetahui setiap manusia yang berpaling kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya. Inilah karunia Allah kepada manusia dan sebagai wujud dari kasih-sayang-Nya, rahmat-Nya, dan kekuasaan-Nya yang tiada batas.
"Di antara manusia ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan tidak ada baginya bagian di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat bagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
(Al-Baqarah: 200-202)
Justeru berdoalah agar kebahagian orang yang kita harapkan dapat memimpin kita, tidak sahaja untuk kebahagian di dunia tapi yang utama di akhirat sana.
Maka pakat-pakatlah berdoa… (^_^)
Selamat Pengantin Baru
Alhamdulillah, tercoret sudah kalam-kalam ini. Dengan lafaz bismillah ingin Sinar umumkan berita gembira keluarga kami. InsyaAllah tak lama lagi penyatuan dua buah keluarga bakal dilangsung pada hujung Januari ini.
Dan sudah pasti bukan Sinar gerangannya kerana masih meneruskan perjuangan di bumi Mesir ini. Sedang berusaha mengejar pelangi di bumi para nabi. Akhirnya Sinar bakal mendapat adik lagi. (^_^)

::Khusus buat adinda berdua::
Syed Muhammad Solehin Bin Syed Murzaki Jamalullail
&
Syarifah Anis Nurmalissa Bin Syed Nor Kamal Al-Attas
&
Syarifah Anis Nurmalissa Bin Syed Nor Kamal Al-Attas
Teringat cerita kita zaman sekolah dulu. Ada yang ingat Sinar ni adik, Solehin tu abang. Maklumlah daripada segi ketinggian sudah pasti menjadi bahan usikan kami adik beradik sejak dia mula meninggi. Namun ada suatu peristiwa dalam bas yang tak boleh Sinar lupakan.
"Tiket, tiket" Kata konduktor bas.Sinar pun siap-siapkan duitnya.
"Untuk dua orang ya pakcik"
"La kenapa adik yang bayar. Kenapa tak abangnya bayar"
"Hehe. Saya kakak dia la pakcik"
"Oh, maaf. Pakcik salah pula." Malu pula pakcik tu.
"Takpe. Terima kasih." Senyum disedekahkan.
"Along rasa along ni nampak muda la In"
"Perasan la tu.." Masing-masing tergelak.
Dan sekarang. Adikku juga yang mendahului. Terasa muda la pula Along dibuatnya. Kegembiraan adik Along, kegembiraan Along juga. (^_^) Lepas ni tak leh bodek Along dah. "My turn pulak"
NK::
- Moga akad nikah (29 Jan) berjalan lancar. Along nak panggil apa kat adik baru ni. =)
- Ada orang tak bagi Along buat entri tapi Lek kata, "Along ambik kad adik In ni dan boleh la nak letak kat blog kalau nak. Greenlight tu.
- Doakan Along exam pada 28 Januari. Maaf, Just simple wish by using the adobe stuff...Hope both of u like it..
- Bertambah cucu Mak Tok, Tok ki dan Wan. Boleh dah Wan nak wat kenduri lagi. Cukup dah kuota cucu. (^_^)
27 comments:
salam ziarah kak sinar, izayyik?
seiring dengan musim KCB melanda...
patutlah dua tiga hari ini terasa gatal mulut nak merasa nasi minyak. rupanya.....
bila baca tajuk entry,ingatkan mahasiswi cairo uni yang nak jamu....rupanya adiknya.... tak pelah
gembira kerana sunah rasul terus diteruskan, majid baru terus didirikan, ikatan suci terus dipelihara
moga-moga pasangan pengantin dipermudahkan kehidupan, diberikan zuriat keturunan generasi pewaris
kim slm adik kak sinar ye..maaf ana tak kenal dia yg mana.
NB- bila turn kak sinar...jgn lupa hulur kad ya... =)
eh Solehin ke Sha?
ya Allah subhanallah mcm x caye je..
he is like my brother to me yet he is getting married at an early age..may Allah fills his life and his wife with bless and rahmat..
i must tell ammar about this...
congrats to ur family...
how time flies sha...
Solehin whom I know long time ago is stepping to his next stage of life...may Allah ease his ways always...insyaAllah
Yeap..Solehin adik anti la..
Percayalah atiq..(^_^)
Solehin, Ammar...erm...
They grew up too fast
[Macam la kita ni tak membesarkan..hehe]
Anyway Atiq...Thanks for your dua'
May Allah bless you...
This event make me realise we are getting older day by day...
It seems like yesterday we wearing our school uniform but the reality is...my bro will be a groom...
how time flies atiq.. (^_^)
salam kembali buat saza s
Alhamdulillah beransur sihat...
kuat sungguh kcb melanda ye =)
Ameen atas doanya...
InsyaAllah, akan ana sampaikan...
Kalau sudah sampai seru kad takkan lupa ana hulurkan...yang pasti jauh lagi perjalanan.
mashaAllah, ingatkan sinar pya walimah. Tapi, dikatakan pada entry sebelum ini 5thn lagi ya? Xpe, bila tiba masanya, ketikanya, saatnya,ketikanya, mungkin itulah yang terbaik buat kita. Biarpun lambat,asalkan selamat :)
Jadi , sinar x balik lah ye adik kawin nnt? umurnya brape ni?
Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fikhair..:)~Buat adik sinar & isteri~
Barakallahulahuma, wabarakah 3alaihuma, wajama3a bainahuma filkheir~
gerbang perkahwinan adalah satu pintu ke alam lain~ seram betul-
hehe didoakan smg nt bersedia melalui gerbang itu juga~
salam..sha....
ingatkan sha yang nk walimah...hehe...
yelah teringat dulu2 dok cop nk jadi org ke-5 batch gen11...hehe...
(yelah sha kan suka ngat ngan 5)
Solehin rupanya yg nk walimah..moga Allah rahmati penyatuan keluarga ini... =)
P/s; balik malaysia ke nanti?
me to khazinatul asrar:
Allah susun dia dulu ukhtie.. (^_^)
dia bawah ana..muda setahun..
Ana still exam dan pastu prof nk wat kelas seminggu sebelum winter break[cuti 2 minggu]...
parent but tak bgi greenlight..
tu yang previous entry sibuk cakap nak balik...
tapi tak pe...utamakan yang utama
ps:5 tahun ke ukthie..lama sgt la pula..hehe
me to hood:
bila sebut pasal pertukaran marhalah...
byk lagi yang kita perlu bersedia..
me to arms:
salam aisyah
tak dapat la ana penuhi ranking tu..
so agaknya i should wait until rangking ke 15 kot..(^_^)
perfect la tu[ada no 1&5]
tak balik..sbb bukan ana walimah..gurau ja..memamg hajat sangat nak balik..huhu
hoho kalo sha nk ranking 15..let me be the 24..haha..lambat tu..
good luck in ur exam and get well soon..I mean really really well...mkn buah oren jgn lupa!!
hehe..since when la kte jd Dr awk ni Sha..ye la, nk ambik medic x lepas, so jd Dr olok2 pun boleh...hehehe
hoho..nak juga nombor besday dia tu..
jadi no 6 je la senang tqah..
ada peluang lagi tu...
InsyaAllah..
"an orange a day keep the doctor away"(^_^)
abes la kalau teacher tau ni
hehe...takpe..biar sha lantik tqah jadi doktor peribadi kita ye..
syukran atas nasihatnya..
tahniah=)
mabruk 'alaik buat solehin..
cm tak caye je dia dlu dari along dia..
sha bila lg?jgn lupa smpaikan berita kt ne'ah yer..
no 5 gen11 smpt lg kot sha..hehe..
tahniah utk adih n sha..Alhamdulillah bertambah keluarga anti..ingat mula2 td baca sha yg nk walimah...=)
me to aeshah:
Syukran aishah..
Moga Allah berkatimu..
me to neah:
percayalah neah (^_^)
oho..tidak sempat kot..awal sangat tu
bagi laluan kat org lain dulu..
menyahut slogan kata..
"pengorbanan manifestasi kehambaan"
me to my heart:
Alhamdulillah. bertambah ramai adik ana =)
mujur anti baca betul-betul (^_^)
=)
taksabar nak tunggu kad dari sinar.
muga yang terbaik untuk sinar dan dia.
Eh kak lyanna ni...
kalau dalam gen6 kena la bagi kakak macam kak lyanna dulu
saya orangnya sabar...
Moga yang terbaik juga untuk kak lyanna..
Barakallahulakum buat adik dan bakal zaujah:)
berapa umur adik sha?muda nya:)
hehe..
sha akak nak amik part entry awak dan publish kat blog akak boleh?
bagus pengisian..
adik sha 21
part mana akak nak ambik tu?
Kad kahwin ke?
gurau je kak..sila sila
as u like sista
waa...
mabruk~ bakal dpat adik ipar dah =)
nak tggu announce dr akak pulak!
Masyallah .
Terkejut benar mendengar berita ini. Tak sangka melangkahi jauh dari sahabat2 sebatch dia.
Apa pun sampaikan tahniah ana pada dia. Semoga pernikahan SYED dan SYARIFAH dipermudahkan Allah dan dirahmati serta dikira sebagai Ibadah kepada Allah.
Lama tak dengar berita Solihin. Menunggu surat jemputan darinya. (^-^)
slm.n rase nak kawen jgk n kak.xde doa untuk dapat isteri solehah?.xkn suami je.hehe.anna altahfunnisa pun xpe dah.ngee
ssalam sha..hehe..didie ingt sha yg nk walimah..kwang3...=)
sha kena tgg didie dlu to, nati bru dd kasi sha greenlight.haha...
k, slamat buat adinda sha dri bumi UK=0
me to chep:
Syukran...
=) chep jangan lupa jemput akak ye..
memulang kata-kata chep
me to sahel:
Alhamdulillah...
doakan yang terbaik untuk mereka...
masing-masing ada impian dan perancangan...
tak lama lagi antum pula...
semuanya Allah dah susun...
Yang terbaik pada masa yang terbaik
me to haway mutasawwil:
nak juga ke? Jangan lupa jemput akak sudah.
ala buat buat tanya pula..
banyak je doa untuk dapat isteri solehah.
ni mesti dah amal dah kan =)
me to dr didie:
didie didie...sempat lagi tu (^_^)
sila la mendahului sha...sha bagi greenlight..nak spotlight pun boleh..
memang pn da amal akak.tapi takut akak ada doa yg lbh molek dan spesifik terus.mklumla blaja kat tanah arab.akak kawen jgn lupe jemput ek.cam da dkt je akak nk kawen rase.-p
me to haway:
nanti akak tanya kot2 ade yang best doanya...
macam hajat sangat tu bunyinya =)
sejak bila pandai sakat akak ni...
InsyaAllah tak lupa jemput...
anta tak datang siap...akak suh belanja makan
tapi lambat lagi la...
ada misi perlu dicapai...
bkn ape.allah tidak jemu ssghnya kita yg jemu untuk berdoa.dgn doa yg baik apa salahnya diminta slalu.wnita phiasan dunia.seindah hiasan alah wanita solehah.kalu boleh yg solehah alhamdulillah.ada misi?lambat lagi la ni.bgus idup kene ada matlamat.sirru ala barokatillah
Post a Comment